Keajaiban Doa Ibu

Hai ! Assalamualaikum ! Nama saya manusia ! Anak kepada ibu saya :) Sorry for the dual languange in my writing ! Okay lets start !

Macam ni, saya ialah seorang anak and pelajar. Dari kecil saya memang slow orang nya. Lambat pick up. Ibu saya full time house wife. Dia berhenti kerja sebab nak jaga kami adik beradik. Pendidikan ibu biasa saja, hanya sampai SPM tapi dia seorang yang luar biasa !

This is my appreciation confession to my beloved mum ! Definitely she will read this sebab dia peminat tegar iium confession !

Dari kecil, dari saya tadika, ibu akan menjaga saya dengan penuh kasih sayang ! ok, saya dan adik hanya jarak setahun saja. Jadi kami macam kembar. Even sesetengah orang akan anggap kami twins !

Ibu akan pastikan saya dan adik siap kerja sekolah dari tadika, dia yang akan ajar kami adik beradik kerja sekolah dan ajar kami membaca dari kecil. Resultnya, tadika kami memang nombor satu sentiasa !

Sampai kami UPSR, ibu akan pastikan kami buat kerja sekolah. Masa saya nak UPSR, abah hantar kami adik beradik ke tuisyen. Cikgu garang sangat ! Lagi-lagi cikgu mathematics kami. Tuisyen jarak dekat jaa dengan rumah. Saya memang tak pandai english. Duduk di kelas nombor satu. Tapi english ke laut. Bila trial UPSR saya hanya mendapat 3B 2C. Teruk kan? Cikgu risau sgt sbb saya di kelas nombor 1.

Guess what? I’ve got straight A’s for my UPSR !!! And you know what? Its all because of Allah and my mum’s dua ! Allahu, dia siang malam bangun tahajjud untuk saya, doakan saya sepanjang sebelum saya dapat result. In fact, cikgu kelas saya terkejut sangat sebab saya tak pernah dapat straight A’s !

PMR menjelang tiba, trial PMR saya hanya mendapat 2A sahaja. As always my mum will do the tahajjud and yassin sepanjang result nak keluar, and kali ni english sy tersasar, tapi alhamdulillah saya dapat 7As and 1B ! Doa ibu ! Makbul ! *im crying*

SPM pula, waktu form 4 saya main-main sangat. Saya duduk di science stream, dan semua subjek sains saya failed. Jadi ibu saran kan saya masuk arts stream. Ok kat sini, saya dari kelas sains yg ketiga telah masuk kelas seni iaitu kelas kelapan a.k.a kelas terakhir. I’m okay with that and in fact, saya dpt sesuaikan diri dalam setahun sebab saya kenal most of the student dalam kelas tu sebab saya dari sekolah rendah memang sekolah tu, jadi ramai yang saya kenal. Alhamdulillah for me :)

Dan macam biasa, trial SPM pun teruk juga. 1A saja iaitu maths. Alhamdulillah i’ve got 7As 1B (seni) 1C (perdagangan). Its all because of ibu. Allah hantar nikmat itu from my mum !

And lepas SPM, ibu suruh saya sambung laws di? Yaaa….di IIU :)

Saya minat culinery, tp its okay. Saya ikut dia. Masa nak masuk degree, macam biasa result teruk jugaaa  jadi kena extend dan akhir sem sy berhempas pulas, dari pointer 2.30 ke 2.70  doa ibu jugaaa yaaa…

Dan saya sekarang an AIKOL student in 1st Semester 1st Year student. Doakan saya untuk semangat belajar dari awal utk saya balas semua jasa ibu saya :) ibu, along sayang ibu walau kekadang along selalu terlepas tertinggi suara dekat ibu, along sayang ibu sangat ! *nak nangis serious

Usaha memang kena usaha, tapi kalau tanpa doa ibu, siapala saya sekarang di puncak ini :’)

Terima kasih ibu, along sayang ibu ! Doakan saya habis degree dengan cemerlang juga yaa… Annyeongggg.

– Anak Ibu <3

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *