Assalamualaikum. Aku Kak J. Kem4tian suami 5 tahun lalu, ada anak anak yang telah pun berumah tangga. Kini aku tinggal sendirian di rmh kampung bersebelahan rumah ibu. Aku masih punya ibu.
Setahun selepas hidup sendirian, aku dihubungi sahabat lama. Aku namakan dia D. D adalah rakan sekerja. Dah lebih 2 tahun aku tidak mendengar cerita D. Rupa rupanya D pun dah single semula setelah kem4tian isteri setahun selepas kem4tian suami ku.
Sepanjang 2 tahun dia menyepi diri dan tidak menghubungi aku kerana menjaga arwah isterinya yang sakit. Dia juga baru tahu aku telah hidup single. Anak anak D juga ada yang telah berumah tangga.
Selepas dari hari dia menghubungi aku, kami sering berhubung. Mulanya hanya melalui WA. D tak pernah lupa untuk ucapkan salam dan doa doa setiap pagi.
Aku pula hanya menjawab salam dan mengaminkan doa nya sahaja. Kadang kadang kalau ada video dan artikel yang lawak kami akan share. Tidak lebih dari itu. Dari ber WA, kami berjumpa. Kami pergi lunch bersama. Kami borak borak, kongsi cerita cerita lama semasa sama sama bertugas.
Untuk pengetahuan semua, kami telah pun bersara. Kami bukan sahaja lunch tapi kadang pergi jalan jalan hingga ke GH.
Sepanjang perhubungan kami, kami tak pernah menyentuh pasal perasaan dan harapan. Bagi aku D adalah sahabat lama. Semasa kami bertugas ditempat yang sama kami memang agak rapat.
Aku selalu minta tolong berkaitan kereta kerana D seorang speacilist dalam bidang mekanik. Sehinggakan untuk beli kereta baru pun aku tanya pendapat dia.
Ada sekali masa baru baru aku dapat lesen memandu aku telah kemalangan. Orang pertama yang aku hubungi adalah suami aku, tapi suami tak dapat datang ke tempat kejadian. D la orang yang datang membantu aku menguruskan kereta aku yang kena tow ke bengkel.
Sepanjang persahabtan kami ini, kami menjaga privasi masing masing. Setiap hujung minggu D tidak akan menghubungi aku even tak menghantar pun ucapan salam dan doa sepertimana yang selalu dia share. Aku pula tak pernah nak tanya.
Hujung minggu adalah hari keluarga untuk aku dan anak cucu. Sekiranya aku nak berjumpa atau outing dengan kawan kawan aku (me time aku) dia faham. Dan tidak pernah tanya.
Begitu juga, kalau dia balik kampung jumpa emaknya dia akan share location dan aku faham. Kalau dia melancong dengan kawan kawan nya mesti ada buah tangan yang dibelikan untuk aku. Tapi kalau aku melancong aku tak pernah pun belikan dia apa apa…. ha ha ha.
Kami pernah pergi melancung bersama…. tapi jangan salah faham. Kami pergi dalam group. Aku awalnya ajak ajak ayam, rupanya dia nak join. D pergi dengan anak daranya. Sepanjang trip tu aku tinggal sebilik dengan anak daranya.
Sepanjang trip kami berlagak biasa. Aku pun takde la nak berborak sangat dengan D. Dia pun tak de nak berjalan atau makan semeja dengan aku. Balik ke malaysia pun kami takde la nak bercerita pasal trip.
Akhir tahun lalu, kami berjumpa pergi makan makan dan jalan jalan shopping. D mengajak aku ke satu butik handbag dan minta aku pilih handbag dan dia akan bayar.
Sebenarnya ada beberapa kali kami shopping bersama, bila masa nak bayar dia ada pelawa diri nak bayar tapi aku menolak. Tapi kali ini dia beriya iya nak belikan aku handbag. Aku minta dia berjanji ini adalah kali pertama dan terakhir dia belanja.
D hanya senyum. Selang 2 minggu kami pergi lunch. Masa lunch ini D berterus terang dengan aku. Rupanya selama ini dia ada menaruh hati pada aku.
Mungkin Allah telah takdirkan kami hidup single dan dia ada masa untuk mengnali aku lebih dekat. Aku sungguh terperanjat, tapi aku minta waktu untuk memberi jawapan.
Seminggu aku ambil masa untuk beri jawapan. Sepanjang seminggu itu banyak perkara yang aku fikirkan:
1. Kami telah mempunyai anak anak yang telah berumah tangga. Aku dah ada cucu. Setiap hujung minggu anak cucu akan balik memeriahkan rumahku.
2. Aku selesa tinggal sendiri, tanpa ada gangguan di rumah. Aku ada pencen bulanan untuk diriku. D juga seorang pesara dan arwah isterinya juga pesara. Jadi wang pencen isteri 100 % kepunyaan D.
Kami masing masing dah punya rumah sendiri. Dirumah aku tinggal sendiri, makan sendiri, tidur sendiri. Semuanya dah jadi kebiasaan. Semasa arwah suami ada, anak anak tinggal di asrama aku juga biasa sendiri.
Arwah suami seorang yang aktif aktiviti luar. Weekend selalu bersos**l bersama kawan kawan. Aku tak suka join.
Arwah juga pernah minta izin untuk bermadu. Aku izinkan. Tapi jodoh dan ajal di tangan Tuhan. Sehingga akhir hayatnya nampaknya aku soranglah isterinya ha ha ha.
3. Bab untuk ‘me time’ aku punya kawan kawan yang juga sudah bersara dan yang rajin mengembara. Aktiviti harian ku di rumah ialah bunga bunga dan sayur sayuran dan kucing. Kalau tak pun aku melayan drama drama korea, filem bollywood dan hollywood di tv dan youtube.
Selepas seminggu aku beri jawapan yang telah mengecewakan D. Aku tak bersedia untuk membina keluarga baru. Setakat ini aku selesa dengan cara hidup aku. Aku belum bersedia untuk menjadi ahli keluarga D.
Memang nampak kekecewaan diwajah D. Aku minta D carilah orang yang sudi menjaga dia diwaktu susah senang dia. Aku tak berkecil hati sekiranya selepas ini D jarang menghubungi aku. Aku dah bersedia.
Selepas dari pertemuan kami tu, kami masih berhubung melalui WA sahaja. Seminggu selepas pertemuan tu D ada up status di WA dengan menulis nama ku. Hanya nama ku.
Hanya D seorang yang menulis nama aku dengan ejaan terbalik. Selepas status nama aku dia up status nama dia. Aku tak tahu apa tujuan status tu. Aku tak berani tanya.
Dalam bulan April baru ni, dia ada WA aku. Dia dah buat keputusan untuk settle down. Alhamdullilah D dah jumpa orang yang sesuai untuk dibuat teman dlm meniti hari hari tuanya.
Aku ucapkan tahniah. Semoga pilihan hatinya seorang yang benar benar jujur untuk menjadi teman hidupnya. D seorang yang baik, semoga Allah jodohkan dia dengan orang sebaik dia.
Aku berpesan pada D, kalau dia dah bersedia lupakan la aku. Aku tidak mahu bakal isterinya salah faham atas persahabatan kami.
Tentang diri aku, tak perlulah dia risaukan. Ini adalah pilihan aku. Inilah jalan hidup aku yang aku pilih. Untuk D selamat berbahagia.
Dari,
– Kak J (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit