Keangkuhan Seorang Ketua Jabatan

Salam and hai.. Saat saya menulis confession ini, saya berada di pejabat pegawai atasan saya atas sebab ancaman keselamatan.

Saya seorang penjawat awam, saya pegang kepada prinsip hidup saya bekerja setaraf dengan gaji yang dibayar.

Jadi memang saya akan pastikan kerja saya up to date.

Meskipun begitu saya di anak tirikan di tempat kerja saya hanya kerana saya tidak sehaluan dengan mereka yang lain.

Maaf, saya tidak akan berturut serta dengan orang yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan sendiri.

Saya tidak suka sikap penolong ketua jabatan saya yang suka mengular dan curi tulang.

Gred gaji tu bukan gred rendah ya, tapi gred yang tinggi yang hampir mencecah gaji 10k. Tapi kerja semua ke laut. Tersangat la pemalas orangnya.

Saya membuat aduan di bahagian atasan selepas penolong ketua jabatan saya ini menganiaya saya.

Jadi siasatan dari pihak atasan mula dijalankan, dan sisatan dimulakan dari tempat kerja saya lagi dengan kehadiran pegawai-pegawai atasan.

Selepas siasatan tersebut, Ketua jabatan saya yang pada mulanya memuji dengan kerja saya, mula anti saya dan berganding bahu dengan penolong ketua jabatan saya ini.

Di sini bermula lah neraka saya. Ya, saya didera secara emosi dan mental hampir setiap hari oleh ketua jabatan.

Saya bertahan, sebab memang pihak atasan meminta saya bersabar sampai siasatan diselesaikan.

Tetapi di sini, ketua jabatan dan penolong ketua jabatan telah membuat penganiayaan terhadap saya lagi di mana mereka ingat saya tidak tahu apa yang telah mereka lakukan terhadap saya.

Mereka membuat surat fitnah berkaitan saya dengan tujuan mengeluarkan saya dari tempat kerja dan menghantarkanya kepada pihak atasan.

Mungkin mereka ingat mereka berkuasa boleh berbuat demikian,

Tetapi mereka lupa orang atasan lagi lah berkuasa dari mereka dan fitnah yang mereka buat tu telah pun denied oleh pihak atasan dan mereka invalidkan surat fitnah tersebut.

Bukan setakat ni, ketua jabatan sebarkan laporan yang saya buat ke pihak atasan kepada ke semua staf-staf di bawah dia. Jadi anda semua boleh tahu kan apa yang berlaku seterusnya.

Ya, semakin teruk lah tekanan yang saya terima. Tapi tetaplah sabar sehingga lah saya diserang oleh seorang staf kerana mendengar cakap ketua jabatan saya.

Ketua jabatan saya ini membawa mulut dan sampaikan conversation dengan pihak atasan kepada staf tersebut, sehingga staf tersebut menyerang saya.

Pada masa itu juga saya contact pegawai atasan dan minta keluar dari tempat berkerja saya sebab rasa fobia dan trauma dengan ketua jabatan yang tak habis-habis mendendam dan mendera saya.

Tetapi memandangkan pegawai atasan yang saya contact outstation, jadi saya membuat laporan polis pada hari yang sama berkenaan apa yang telah berlaku dan hantar terus ke pejabat pihak atasan.

Keesokan hari boss pegawai atasan call dan minta saya keluar dari tempat kerja tersebut atas sebab ancaman keselamatan, dan mereka menempatkan saya di pejabat mereka sementara mereka selesaikan kes ini.

Jika ketua jabatan tersebut membaca confession ini, saya nak sampaikan, walaupun kita penjawat awam kita dibayar gaji ya, bukan kita disuruh kerja secara percuma untuk kita goyang kaki dan curi tulang waktu berkerja.

Ingat ya, hasil yang kita makan tu. Dan saya tak akan maafkan dunia akhirat atas segala fitnah dan tohmahan yang telah disebarkan, serta di atas segalan penderaan yang telah anda lakukan.

Semuanya masih dalam siasatan, jadi tunggulah untuk keputusannya nanti.

Jika anda di pihak yang benar, cuba bersemuka dengan tenang, mengapa harus menggangu dan memanipulasi sisatan yang dijalankan?

Anda rasa anda akan dipandang tinggi bila mencemarkan nama saya? Tidak ya, anda silap kalau fikir seperti itu.

Semoga kebenaran menang, dan yang bersalah mendapat tindakan dan pengajaran yang setimpalnya.

– Yang Teraniaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Smoga dpermudahkan urusan, diberikan ketenangan hati dan mendapat keadilan yang sewajarnya.

  2. smoga dipermudahkan urusan awak …
    smoga awk kuat utk trus berkerja dan smoga si pnganiaya sedar akan kesilapannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *