Keajaiban Zikir Dan Percaya Pada Allah

Assalamualaikum wbt. Saya kenalkan nama saya sebagai “Aurora”. Bukan nama sebenar of course.

Saya nak menceritakan kehidupan saya sebelum saya membuat amalan zikir dan mendekatkan diri pada Allah.

Sebenarnya dah hampir lupa kesedihan2 yang lepas cuma nak recall balik ni.

Saya sebelum ni memang kosong la takde la amalan apa2 just simple amalan seharian macam baca quran baca al mulk sebelum tidur itupun on off.

Saya selalu merasakan hidup saya dirundung malang dan memang daripada kecil rasa begitu dan ada diari untuk tulis kesedihan hari hari. Dengan parent yang bercerai, dengan diri yang selalu sakit dan banyak lagi la yang tak perlu dikisahkn di sini.

Bila kerja mesti macam tak serasi je kadang tu tak elok dengan rakan sekerja rasa tak aman hidup bila keadaan sebegitu.

Bila dah kahwin pula rakan2 kerja seolah merendahkan pekerjaan suami atau boleh saya katakan persekitaran yang toksik di tempat kerja.

Hari-hari diselimuti kesedihan berbanding kegembiraan terutama sekali selepas kahwin.

Selepas kahwin saya sering bertengkar dengan suami, sering mimpi yang aneh2, mudah diganggu perkara mistik. Selalu mimpi suami kahwin lain suami curang, mimpi badan dipenuhi ulat sampah mimpi terperangkap di bangunan kosong.

Yang paling teruk sekali bila mengandung mimpi seorang wanita berwajah hitam seolah ingin menerkam saya sehingga saya tersedar daripada tidur.

Memang semakin lama semakin teruk kehidupan saya. Paling menyedihkan saya diuji dengan kandungan yang bermasalah dan perlu paksa bersalin sekitar 7-8 bulan kandungan.

Bila mula pantang memang okay sahaja pada mulanya. Masuk je minggu ketiga, di suatu malam saya menangis tak boleh tidur. Saya ingin mati. Benar2 ingin mati. Rasa seperti kosong.

Perkara itu berlarutan sehingga beberapa hari. Saya mula mendapat gangguan aneh. Saya memang sukar tidur malam kerana bila terlena sahaja sya dengar suara memanggil, ketawa, menghina saya dan banyak lagi.

Kehidupan semakin aneh. Saya sentiasa bergaduh dengan suami.

Pernah waktu tidur kaki ditarik pada pukul 2 pagi dan hanya pukul 4.30 pagi baru boleh tidur. Saya juga pernah meracau waktu senja. Mungkin dikatakan saya meroyan.

Kemudian suami membawa saya berubat islam di merata tempat. Saya juga dibawa ke psikiatri dan perlu makan ubat psikiatri tapi lebih teruk daripada sebelumnya kerana kesan daripada ubat tersebut.

Sehinggalah saya diceraikan suami kerana bergaduh hal yang kecil.

Waktu itu saya mula mengamalkan yasin selepas subuh memohon merayu pada Allah agar doa dimakbulkan.

Saya sedari setelah itu saya terjumpa amalan zikir di youtube untuk mengelakkan gangguan jin dan mula mengamalkannya.

Saya pergi berubat islam di tempat lain dan perawat mengatakan saya terkena sihir pemisah ! Tapi saya seakan tidak percaya apa yang saya dengar saya cuba menafikan.

Saya masih mimpi yang aneh seperti ulat sampah dan tempat kotor serta mimpi seorang ingin membunuh saya.

Saya kembali membuat rawatan islam dan kali ini ditemani suami setelah merujuk kembali.
Perawat yang kedua pula mengatakan yang sama sihir yang dihantar seperti sihir pemisah.

Dan tempat ketiga juga mengatakan yang sama iaitu sihir juga. Suami amat marah dan sering bertanya siapakah yang membuat perkara terkutuk itu. Tapi saya kata saya mahu memaafkan kerana saya ingin bahagia. Biarkan Allah menghukumnya.

Tak lama kemudian saya terus mengamalkan zikir selawat sebanyak yang mampu. Amalkan yasin selepas subuh.

Apa yang saya sedar kehidupan saya lebih tenang berbanding sebelumnya. Saya juga dikelilingi rakan yang baik dan seronok berkerja.

Tahun berganti, kehidupan saya malah lebih baik setelah saya mengamalkan selawat, banyak dekatkan diri padaNya banyak berdoa dan hanya percayakan segala rancangan Allah dengan hati yang redha.

Meredhakan dan memaafkan segalanya kerana niat hanya untuk ketenangan dan bahagia. Alhamdulillah satu2 doa saya Allah makbulkan.

Kehidupan rumah tangga saya juga semakin baik dan pulih. Kami mula saling memahami, menyayangi dan kurang bertelagah.

Saya sangat percaya Allah maha baik dan adil. Allah maha mendengar. Mohon lah padaNya. Dekatkanlah diri pdaNya.

Minta yang baik-baik. Semoga kita mendapat yang baik.

Jika kurang baik teruskan bersangka baik dengan Allah kerana segala yang Allah tentukan dalam hidup ada hikmah.

Amalkan selawat 1000 kali sehari, amalkan bacaan yasin selepas subuh jika mampu.

Amalkan at taubah ayat 128-129. InsyaAllah hajat kita makbul. Hidup tenang.

Kita hanya manusia biasa jika ada yang menganiayai kita serahkan pada Allah untuk menghukum mereka. Yang penting memaafkan. Hati akan tenang.

Sekian sahaja coretan saya. Semoga coretan ini bermanfaat dan sampai pada yang sedang memerlukan.

Salam sayang kerana Allah,

Aurora..

– The believer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *