Kebahagian Terbina Selepas Dicurangi Suami

Aku Kasturi, seorang surirumah mempunyai 3 orang anak perempuan dan aku sudah alami sakitnya dikhianati suamiku.

Semasa tempoh percurangan suamiku bersama perempuan simpanannya aka penyondol, aku sedar suamiku tidak lagi mesra seperti dahulu, tetapi aku tutup sebelah mata kerana tanggungjawabnya masih dijalankan.

Dahulu hidupku serba tenang, selain melayan anak-anakku bermain, aku ada banyak masa terluang untuk diri sendiri melayan drama, online shopping dan kerap menelefon sedara-maraku untuk bersembang.

Apabila suamiku pulang, aku akan menjemputnya masuk dan mula memasak makanan malam. Aku memang kurang nafsu terhadap suamiku dan aku sangka ianya biasa apabila sudah berkahwin hampir 9 tahun. Mungkin disini lah silapku.

Okay, aku lebih nak confess perkara yang terjadi selepas percurangan. Penyondol itu menelefon aku sendiri, memberitahu aku segalanya sambil menangis. Hatiku sakit mengetahui suamiku telah berzina hampir 8 bulan. Aku bersyukur Allah menunjukkan hal ini kepada aku.

Aku tawar hati dengan suamiku dan hatiku lebih remuk apabila mengetahui penyondol itu jauh lebih muda dari kami, dan berkemungkinan seorang perempuan dara. Tanpa berfikir, aku tanya budak itu jika dia mahukan suamiku, akan tetapi, dia seakan keliru dan mengatakan tidak sambil menangis.

Dilubuk hatiku, aku tahu sangat dia mahu dan harapkan suamiku bertanggungjawab. Perempuan mana yang sanggup gadai harga diri dengan mudah kalau tak adanya sayang.

Aku rasa tak puas hati dengan si penyondol itu tetapi aku kawal diriku dan menyuruhnya supaya jangan contact lagi dengan suamiku.

Lantaklah dia dara atau tidak, tanggunglah sendiri peritnya hidup kau selepas ini. Tiada siapa yang akan mahu kat perempuan yang tidak suci seperti kau! Apa aku tahu, aku perlu cantikkan diri dan pikat suamiku kembali. Dasar penyondol tidak sedar dirinya dipermainkan suamiku.

Ikutkan hati memang aku mahu bercerai tetapi aku perlu fikirkan tentang anak-anakku, dan aku juga tiada pekerjaan dan memerlukan wang.

Suamiku juga menangis meminta maaf kepadaku dan berjanji akan meninggalkan budak itu. Katanya, dia sudah lama mahu menamatkan hubungan dengan penyondol itu, tetapi budak itu mengugut akan membongkarkan rahsia jika suamiku meninggalkannya.

Hidup aku berubah 360 darjah, aku meroyan dalam seminggu sahaja dan kemudian aku cuba jadi isteri yang lebih peka. Aku berbelanja membeli pakaian dan wangi-wangian untuk menarik perhatian suamiku, dan hampir setiap malam aku memulakan hubungan.

Ego aku tercabar dan aku nak buktikan pada suamiku, aku juga mampu melakukan apa yang si penyondol itu lakukan, malah lebih hebat. Betul kata orang, isteri lebih terima suami berzina berbanding poligami.

Kalau orang pandang memang akan cakap aku tidak hormat diri sendiri, tetapi aku puas dan aku harap penyondol itu tahu aku menang dan dia hanyalah mainan pemuas nafsu lelaki dan tidak ada harga langsung dimata suamiku.

Sejak kejadian itu, suamiku memberi aku wang saku lebih banyak dan meluangkan masa bersamaku. Pantang hujung minggu, aku akan mengajak suamiku bersiar-siar. Ofcourse dia tidak boleh melawan aku dan menunaikan hampir semua kehendak aku.

Belanja untuk penyondol boleh, takkan isteri sendiri tidak boleh. Walaupun apa yang dilakukan tidak boleh dimaafkan, seronok juga boleh mengawal dia.

Suamiku memandang aku sebagai perempuan yang kuat dan dia bersyukur mempunyai aku. Aku rasa seperti refresh perkahwinan kami.

Aku tahu suamiku sangka aku akan bersikap dingin terhadapnya, tetapi aku sengaja melayannya secara baik supaya dia menyesal melakukan aku seperti ini. Sekarang baru kau tahu siapa bidadari dari syurga hihi.

Didepan suamiku, aku berlagak baik macam isteri misali masih menghormatinya dan mengajaknya bertaubat. Aku juga sengaja katakan aku kasihan pada budak itu supaya suami aku nampak bertapa baiknya aku dan ruginya dia jika meninggalkanku.

Aku suka dipandang tinggi oleh suamiku walaupun ikutkan hati, mahu sahaja aku lempang mukanya. Aku risau penyondol itu akan mencari dan memikat suamiku kembali. Sebagai perempuan, aku tahu bukan mudah mahu meninggalkan lelaki yang sudah terlanjur cinta.

Setakat ini, penyondol itu tidak lagi mengacau kami dan kadangkala aku stalk juga si penyondol itu melihat profile whatsapp dan social medianya penuh dengan kata-kata agama dan acah depress. Penyondol itu mukanya hodoh seakan budak hingusan pun ada.

Pakaian elok labuh tetapi merampas suami orang. Aku sengaja menukar profile picture aku kepada gambar aku bersama suamiku, dengan harapan si penyondol murahan itu melihat kemesraan kami.

Aku juga lebih kerap post story menunjukkan betapa sweetnya aku dilayan suamiku dengan caption pujianku terhadap suamiku.

Aku tahu penyondol itu sayangkan suami aku dan takut akan aku. Padanlah muka dia tengok orang yang dia percaya dan sayang tidak peduli langsung tentang kesedihan dia.

Aku harap hubungan aku bersama suami aku akan kekal dan aku akan mengajar anak perempuanku menjadi perempuan yang bermaruah.

Sekarang, bila suami nak sampai rumah, aku terus bermekap dan pakai wangi- wangian. Kadang-kadang bila melihat anak perempuanku, ada juga naluri rasa bersalah kepada si penyondol kerana suamiku seakan tiada perasaan langsung terhadapnya.

Bila melihat suamiku buangnya dengan mudah, ada juga aku terfikir bahawa suamiku memang tujuan menyimpan budak itu hanya sebagai tempat pemuas nafsunya sahaja kah? Suamiku juga beritahu yang dia tidak sayangkan budak itu langsung semasa kantoi.

Kalau betul begitu, agak kejam juga suamiku, tetapi entah kenapa bila suamiku tidak berhubung lagi dengan penyodol itu, aku rasa puas hati dan menang. Demi aku, suamiku sanggup buang perempuan yang sepatutnya dibertanggungjawabkan.

Kepada si penyondol murahan, aku harap kau nampak betapa bahagia dan mesranya aku sekarang bersama suamiku. Kami bertaubat bersama dan saling membantu. Aku harap kau nampak betapa hebatnya aku melayan suamiku sehingga dia melupakan kau dengan mudah.

Suamiku juga memilih aku berbanding kau kerana lelaki akan sentiasa memilih perempuan yang baik dan suci. Bukannya perempuan yang berzina seperti kau. Aku harap kau sedar kau tiada tempat dihati suami aku dan hanya dipergunakan kerana kau seorang yang mudah!

Walaupun awalnya perit, percurangan ini seperti membina kembali hubungan aku bersama suamiku. Aku gembira kerana walaupun diberi ujian, kami masih berpeluang memperbaiki hubungan.

Aku akan sentiasa pastikan aku kelihatan yang paling terindah dan solehah dimata suamiku, berlainan dengan si perampas. Si penyondol?

Kau lihat sahajalah hidupmu hancur didepan matamu tanpa boleh melakukan/membaiki apa-apa kerana dia bukan disisimu ;)

– Ketum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *