Kebaikan Yang Dibalas Dengan Pengkhianatan

Salam muhibah untuk semua. Maaf andai cerita ini kurang menarik tetapi ianya hanyalah coretan dari rentetan pengalaman ku yang berliku liku. Semoga penceritaan ku ini menjadi ikhtibar kepada pembaca semua.

Aku Tipah. Bekerja sendiri dan punyai anak 3 orang. Selama aku hidup, terlalu kerap diabaikan dan dikecewakan. Mungkin kerana ini aku sangat selesa menjadi diri aku sendiri dan lebih mudah untuk meluahkan segalanya kepada semua orang yang aku percaya.

Aku dibesarkan dari family yang susah. Anak pertama dari 6 beradik. Aku anak yang paling nakal dan paling keras kepala.

Cerita panjang jadi pendek, 5 tahun lalu aku bertekad untuk berhenti bekerja disebuah agensi demi tuntutan menjaga keluarga dan anak anak.

Aku jenis yang tidak boleh duduk diam dan tidak boleh lihat kesusahan orang lain, kalau ada duit tu aku sanggup beri saja pada mereka walau lah yang sebenarnya mereka hanya hinggap bila perlu.

Ditakdirkan Tuhan aku diperkenalkan oleh adik ku dengan seorang kawan nya, aku gelarkan dia sebagai “budak simpati”.

Seriuosly first time aku lihat wajah dia, memang jatuh kesian sebab berdasarkan cerita dari adik aku, keluarga nya orang susah. So aku bantu lah mana yang mampu. Aku bawa dia ikut sama aku kerja, hasil duit upah kerja, aku bahagi sama rata malah terkadang aku lebih beri dia dan aku ambil sedikit sahaja.

Malang tidak berbau, selama aku bawa dia bekerja, keluarga nya tidak suka dia ikut aku kerja dan belajar dengan ku. Aku pun kurang pasti mengapa. Satu hari aku terasa mengapa aku rasa badan aku sangat lemah sehingga solat pun tidak mampu bawa badan sendiri.

Allahuakbar, rasa beban yang tersangat berat. Berbekalkan nafas yang masih ada, aku berdiam dan kumpul tenaga untuk scan diri untuk ketahui apa punca masalah aku ni. Aku baca al fatihah dan ayatul kursi 33 kali. Hasilnya ku terlelap sebentar dan aku lihat wajah dia. Aku terdiam.

Waktu ini aku fikirkan, adakah dia yang aku harus bantu? Tetapi aku masih berdiam diri lagi. Kali kedua aku scan semula, tetap wajah nya juga yang terpapar waktu lelap ku. Dengan izin Allah aku gagahkan diri untuk sujud diwaktu akalku sudah tidak bisa mengawal keadaan lagi.

Kerunsingan berpusing² tanpa aku tahu apa punca. Rumah menjadi panas serta merta.. sewaktu sujud ku, aku mohon Allah beri petunjuk, jika ada yang mahu mencelakakan aku, ku mohon Allah tunjukkan buktinya kerna aku tidak mahu salah sangka dan menuduh.

Aku mohon kepada Allah Swt selepas 3 hari, sesiapa yang berbuat khianat akan datang kepada ku dan menyatakan keserabutan nya kepada ku.

Allah itu Maha Besar, doa insan teraniaya akan segera terqabul. Dalam masa 3 hari, 2 insan yang aku anggap sudah seperti adik ku itu bersegera datang.

Seorang dari nya ku gelarkan “budak taktau” kenapa aku gelarkan dia begitu, sebab dia paling pandai kata taktau walau dia dah buat macam² pada aku dan keluarga aku.

“Budak taktau” ni kisah nya adalah salah seorang yang pernah mendapatkan khidmat ku waktu dia dan kawan nya susah satu masa dulu. Dan setelah ku bantu dengan izin Allah, alhamdulillah mereka juga ku anggap seperti saudara sendiri.

“Budak taktau” dan “budak simpati” Aku tidak menduga mereka dalam diam tidak suka kepada aku. Alasan apa, aku juga tidak maklum.

Bermula lah hari dimana aku baru tahu yang rupanya aku disihir. Allahuakbar, luluh hati aku.

Pabila aku bertanyakan apa salah aku, mereka hanya katakan yang aku menegur mereka waktu mereka ada sedikit berbuat kesilapan. Adakah salah jika aku menegur soal solat dan soal hukum Tuhan? Lagipun aku menegur dengan tutur kata yang aku susun elok.

Malah aku memohon maaf terlebih dahulu sebelum aku suarakan teguran tersebut. Allahu, sungguh aku tidak menduga dalam dunia yang serba moden ini masih ada lagi insan yang sanggup mencelakakan insan lain demi memenuhi nafsu marah dendam mereka.

Mulai dari saat itu, aku ambil keputusan untuk buang semua sekali kawan kawan disekeliling ku untuk sementara waktu demi merawat bisa kekecewaan aku.

Aku balik kampung dan ruqyahkan diri dan anak anak ku semua nya dan sampai saat ini, aku masih dalam rawatan untuk mengeluarkan bisa santau dan sihir yang dihantar oleh bomoh yang mereka upah.

Rupanya “budak taktau” sudah mensihir ku lama. Dan setelah itu baru keluarga “budak simpati” pula melakukan perkara yang sama kepada ku dan keluarga ku.

Walau apa pun kisah pahit yang telah berlaku, aku maafkan mereka semua kerana Allah Ta’ala. Aku hanya bermohon Allah Swt juga ampunkan segala perbuatan mereka kepada ku sekeluarga.

Walaulah akibat dari perlakuan mereka, aku dan adik ku telah terpisah dan belum bisa bersama kembali, aku redha. Mungkin asbab dari musibah ini, silaturrahim antara keluarga ku akan lebih baik dan damai, siapa tahu kan? Allah Swt lebih mengetahui segalanya.

Beriman pada Qada’ dan Qadar Nya. Itu lah sebaiknya.

Kenangan ini walau pahit tetapi manisnya hanya aku sahaja yang merasa. Dengan musibah ini baru aku kenal akan hakikat insan yang sebenar-benarnya. Apabila nafsu sudah beraja dihati, kebatilan yang akan dipilih tanpa ditapis akal dan hati.

Bersabar lah wahai hati hati yang sedang diuji kerana hikmah manis pasti menanti, jika tidak didunia ini, pasti di akhirat Allah persiapkan semua sekali.

Sekian dari ku,

– Tipah Tong Sampah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit