Assalamualaikum. Terdetik nak menulis disini, sejak kebelakangan ni posting encik AAA (https://iiumc.com/saya-kesal-pernah-rosak-maruah-anak-orang/) tu trigger ramai orang kan? Termasuk saya juga sebenarnya. :)
Ramai yang kongsi pengalaman pahit ditipu dan dikhianati, ramai yang masih trauma. Dan yang ini pon saya sangat faham, sebab saya juga melalui benda yang sama.
Ada yang tanya, kenapa mudah terjebak. Kenapa tak tepis. Dan jawapannya adalah semuanya berlaku diluar kewarasan akal, yang hanya dikesali bila dah berakhir.
Saya pernah menjadi orang yang mempersoalkan seperti anda, saya pernah menjadi sangat menghukum terhadap golongan seperti ini.
Saya marah, saya benci orang bercinta dan tak jaga batas lelaki dan perempuan. Betapa saya yang dahulu sangat ‘sok suci’. Saya mengaku.
Sehinggalah saya diuji dengan benda yang sama, bagai hilang semua yang dibenci dulu.
Yang tinggal hanya perasaan sayang dan cinta, dibutakan mata oleh rasa. Dikeraskan hati untuk tetap pertahankan sayang hanya sebab rasa yang saya tak akan ditipu dan ditinggalkan.
Rasa percaya yang sangat tinggi.
Bila benda tak jadi macam yang saya mahu, saya hilang arah. Saya jadi tak terurus, berat badan susut, susah tidur, rasa tak selamat bila duduk bersendirian, rasa nak mati cepat dah taknak hidup.
Saya cuba cari bantuan, saya cuba luahkan.
Tapi saya tak mampu, sebab saya seorang pendidik pada waktu tu, saya seorang yang menjaga aurat, saya seorang yang aktif dalam persatuan dakwah, saya seorang yang suka menulis penulisan berunsur agama.
Mana mungkin saya mampu ceritakan apa yang saya dah buat kepada sesiapa. Bahkan untuk meminta nikmat lain selain keampunan Allah pon saya malu.
Lepas kejadian tu, saya berhenti menjadi pendidik. Saya cari kerja yang tidak memerlukan saya mendidik. Sebab saya rasa sangat tak layak nak menasihati sesiapa dalam keadaan diri sendiri yang sangat hancur pada masa tu.
Jadi lepas tu saya perlahan-lahan pujuk diri. Saya baiki diri saya perlahan-lahan, saya tak mencari sesiapa untuk terima saya sebagai isteri.
Sebab saya rasa benda yang paling utama saya kena buat adalah lepaskan diri dari belenggu dosa yang saya dah buat.
Saya join persatuan yang ada orang baik- baik, saya join sukarelawan, saya masuk semua live ustaz ustazah kat facebook. Saya sediakan satu buku khas untuk saya catat apa yang saya dapat.
Hari-hari saya pujuk diri “Aku maafkan diri aku, aku maafkan laki tu, aku redha dengan takdir hidup aku, aku sayang diri aku, Allah akan beri aku bahagia kalau aku sabar”.
Haari hari saya ulang sebut benda ni bila dada rasa macam nak pecah, bila air mata saya tak dapat dikawal daripada jatuh, bila satu badan menggigil tahan sakitnya diperlakukan macam tu.
Sampai hari ni saya masih ulang rutin yang sama, saya terfikir kenapa saya nak down fikir ada tak lelaki akan terima saya, sedangkan yang lagi penting saya kena fikir adalah penerimaan Tuhan atas kejahilan saya buat dosa besar tersebut.
Kawan-kawan yang melalui benda sama, awak kena kuat untuk diri awak sendiri. Awak kena lepaskan semua untuk bagi ruang awak sayang diri awak sendiri.
Saya tahu tak mudah, tapi kita boleh cuba. Sampai nanti kita dah tak sakit lagi. Cuma situasi kita mungkin tak sama, mungkin kalian lebih teruk dan kesakitan saya cuma biasa-biasa.
Semoga jiwa kita cepat sembuh. <3 Saya pon masih bergelut dengan diri sendiri dan saya bersyukur saya masih hidup. Doakan :)
– Juga Pendosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit