Ramai sgt yg memberikan pendapat pasal pekerjaan skrg ni…ada yg beri pendapat tentang perbezaan graduan 3.0 keatas dan kebawah…ada yg ckp pasal tips mohon kerja…ada yg ckp pasal tips menjawab temuduga dan lain2…dlm confession kali ni,sy nak berikan pendapat mengapa begitu sukar graduan semasa utk mendapatkan pekerjaan…
Pada masa skrg ni,dengan kejatuhan rm yg mencecah 4.40++ berbanding dolar,harga minyak naik,kos sara hidup yg tinggi,peluang pekerjaan semakin sikit menyebabkan kita sbg graduan terasa trhimpit sekali…kita bukannya berasal dari keluarga yg sng…malah menjadi harapan keluarga utk berjaya membuatkan kita lg semakin trdesak untuk mendapatkan pekerjaan…
Seperti yg kita tahu,ramai graduan yg menyertai sl1m kerana tidak mendapat peluang pekerjaan…kita bukannya memilih kerja,cuma mestilah kebanyakan dari kita ingin bekerja dlm bidang yg kita pelajari selama 3 atau 4 tahun semasa di universiti…pada pendapat sy,sl1m ni ada kebaikan dan keburukannya…sy penah pergi interview sl1m di satu syarikat besar di Malaysia…swaktu interview,terang2 lg sudah dinyatakan tidak akan ambil pekerja baru…bermakna pekerja sl1m tidak akan diserap…sedangkan syarikat trsebut baru sahaja mendapat projek baru dan perlukan hampir 500 pekerja sl1m utk mengisi kekosongan yg ada…berapa banyak yg dpt dijimat oleh syarikat2 ni dgn amik pekerja sl1m ni…sudahlah elaun dibayar kerajaan,tidak perlu cari pekerja baru lg…
Sy x maksudkan bahawa sl1m ni x bagus…masih ramai yg mendapat manfaat dan diserap bekerja dari program ni…namun,tahukah berapa ramai lg yg masih menganggur walau telah menjalani sl1m ni…sy cadangkan supaya kerajaan menghadkan bilangan pengambilan pekerja sl1m ni utk stiap bidang dan setiap syarikat…dan mewajibkan syarikat2 ni utk amik kita bekerja setelah tamat tempoh kursus sl1m..cukuplah syarikat2 ni dpt berjimat slama 1 tahun sepanjang kita berkursus sl1m yg ditanggung kerajaan…
Namun,walaupon kehidupan skrg begitu mencabar,jgnlah kita berputus asa…ingatlah mak abah,kakak2 abang2 dan adik2 yg sentiasa mendoakan kejayaan kita…berdoalah kpd Allah agar dipermudahkan urusan dan dpt pekerjaan secepat yg mungkin kerana hanya Dialah yang Maha Kaya dan Pemberi Rezeki…sy memohon maaf sekiranya ada yg terasa hati dgn penulisan sy,namun sikit pon sy tiada niat utk mengutuk sesiapa…sy hanyalah graduan yg mahukan kehidupan kita semakin baik…tapi apalah makna hidup jika semuanya senang dan mudah…semoga kita sama2 mendapat pekerjaan secepat mungkin…
– Jamal pak tongkol
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit