Kebahagiaan Yang Sebenar

Assalamualaikum, terlebih dahulu terima kasih kerana menyiarkan penulisanku ini. Namaku Fahana dan aku berusia lewat 20’an.

Apa yang aku ingin sampaikan disini adalah hebatnya yang bernama sebuah pemberian atau perkongsian. Diharap pembaca tidak terkeliru dengan makna yang ingin disampaikan.

Maksud lain yang ingin aku katakan adalah hebatnya yang bernama sedekah.

Ingin dipendekkan cerita, aku lahir dalam keluarga yang agak besar,dan kami amat memnetingkan hubungan kekeluargaan, walau terkadang bermasam-muka itu seakan adat dalam yang bernama keluarga.

Sejak dari kecil aku memang ada niat untuk membantu orang disekelilingku, bertitik mula daripada apa yang berlaku di dalam keluargaku sendiri.

Bahagia dalam sebuah keluarga yang aku harapkan sampai ke akhirnya, musnah apabila ibu dan bapaku memilih untuk berpisah.

Kerana terlalu biasa melihat ibu dan bapaku bergaduh, aku menjadi seorang yang sangat kental dan dari kecil aku sedaya upaya untuk tidak bergantung pada orang lain.

Aku tidak pernah menceritakan perihal keluargaku pada orang lain walau pada kawanku sendiri, aku lebih memilih untuk berahsia.

Bagi pendapatku, kekuatanku datang dari Allah, mungkin aku akan lega apabila menceritakan masalah keluargaku pada orang lain, tetapi ianya tidak menghilangkan permasalahan yang berlaku dalam keluargaku.

Ayah memilih untuk berkahwin dengan orang gaji kami sendiri.

Kami sekeluarga amat terkejut dan beberapa insiden telah berlaku susulan dengan keputusan ayah,

Tetapi apa yang aku faham dan belajar adalah siapalah kita sebagai anak untuk menilai apa yang berlaku pada ibu atau ayah, apa sahaja perbuatan mereka, kita tidak boleh nafikan yang merekalah yang membawa kita di dunia ini.

Dan menganjak beberapa tahun kemudian, aku diterima untuk mejalani program latihan khidmat negara pada tahun 2011.

Peristiwa yang tak akan aku boleh lupa adalah, kehilangan seorang yang bernama ayah sewaktu aku menjalani program tersebut di sabah.

Aku berasa kosong-sekosong kosongnya kerana, belum sempat aku ingin berbakti pada ayah, ayah telah pergi meninggalkanku.

Dan bertitik tolak daripada kejadian tersebut, aku mengambil pendekatan dengan niat bahawasanya setelah aku bekerja, aku akan membantu insan yang lain, aku akan membantu seumpama pemberian sedekah adalah daripada arwah ayahku sendiri.

Aku akan mengasingkan duit gajiku untuk keluargaku dan aku masih rapat dengan makcikku, iaitu kakak ipar kepada ibuku, pakcikku telah lama meninggal sejak tahun 1997,

Aku selalu datang ke rumahnya, untuk memberi barang keperluan dapur, kerana bagiku, walau pak cikku telah tiada, ianya tidak bermakna untuk aku akan lupa pada makcikku sendiri.

Satu perkataan dari kakak sedara iparku iaitu anak kepada makcikku, bahawa akulah punca dia tidak bercerai. Aku agak terkejut dengan penyataan yang dikeluarkan olehnya, aku mengatakan menagapa berkata sedemikian rupa?

Katanya, kerana nafkah dari suaminya yang kurang , yang membuat suaminya (anak arwah pakcikku) tersedar bahawa bertapa pentingnya untuk berbakti untuk yang bernama keluarga.

Bukan nilai pemberian tapi sebuah keiinginan untuk membahagiakan setiap jiwa yang kita kenal tanpa kenal erti berkira, dan sepertimana kita ingin yang terbaik ,sepertimana itulah kita perlu berbakti pada mereka.

Orang disekelilingku selalu bertanya padaku, mengapa nk sedekah dekat orang lain? sedangkan mereka tidak pernah memberi apa-apa pulangan pada kita. Jawabku ringkas, kerana Allah.

Peluang yang selama ini Allah berikan untuk kita hidup dan berapa banyak beras yang kita makan sejak umur 2 bulan? dan seberapa banyak yang kita telah berikan pada orang lain?

Allahuakbar, tak terjawab kita dengan pertanyaan ini. Jika kita harapkan balasan pada mereka, bermakna ikhlas itu tiada tetapi kalau kita niat kerana Allah, insyaallah keberkatan itu akan selalu bersama kita.

Dan berkat yang paling aku rasa adalah, Allah tetap memberikanku pekerjaan yang baik walau pelajaran aku tidak setinggi orang lain.

Aku melihat disini, bahawa apa-apapun dalam hidup kita yang paling uatam adalah niat. InsyaaAllah Allah akan permudah.

Bahagiakanlah selagi mereka ada didepan mata kita, dan tak lupa juga pada setiap jiwa yang dalam kesusahan. Kerana Sedekahlah naungan yang akan menemani kita di Padang Mahsyar kelak.

– Fahana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *