Assalamualaikum semua. Aku ni seorang penuntut di universiti swasta kat Ipoh. Aku ade penyakit urticaria atau orang selalu sebut galagata atau sopak air la senang. Aku dah kena dekat setahun dah galagata ni. Perit die Allah je tahu. Rasa macam nak berendam dalam air batu. Bila orang kena galagata ni badan die macam kena allergic reaction dan rasa badan macam terbakar. Bayangkan aku kena mengadap benda ni hari-hari selama setahun.
Dah macam-macam ikhtiar aku cuba. Pergi klinik swasta, klinik kerajaan dan berubat kampung aku dah cuba. Masih tak baik-baik jugak. Sampai satu tahap aku dah malas nak ambil tahu. Aku biarkan je. Ubat tak makan. Yelah, bayangkan korang kene makan ubat setiap hari selama setahun. Kau ingat vitamin ke? Mana taknya, pergi berubat bukannya pakai daun dan aku bukan datang dari keluarga yang senang. Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku tak pergi hospital kerajaan. Bukan aku tak nak pergi tapi hospital jauh dari rumah aku dan aku tak ada transport untuk pergi.
Waktu awal tahu aku kena aku try lah mandi garam. Orang cakap elok tapi nampaknya tak berhasil pada aku. Aku dapat pinjaman untuk belajar. Duit tu aku guna untuk berubat. Bukan tak nak mintak mak bapak aku, diorang pon nak pakai banyak duit. Lupe aku bagitahu, aku ni memang dari kecik selalu sakit.
Akhirnya aku buat keputusan nak jumpa pakar. Cadang nak pergi hospital kerajaan tapi hari tu aku terlajak. Tengok jam agak lewat sebab hospital kerajaan kan kena pergi awal kalau tak kena tunggu lama. Aku putuskan pergi jelah klinik pakar swasta. Aku pernah servey klinik pakar kulit kat google. Jumpalah Klinik Nagoke dekat Kampung Simee, Ipoh. Famous jugak pernah keluar tv.
Aku pon pergi naik Grab. Tengok review cakap klinik tu ramai. Sampai klinik tu tengok tak ada pon patient. Klinik tu dekat kawasan perumahan. Aku pergi dalam dompet ade RM80 sebab aku ingat nak keluar duit kat ATM dekat-dekat klinik tu. Dan sebenarnya aku nak pergi cepat takut ramai tu yang aku tak sempat nak keluar duit. Dah sampai baru aku tahu yang klinik tuh dekat kawasan perumahan dan bank jauh. Aku pon ingat cukuplah duit RM80 tuh termasuk duit tambang Grab.
Kan kalau kat klinik kan ada yg bahagian registration dan untuk dispense ubat. Yang jaga tuh akak India 2orang. Aku ni naif sikit. Ingatkan macam kat hospital kene bayar untuk registration. Akak tu pon bagi greeting dan tanya aku “ye adik apa saya boleh bantu?”. Bersopan santun baik budi bahasa akak tu. Aku pon jawablah nak jumpa doktor. Akak tu cakap something tapi aku tak dengar sangat. Aku ingat dia suruh bayar, aku pon tanyalah “berapa?”. Akak tuh cakap “IC dik, belum jumpa nak bayar macam mana”.
Aku pon jumpa doktor. Doktor dia sikh. Dr Pritam Singh kalau tak silap. Dr pon tanya apa sakit. Aku pon ceritalah. Terkejut dr tu bila aku cakap aku daa kena setahun sakit tu. Dr tanya aku dah sarapan ke belum. Aku time tu belum makan sebab nak cepat-cepat pergi klinik tu. Dr bagi injection, die cakap kalau pening duduk dulu dan jangan lari. Heheheh. Jangan lari tu aku gurau je. Dr pon baik sangat. Tiba-tiba akak India tu panggil aku bagi air 100+. Dia tanya aku datang sorang ke, naik apa? Aku pon jawablah naik Grab. Akak tuh cakap ubat injection tu buat mengantuk, kalau mengantuk jangan balik lagi duduk kat situ.
Lagi sekali dia panggil bagi ubat. Banyak giler doh. Aku dah mula risau tak cukup duit. Aku tanya berapa semua. Ubat, injection, sabun dan krim sapu harga RM130. Aku terkejut kejap. Aku cakaplah kat akak tuh “akak, saya tak cukup duit. ATM terdekat kat mana ye?”. Akak tuh cakap jauh dan die tanya aku dalam dompet aku ada berapa. Aku cuma ada RM70 je sebab tadi dah guna untuk Grab. Akak tuh masuk dalam cakap kat dr. Akak tuh cakap “takpalah dik, bagi je berapa adik ada dalam dompet tu. Kita bagi diskaun kat adik”. Aku rasa nak menangis kat situ. Baiknya diorang. Tapi aku taknaklah macam tu. Aku cuba cakap aku nak bayar tapi akak tu cakap takpe, takpe.
Tiba-tiba aku teringat, aku dah bagi akak tu semua duit aku maknanya aku takda tambang balik. Aku serba salah nak cakap tapi terpaksa cakap jugak. Akak tu bagi balik balik kat aku RM20 untuk tambang balik. Tapi aku cakap Rm10 dah cukup. Aku pon balik. Ya Allah, terima kasih akak, terima kasih doktor. Maafkan aku kalau cakap melalut. Sekian sahaja kisah dari aku. Semoga Allah membalas segala kebaikan kepada mereka yang menbantu aku.
– Pesakit
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit