Assalamua’laikum..
Saya bekas pelajar IIUM.
Pada pagi ini 20/07/2016, saya terbaca artikel bertajuk
“Kaki Dota, Perokok, Boleh Ke Dibuat Suami? Perempuan Sila Baca” di blog Penpatah
(https://www.himpunanceritalawak.com/2016/07/kaki-dota-perokok-boleh-ke-dibuat-suami.html)
Di sini saya nak perbetulkan situasi walaupun saya bukan kaki dota tapi adalah seorang Kaunselor.
1) ““baik main dota, kalau main perempuan?”
Dari sini kita dapat fikir..begitu fanatiknya terhadap game..tapi itulah kenyataan sebenar..adakah berdosa main dota, tidakkah Islam melarang berzina..?? Jadi yang mana lebih dosa, manusia yang dinamakan Melayu akan mengganggap kenyataan di atas macam kejam. Biarlah hidup dengan dota, daripada buat maksiat (main dengan perempuan). Cuma main dota tu jagalah adab dan janganlah tinggal kewajipan kita terhadap Tuhan, setiap manusia ada Tuhan, ada agama.
“main2 jugak, sembahyang jangan lupa, tanggungjawab jangan lupa, kerja jgn lupa”
Main dota adalah hobi yang bagus kalau nak dibandingkan dengan kaki lepak, kutuk-kutuk belakang, berkepit sana sini. Dan ia adalah cara mudah untuk lekat di rumah dari keluar entah kemana-mana, silap hari bulan kalau keluar, duit minyak, duit makan, duit shopping. Lagi jimat berbanding duduk di rumah.
2)Ya, memang sesiapa saja akan maki terutama gamer, tak kisah la game apa skalipun, main candy crush kalau nak maki, maki jugak, ada sampai mood pun hilang. Lelaki ke perempuan ke sama. Kita sama-sama manusia.
“Nobody perfect”.
Adakah kita fikir, dia maki ke dia carut ke, tapi hanya dengan game, yang dituju segala makian itu adalah game, bukan manusia. Game bukan ada hati dan perasaan. Bandingkan kalau maki pada game yang tak wujud dan maki pada orang.? mana lebih teruk..?? Dewasalah anda.
3) Pasal bab kaki modify segala kenderaan.
Sekiranya perempuan pun nak nampak cantik, saya berani kerat jari, cari la mana-mana perempuan, mahupun muslimah ke alim ke, masing-masing mesti ada alat bersolek, pencuci muka lebih dari 2 itu tak termasuk segala losyen, collagen dan sebagainya. Cuma kalau nak modify tu biar la padan patut. Jangan sampai tinggal “sekangkang kera”. Sama je dengan lelaki berkorban sampai tak makan, berpeluh-peluh demi orang tersayang.
4)Pasal perokok tak hygiene.
Ini pun lawak jugak. “saya pernah duduk rumah sewa, housemate orang alim tak merokok,solat 24 jam, tapi masya’alllah, bilik berbau, hapak, selerak sampai baju pun lekat putih (peluh yang kering)”
Bukan ke Islam mengajar kebersihan. Tak semua perokok tu adalah pengotor, berbau. Tak kan lah sanggup bau bangla dari perokok.??? haha. tak semestinya bapa bukan perokok sel otak anak-anak suma berkembang. Ada jea bapa punya bersih, alim dan “educated” tapi hujung minggu anak menjual dadah, mabuk sana sini. Semua bergantung pada bimbingan ibu bapa. “kalau nak pokok yang menghasilkan buah yang kualiti, jagalah ia, siram lah ia supaya tak busuk di kemudian hari” Cuma nak nasihat kalau boleh berhenti merokok sebelum kawin, berhentilah. Buka buku baru.
5)Nak berhenti bila nikah “Orang yang berjaya adalah orang yang take action NOW”
haha..siapa yang berjaya take action now??..kenapa ramai lelaki cakap berhenti lepas nikah??? sebab ada orang tersayang nak kena jaga, tambah pula ada anak nanti. Kekuatan ada dengan dorongan dari isteri. Jadi kalau nak “take action now” tapi nak jaga siapa..??? kawan?? ayah??. kalau diorang pun merokok.
6) Ini last skali (mindset)
Tak kanlah lelaki jea ada mindset, haha. Kalau setakat lelaki komen maki-maki di fb, tapi secara hati, naluri dy orang yang baik. Cuma dia tak suka pendam, simpan dan kutuk-kutuk belakang. Sanggup kea nak pilih pasangan “talam dua muka”.??? “beli kereta BMW tapi enjin, dalaman kereta kancil” tertipu bukan..??
Jadi fikir-fikirkanlah.
Sekiranya ada yang terasa
Saya memohon sepuluh jari tanda berjuta-juta maaf.
Jangan update terlalu mengikut perasaan, tapi ikut la pengalaman dan pengetahuan. Cari la pasangan yang berkualiti ibarat “nak cari makanan yang sedap dan sihat, mestilah kena rasa semua”
Don’t judge book by it’s cover.
Wallhua’lam.
Sekian terima kasih.
Zack The Legend
– Zack The Legend
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit