Kebebasan Yang Hilang

Hai semua. Saya Amie, berumur 30 tahun, telah berkahwin selama 2 tahun setengah. Saya dan suami bekerja dan mempunyai pendapatan yang bagus, dan kami belum dikurniakan rezeki anak.

Background diri saya, seorang yang introvert, pendiam, socially awkward dan sedikit impaired. Saya menutup aurat, solat cukup 5 waktu InsyaAllah.

Sebelum berkahwin saya seorang yang independant dan ada banyak freedom untuk buat semua aktiviti yang saya nak.

Kebanyakan masa untuk sebarang aktiviti saya akan berseorangan contohnya, shopping, saya akan makan luar sorang2, saya tengok wayang sorang2, saya ada banyak freedom.

Suami seorang yang bertangungjawab tetapi sedikit panas baran, overall hubungan suami isteri kami baik, saya sayangkan suami, walaupun kerap bergaduh mengenai orang lain dan hal yang tak perlu wujud pun dalam hubungan kami.

Masalah saya selepas berkahwin ialah saya hilang kesemua freedom yang saya pernah ada sebelum berkahwin.

Suami seorang yang sangat sibuk dengan kerja, most of the time akan balik lewat hingga 8 atau 9 malam, dan cuti tidak tentu, manakala saya bekerja ofis hour, cuti sabtu ahad.

Suami tidak membenarkan saya membuat sebarang aktiviti tanpa teman kecuali hal yang berkaitan kerja atau pembelian barang runcit untuk rumah.

Rumah kami di pekan kecil, tetapi jarak lebih kurang 1 jam ke kuala lumpur. Saya hanya dibenarkan membeli barang di pasaraya kecil di pekan, dan sudah tentu tiada shopping complex terdekat selain di kl atau selangor.

Dan saya tidak dibenarkan seorng diri untuk shopping, facial treatment, atau sebarang aktiviti yang saya biasa buat sendiri sebelum ini.

Saya juga seorang yang suka swimming, dan terdapat swimming pool swasta berdekatan, juga suami tidak membenarkan saya pergi tanpa berteman.

Saya hanya boleh pergi dengan suami atau ahli keluarga jika mereka ada masa, in which most of the time mereka tiada masa.

Kadang kala saya juga berasa yang saya hilang freedom of speech. Keluarga saya mempunyai bisnes sendiri yang diuruskan ayah dan adik.

Saya pernah cuba memberi pendapat kepada ayah dan adik untuk memperbaiki bisnes mereka.

Saya rasa saya bertanggungjawab memberi pandangan kerana saya pernah mengeluarkan wang yang banyak untuk bisnes tersebut sebelum berkahwin, tanpa mengharap apa2 pulangan.

Tetapi suami menyatakan saya tidak mempunyai apa2 kelayakan untuk memberi pandangan dalam bisnes tersebut, dan saya tidak patut terlibat dengan apa2 berkaitan bisnes tersebut kerana telah berkahwin dan untuk mengelakkan pergaduhan.

Saya pernah banyak kali cuba berbincang dengan suami mengenai masalah ini, tetapi tiada jalan penyelesaian kerana tiada budi bicara daripada suami dan disebabkan suami ada sikap panas baran, saya menjadi takut untuk mempersoalkan lagi.

Dan apabila saya bertanya sebab, suami saya menyatakan atas sebab keselamatan dan untuk kebaikan diri saya.

Saya pernah menyatakan masalah ini kepada ibu saya, tetapi ibu juga menyatakan saya harus mendengar cakap suami.

Disebabkan masalah ni saya kadang kala rasa sangat terkongkong dan stress. Saya memerlukan pendapat, nasihat dan pandangan untuk masalah ni.

– Amie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *