Kebaikan Diri Aku Dipergunakan 1bu B4pa Sendiri

Di dunia ini tidak ada yang benar benar menjadi milikmu, bahkan udara yang kau hirup pun harus kau hembuskan kembali.

Pengalaman aku sebagai seorang anak perempuan tunggal dilahirkan dalam keluarga yang memiliki sikap pilih kasih. Ya, aku tak pernah dimanjakan oleh ibu bapa sendiri.

Selepas aku tamat SPM, aku dapat tawaran memasuki IPTS dalam bidang undang2.

Kehidupan aku sebagai seorang pelajar tidak semewah orang lain. Aku buat kerja sambilan sedangkan mak ayah aku orang yang berada tapi seringkali habiskan duit untuk anak2 lelaki dan menantu kesayangan mereka.

Ya selepas habis pengajian diploma, aku dapat tawaran bekerja dalam kerajaan. Alhamdulillah aku lulus temuduga SPA.

Aku bangga berjaya dapat tempat dalam perkhidmatan kerajaan. Tapi ahli keluarga aku langsung tak bagi kata2 yang indah sepanjang pencapaian aku dalam bidang yang aku berkhidmat.

Seringkali direndahkan oleh mereka sebab gaji aku tak tinggi. Aku bertemu jodoh dengan seorang duda. Tapi jodoh kami tidak panjang kerana bekas suamiku mencintai kaum sesama jenisnya. Dan aku memiliki seorang anak lelaki.

Dan anak lelaki aku berada di bawah jagaan ibu bapa aku kerana mereka sendiri yang meminta untuk aku tinggalkan dia di kampung. Ya anak aku dah besar sekarang. Berusia 10 tahun.

Tapi sayang seribu kali sayang, anak aku tiada rasa kasih kat aku sebagai seorang ibu yang melahirkannya kerana dibesarkan dalam rumah yang mewah dan apa saja permintaan akan dituruti oleh ibu bapaku.

Selang beberapa tahun berkhidmat dalam kerajaan, bapa aku meminta aku untuk menguruskan syarikat beliau sebagai pengurus.

Katanya nanti kalau aku berjaya bangunkan semula perniagaan yang sudah dimusnahkan oleh abang aku dan isterinya, ayah aku bagi sepenuhnya kuasa vito untuk aku uruskan perniagaanya sebagai pemilik.

Ini sebagai jaminan masa depan aku setelah aku berhenti berkhidmat dalam kerajaan.

Ya aku korbankan masa depan aku disebabkan rasa kasih aku terhadap ibu bapa dan anak lelaki aku. Aku ingatkan bila aku ada dengan mereka, kasih sayang akan mekar dan mesra macam keluarga lain.

Alhamdulillah aku bertemu jodoh dengan seorang anggota unit beruniform yang berasal dari selatan tanah air.

Ibu bapa aku meminta suami aku untuk tukar tempat kerja di utara dan tinggal serumah bersama mereka atas alasan mudah untuk aku bekerja dengan bapa aku.

Ya suami aku hormat permintaan mereka dan berjaya ditukarkan ke kampung halaman aku. Perkahwinan kami dikurniakan 2 orang anak.

Alhamdulillah pada awalnya ibu bapa aku sayang pada anak2 aku. Tapi selang beberapa tahun perniagaan mereka dah maju, duit syarikat banyak dibelanjakan oleh ibu aku dan adik2 lelaki aku.

Ibu aku banyak habiskan duit syarikat membeli emas dan seringkali mengirimkan duit untuk adik beradiknya di kampung.

Bapa aku pula habiskan duit untuk besarkan rumah agamnya agar kelihatan lagi cantik dan mendapat pujian kawan2. Aku hanya bekerja untuk kesenangan mereka satu rumah.

Ya syarikat bapa aku dulu dah tak ada apa untung yang tinggal disebabkan anak lelaki kesayangan dan menantunya telah pecah amanah.

Sepanjang aku uruskan perniagaan, kerap kali aku sakit disihir selama 6 bulan tak mampu untuk makan dan bangun sendiri.

Sakitnya dalam perut aku macam dihiris dengan pisau yang tajam dan rasanya pedih seolah2 luka tu disimbah dengan cuka. Terlalu sakit dah tak berdaya sangat2 hingga aku rasa nak bunuh diri.

Ya aku berubat secara tradisional selama berbulan2 untuk sembuh. Berulang kali benda halus tu menjelma dan aku histeria dan benda halus tu berkomunikasi dengan perawat yang bantu untuk sembuhkan aku. Aku penat dengan dendam manusia dan tipu daya syaitan.

Semuanya berpunca dari kes rebut harta di kalangan adik beradik lelaki aku dan isteri mereka. Mereka dambakan pernigaan bapa aku agar menjadi milik mereka setelah aku berhempas pulas majukan kembali syarikat tersebut.

Ibu bapa aku tidak percaya kepada alam mistik dan wujudnya ilmu sihir dikalangan orang yang jahil agama. Mereka tiada rasa belas kasihan kat aku disebabkan perbuatan menantu perempuan mereka. Aku redha dengan ujian dari Allah.

Ya suami aku tak sanggup tengok aku kerap sakit dan bercadang untuk membawa aku dan anak2 keluar dari rumah tersebut dan mula hidup baru.

Ya selama 10 tahun majukan perniagaan bapa aku tapi sampai ke harini dia mungkir janji untuk tukar nama aku sebagai share holder dalam syarikat.

Aku habis berpuluh ribu duit simpanan aku setiap kali dia minta aku rolling modal dalam syarikatnya.

Ke sana ke sini aku wakili nama bapa aku hadiri meeting dan aku tebalkan muka aku setiap kali kawan2 bapa aku kerap tanya bila lagi nak hadiri meeting atas nama sendiri? Aku penat diajukan soalan tu selama 10 tahun.

Ibu bapa aku kerap paksa aku untuk berbaik dengan adik beradik lelaki dan menantu perempuan mereka yang dari dulu bencikan aku.

Setiap hari aku dan suami dipaksa untuk bermuka2 berlakon setiap kali mereka datang rumah. Aku tahu apa yang mereka buat dibelakang aku.

Dihina dan dimaki oleh adik beradik sendiri dari zaman aku bergelar janda. Mereka tak pernah tolong aku satu sen pun dikala aku susah dan tiada pendapat tetap.

Penghujung tahun 2022, ibuku telah menjalani pembedahan batu karang. Oleh kerana ibuku tiada insurans dan dimasukkan ke hospital swasta, bapa aku minta untuk pinjam duit aku sebanyak RM10 ribu untuk proses admission pada hari yang sama.

Sehari sebelum ibu aku admit, aku telah keluarkan duit dividen asb yang aku tak pernah guna lagi.

Ibu aku dah sihat sepenuhnya dan aku menantikan mereka untuk memulangkan semula duit saving aku.

Aku dah pernah suarakan hasrat aku untuk dapatkan kembali duit tersebut dan bapa aku mula naik angin dan sumpah seranah aku di hadapan suami dan ibu aku. Tegarnya kau ibuku.

Sanggup biarkan bapa aku hina maki anak mu sendiri disebabkan aku hanya minta hak aku kembali. Aku dah penat minta hutang dari ibu bapa sendiri. Dan aku redha duit saving aku dah lesap sekelip mata disebabkan aku terlalu baik hati.

Sampai satu tahap bila suami aku nampak sendiri bagaimana isterinya dipergunakan oleh ibu bapa sendiri untuk kepentingan peribadi dan asbab majukan perniagaan bapa aku, suami aku telah membawa aku dan anak2 pindah jauh tanpa pengetahuan siapa pun.

Ya, aku teruk mengalami depression hingga tahap nak cederakan diri sendiri dan anak2. Aku berhenti kerja dan tak dapat satu sen pun gaji dari bulan terakhir aku berkhidmat dengan bapa aku.

Hati aku luluh dan berkecai bila aku dan suami buka mulut untuk pindah keluar dari rumah tersebut, pelbagai kata2 hinaan dan macian keluar dari mulut mereka berdua.

Sungguh aku tak sangka begitu sekali sikap ibu bapa aku terhadap anak perempuan sendiri. Ya aku redha walaupun ibu bapa aku fitnah macam2 kat aku. Hanya Allah mengetahui segalanya.

Ibu bapa aku fitnah aku habiskan duit syarikat sedangkan mereka berdua tahu yang duit tu banyak dihabiskan oleh anak2 lelaki mereka dan ibu aku sendiri tahu duit syarikat bapa aku dia habiskan beli emas perhiasan berkilo2.

Ya bapa aku tak tahu isterinya simpan duit cash berpuluh ribu dan barang kemas berkilo2 anggarannya dalam rumah tersebut. Hanya aku saja yang tahu sebab ibu aku setiap tahun minta aku bayarkan zakat emasnya.

Hubungan ibu bapa aku selama 40 tahun berkahwin tiada kejujuran disebabkan ibu aku banyak habiskan duit syarikat untuk kepentingan peribadinya sendiri tanpa pengetahuan bapa aku.

Kata ibu aku, duit2 dan barang kemas yang dia simpan semua tu nanti untuk anak2 lelakinya. Dan adik lelaki aku yang bongsu baru tamat pngajian bakal kahwin dengan pelajar IPTA yang masih lagi dalam menuntut ilmu.

Mereka berdua tiada pekerjaan tetap. Wang hantaran dan majlis besar besaran ibu bapa aku yang akan keluarkan untuk adik aku.

Dan ibu bapa aku lah yang akan fully support setiap bulan duit belanja mereka selepas kahwin nanti. Sampai bila aku kena bertahan dalam family yang toxic macam ni? Sampai aku tua dan terus dipergunakan oleh mereka?

Keputusan paling tepat saat ni aku buat adalah keluar dari rumah tersebut dan buat hidup baru bersama suami dan anak2 aku.

Walaupun duit satu sen pun ibu bapa aku tak bagi untuk aku mulakan hidup baru, aku tahu rezeki dari Allah SWT tu sangat luas dan melimpah ruah.

Aku padam identiti aku sebagai anak mereka dalam media sosial dan hingga ke saat ni, tiada sapa pun tahu apa perkembangan terkini hidup aku dan lokasi tempat tinggal kami.

Bagi aku, harga ketenangan minda dan hati tidak dapat dinilai dengan wang ringgit, status sebagai anak orang kaya dan tinggal di rumah besar tapi realitinya aku hidup tak semewah dan bahagia mcm anak2 orang berada yang lain.

Aku tak pernah habiskan duit travel sana sini, beli barang2 berjenama dan makan di restoren mewah. Sebab bagi aku, dari kecil dulu lagi ibu bapa aku tak pernah bagi aku semua tu.

Sebab tu aku boleh hidup dalam keadaan sederhana yang ada tempat berteduh dan cukup makan untuk kami anak beranak. Alhamdulillah.

Nasihat aku kepada semua, tolong jangan korbankan kerjaya tetap semata2 nak tolong ibu bapa yang ada perniagaan mereka sendiri.

Sebab semua tu tak ada jaminan yang ibu bapa kita akan serahkan pernigaan tu untuk kita selagi kita ada adik beradik lelaki dan ipar duai yang selalu hasut ibu bapa bencikan anak perempuan sendiri.

Kalau boleh kalau dah berkahwin, cuba elakan bawa pasangan kita tinggal dengan ibu bapa sendiri. Hidup kita suami isteri kita bdua yang tentukan dan ibu bapa tiada hak untuk kawal dan tentukan apa yang boleh dan apa yang tak boleh.

Kita bukan boneka atau badut untuk puaskan hati semua orang di sekeliling. Suatu saat kamu akan melihat wujud manusia aslinya ketika kamu tidak menguntungkan baginya.

Fitnah paling baik dijawab dengan diam. Fitnah adalah alat para pengecut, Barangsiapa menyalakan API FITNAH, Maka dia sendiri yang akan Menjadi BAHAN BAKARNYA !”

– Rien (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *