Kebebasan Yang Dizalimi

Assalamualaikum, sebenarnya lama juga terfikir nak post ke tak. Tapi lama-lama pendam pun boleh jadi gila kan haha. Just want to know your opinion on this.

Mungkin bakal dihentam sebagai orang tak bersyukur ke tapi takpela, i need to release my inner conflicts and get some fresh opinions so that i can shed a new light on this matter, positively.

Aku Afiyah (bukan nama sebenar), umur 34, bekerja dalam bidang professional.

Aku sudah berkahwin dengan Arif (bukan nama sebenar), mempunyai seorang anak berusia 2 tahun.

Aku berasal dari Johor, dan Arif dari selangor. Kami menetap di Melaka atas urusan kerja.

Sebelum berkahwin, aku merupakan seorang yang “free-soul”, suka ikut hala tuju dan kemahuan sendiri.

Dan alhamdulillah family aku memang faham dengan personaliti dan karakter aku. Pergi mall or restoran sorang2, pergi tengok wayang sorang2, lepak2 sorang, settle bil ke ape sume sendiri je. Tak pun keluar sorang dua dengan kawan yang rapat.

Memang my circle is small, and i enjoy my me-time to the fullest. And i love being an independent woman.

Masalah mula terjadi lepas aku kahwin. Alhamdulillah suami aku baik je, kadang2 ada la bertelagah sikit2, aku prefer buat kerja sendiri dan aku mampu, contoh senang macam pergi servis kereta ke boleh sangat nak buat sendiri kan.

Tapi husband aku ni kadang2 overprotective juga nak juga teman and jarang bagi aku spend masa keluar sorang2 macam dulu… tapi level ni aku boleh tolerate lagi dan bersyukur la kan suami nak aku selamat kan.

Cuma aku tak biasa dengan cara family mertua aku. Ma dan Abi overall sangat baik, takde la macam drama2 tv mertua dari neraka cmtu kan haha.

Cuma a bit restrictive which is totally different from how i was raised (family aku jenis yang free je nak express any opinion, free to go anywhere as long solat jgn tinggal dan jaga adab)

Lain dengan family mertua aku, nak pergi mana, mesti suami aku kena inform dorang dulu, contoh nak pergi bercuti ke kan, or nak balik rumah family aku ke….

And time nak bagitahu tu mesti Ma akan merajuk, sebab tak spend time sekali dengan dorang, or tak bawak dorang sekali sedangkan baru je balik rumah ma dan abi minggu lepas.

Kalau suami aku inform nak balik rumah family aku (which is mmg turn aku after few fights – ye suami aku memang tak adil sikit bab ni, asyik nak balik rumah family dia je), dia akan start tarik muncung panjang.

Aku tak faham jugak, bukan ke balik ikut turn tu dah cukup bagus ke? And takkan setiap masa nak keluar dengan family dorang kan, kami bertiga pun nak spend masa sama2 kan. And kami pun ada komitmen lain, bukan family je.

And ada masa yang kami tak boleh balik disebabkan kekangan kerja, husband aku lambat call pun dah merajuk. Sedangkan aku tengok betapa susahnya suami aku kerja siang malam cari duit, masa dengan anak pun limited. Balik kerja pun penat.

Alih2 bila call Ma sendiri, merajuk cakap pun acuh tak acuh dengan anak sendiri.

Maaf la kalau aku terlebih emo, tapi family aku tak macam ni. Mak dan Ayah aku memang faham dengan kesibukan kami, yang kerja shift ni, aku kadang2 tu 3 minggu baru nak call, tapi tak pernah pun mak aku merajuk ke apa.

Kalau aku lama sangat tak call ke, Mak aku yang call aku dulu. Tapi lain dengan Ma, dia takkan call anak2 dia dulu nak tany khabar ke apa. Anak2 dia wajib call dia dulu, at least 3 hari sekali.

Aku awalnya boleh je ignore, tapi lama2 ye laa syaitonirrojim dah mula berbisik. Lama2 aku lemas dengan hidup beristriction ni. Aku busy kerja, time weekend je ada masa nak kemas rumah semua, nak bersih peti, kabinet dapur, mop2 rumah, lipat baju semua.

Tapi kalau setiap minggu pun kena spend masa dengan family mertua, (yes, selalu kena join aktiviti dorang or any events dekat rumah mertua on weekend). Lama2 rasa nak menangis pun ada. Rumah sendiri terabai. Waktu rehat apatah lagi me-time memang dah lama tak dapat.

Anak aku pulak jenis senang sakit, jumpa orang ramai je, 2-3 hari lagi mesti sakit. Orang2 situ pulak jenis suka kiss2 budak walaupun penat dah aku educate on benda ni. Family mertua aku suka keramaian, selalu nak buat event ramai2. And absolutely kena join la kan.

Entahla, aku dah taktahu nak protect anak aku macam mana. And btw time anak aku warded sebab infection teruk after coming back from one of those events, dorang marah pulak sebab tak pandai jaga anak.

Anak dorang tak pernah sakit smpai masuk ward. Pastu siapa yang buat anak aku sakit sebenarnya? Haha misteri tak.

Banyak lagi sebenarnye. Tapi aku dah penat menaip.…

Cuma kesimpulannya, aku penat nak jaga hati orang, aku nak kehidupan aku yang dulu, dengan parents yang memahami, open-minded dan tak memaksa. Faham dengan komitmen anak2 yang dah dewasa, bekerjaya and ada family sendiri.

Aku dah baca macam2 positive quote, from al quran and other materials. Tapi mesti terfikir jugak. Mungkin ni ujian untuk aku kan. Doakan aku kuat, and feel free to share your thoughts.

Thanks..

– Afiyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *