Kebahagiaan Terhalang

Aku F, umur 29. Tidak pernah bergelar girlfriend sesiapa, tidak pernah bercinta selama 27 tahun hidup. Tetapi pernah berada di dalam cinta monyet tapi tempohnya hanya cukup untuk digelar “intern” ketika usia 25 tahun.

Dulu aku orangnya tiada perasaan, tengok orang bercinta? I don’t care, whatever floats your boat, I am happy with my life now.

Sekarang. Aku sedang berada di dalam fasa ‘dia atas awan’ dengan seorang lelaki sebaya namun memegang passport dari Seberang.

Aku kenal dia tiga tahun lepas ni Sabah, bermula dengan niat hanya mahu berkawan. Dia dah berterus terang dengan aku status warganegara dia sejak beberapa bulan kami berkawan. Mungkin mereka di sabah familiar dengan history ni.

Lahir di sabah, tinggal di sabah sejak kecil namun ibu dan ayah dia bukan warganegara. Pernah balik Seberang namun hanya untuk urusan passport.

Bersekolah di Malaysia hanya sampai darjah 6, tiada sijil lahir (dikoyak Ketika urusan buat IC kerana sijil lahir palsu mungkin). Bekerja di semenanjung dari umur 18, balik ke keluarga disabah sejak beberapa tahun lepas.

Aku dah pernah call keluarga dia di kampung (sabah dan Seberang), bertanya khabar keluarga dia hampir setiap bulan. IG, tiktok, fb dia semua aku buka setiap hari.

Aku selalu minta dia share screen secara tiba2 untuk check siapa dia berhubung. Aku yakin tiada yang dia sembunyikan dari aku.

Aku tak rasa mampu dapat lelaki lebih baik dari ini, kekurangan dia hanya pada harta, warganegara dan Pendidikan (basically, weatlth, kesenangan).

Dia baik, sangat. Aku dah beberapa kali pergi jumpa dia. Dia tidak pernah cuba ambil kesempatan dekat aku bila kami berdua.

Tidak pernah meminta bantuan kewangan dari aku walau aku tahu ada masa masanya kewangan dia susah untuk tanggung keluarga di kampung.

Tidak pernah marah dan selalu bersabar dengan aku yang pada awalnya suka jadi typical perempuan yang suka merajuk, marah2, dengan harapan dia giveup dengan aku dan pergi. Dia orangnya yang tidak berputus asa mencari rezeki walaupun tiada IC.

Kami pernah bergaduh besar hanya kerana aku cuba menguji dia, tuduh dia macam macam, dia menangis, dia kata sayang dia dah terlalu besar untuk aku.

Dari hari pertama kami kenal sampai sekarang, tidak ada satu hari pun yang kami tidak ber chat atau call.

Hidup aku dah terlalu penuh dengan dia sampai aku takut kalau satu hari nanti aku tiada lagi tempat meluah. Tempat menangis. Dia yang selalu jadi kekuatan dan penghibur aku.

Masalah dia, keluarga aku tak restu. Hanya kerana dia dari Seberang. Hina ke mereka dari Seberang? Susah sangat ke hidup dengan mereka yang tiada IC? Aku tak tahu.

Bila aku terus terang pada keluarga, aku sekarang tengah bercinta, mereka suruh aku hati hati takut aku dah kena guna guna. Boleh berjaga jaga namun sampai menuduh yang syirik? Astaghfirullahalazim.

Dia pun tak minta dilahirkan dan dibesarkan di sini sampai ‘seberang’ tu hanyalah pada warganegara dia sahaja. Kesian, dunia ni tidak adil untuk dia.

Dari awal aku rasa dah jatuh hati, aku buat solat istikharah 7 hari berturut turut. Bukan sekali, bukan dua kali namun berkali kali.

Aku menangis, minta tolong dengan Allah, kalau dia bukan takdir aku, tolonglah jauhkan kami dengan cara apa pun dan semoga kami redha dengan ketentuanMu.

Namun. Sampai sekarang kami masih sama sama. Bergaduh hanya kerana aku yang mulakan itu pun atas sebab sebab kecil yang aku sengaja bangkitkan.

Sekarang, aku buntu. Berkeras dan teruskan dengan apa yang aku rasa boleh bahagiakan aku atau ikut kata keluarga, fikir jauh kedepan dan tinggalkan dia.

Mungkin memang takdir aku, hanya melihat orang lain ada pasangan. Takdir Bahagia aku mungkin bukan dari segi pasangan, biarla aku single sampai tua untuk menjaga orang tua selamanya bertiga dengan mereka.

– F (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Sebelum ni awak tak pernah rasa dicintai dan di sini awak baru kenal seorang lelaki yg awak rasa menyayangi anda. Tengah bercinta memang indah. Yang buruk tidak akan nampak. Mana ada ibu bapa yg bersusah payah menjaga anak dengan kasih sayang terutama perempuan untuk melepaskn ke lelaki yg banyak kekurangan seperti tidak sekufu dari segi pendidikan, taraf hidup malahan warga yg tiada identiti. Jangan awak nanti yg jadi ketua keluarga pulak. Ibu bapa mana mahu anaknya susah di kemudian hari. Jadi fikirkan dengan waras baik buruknya. Sekarang memang semuanya indah.

  2. pestaim rase bercinta kan, so awak rase dia saje yg awak suka.
    dari penulisan confessor ni, saye rase better stop. penting sekufu, dari segi
    pendidikan, harta dan keluarga. bab kewarganegaraan tu benda simple je, tp kalau
    family pon x restu, t kalau jadi kawin jugak, fikirkan mase depan anak2.
    nak kawen bukan pk suka cinta syg kt lelaki tu je, pk depan lagi please.
    pk 1 tahun. 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun akan dtg.

  3. berhenti saja. tak sesuai semua segi. takut susah kemudian hari. Pasal kewarganegaraa, lepas tu nanti bila dah ada anak , lagi macam macam. Mungkin awk dibuai rasa cinta . semua nampak indah. sebab tak pernah rasa macam tu kan.. baik awk single dari terjebak dengan orang bukan warganegara. kalau suka juga yang bukan warganegara, cari yang kerjaya profesional.

  4. Lebih baik undur diri sebelum terjebak dalam perkahwinan dan beranak-pinak. Cibta boleh hilang apabila berdepan kemelut kehidupan. Anda sudah boleh bayangkan cabaran yang bakal anda hadapi dalam perhubungan kalian. Perkahwinan bukan untuk setahun dua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *