Kebaikan Kurma Untuk Anak Yang Baru Lahir

Assalamualaikum. Saya seorang ibu kepada bayi sulung saya yang berusia 5 bulan.Saya nak berkongsi pengalaman kebaikan kurma semasa mengandung , mana tahu baik untuk di sebarkan kepada semua. Saya bekerja biasa sahaja dan mengandung setelah 2 tahun menunggu. Alhamdulillah rezeki Allah bagi tak pernah silap dan pada masa yang tepat. Dalam tempoh menunggu bermacam dugaan dan ujian yang saya peroleh lagi-lagi dari masyarakat kita yang suka bertanya. Wanita yang dalam tempoh menunggu untuk hamil je faham macam mana perasaan nya.

Saya sangat teruja untuk kongsi pengalaman saya sepanjang mengandungkan anak sulung saya.Saya harap pengalaman saya ni dapat memberi manfaat kepada orang lain juga.Saya seorang ibu yang berdarah o, berkulit sentitif dan paling takot sakit. Apa yang saya amalkan semasa mengandung ialah saya makan kurma dengan banyak.Kalau kata banyak tu memang banyaklah sampi bekas kurma tu saya bawak kemana sahaja saya pergi sampai menunggu nak bersalin saya kepit je bekas kurma di ketiak sambil kunyak kurma. Semua ni disebabkan saya ada baca Maryam dulu makan kurma sebelum bersalin untuk memudahkan bersalin. Disebabkan saya ni penakut sangat nak bersalin saya amalkan kurma banyak dengan niat mudahkan saya bersalin. Tapi memang betul makanan sunnah adalah terbaik. Bukan bermakna saya tak makan vitamin. Saya makan semua vitamin yang dr bg. Tapi saya takdelah tambah beli vitamin yang lain . Saya teringin juga nak makan vitamin seperti neurogain dan Shaklee tapi disebabkan tak mampu saya tak belilah. Saya Cuma makan kurma. Kadang-kdang saya blend buat air, campur dengan susu, buat air nabeez atau makan macam tu je.

Sepanjang mengandung Alhamdulillah tiada apa komplikasi. Bacaan kencing manis saya ok, hb saya pun cantik, baby pun membesar dengan sihat. Disebabkan saya berdarah O Nurse selalu cakap anak saya mungkin akan kena kuning. Alhamdulillah saya melahirkan anak dengan mudah walaupun saya ni takut dengan sakit. Cuma saya rasa sakit semasa jahit sebab jahit tak dibius yang tu trauma jugakla.. hihi. Bila orang Tanya sakit tak bersalin laju je saya jawab jahit yang sakit.

Alhamdulillah kebaikan kurma turun pada ank saya yang baru lahir. Kulit cantik, bersih dan rambut sangat lebat. Walaupun ibu dia berkulit sentitif kena nyamuk pun berbekas.Alhamdulillah juga anak saya langsung tak kena kuning. Sampai da 5 bulan sekarang walaupun da 2 kali dicukur rambut anak saya tumbuh lebat sangat., bulu matanya juga panjang dan lentik. Anak saya pun tiada masalah ruam dan kulit. Semuanya dari Allah yang mengizinkan kebaikan kurma turun kepada anak saya.Bagi ibu-ibu hamil cuba untuk amalkan kurma bagi mengurangkan risiko anak kena kuning.Insyaallah dengan izin Allah mohon doa dimudahkan untuk untuk ibu dan anak yang bakal lahir. Ramai yang Tanya petua elakkan anak kena kuning dan petua baby cantik dan berambut lebat, apa yang mampu saya jawab ialah cuba kurma dengan izin Allah. Lepas bersalin pun saya amalkan kurma Alhamdulillah susu pekat dan berwarna kuning. Saya doakan wanita-wanita yang sedang tempoh menunggu dikurniakan anak.Cuba puan-puan amalkan kurma sebagai ikhtiar untuk dapatkan anak dengan izin Allah. Insyaallah Allah akan beri pada masa yang tepat. Terima kasih sudi baca.

– Ibu umar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit