Kebebasan Yang Sudah Hilang

Nama aku Laila dan aku berumur 35 tahun pada tahun ni. Tetapi bagi parents aku, aku tidak ubah seperti budak berumur 5 tahun.

Aku perempuan yang sudah mempunyai segalanya iaitu kerjaya, kereta, rumah. Tetapi aku tidak mempunyai pasangan hidup lagi.

Pada tahun lepas aku membuat keputusan untuk aku mempunyai teman lelaki. Berkat doaku pada Sang Pemilik Dunia. Allah menunaikan doaku.

Alhamdulilah aku dan pasanganku merancang untuk mengakhir zaman bujang kami pada tahun ini.

Kusangka perjalanan hubungan kami semudah abc tetapi Sang Pencipta menguji ku dengan permasalahan keluarga yang tidak ku jangka.

Iaitu, semenjak aku perkenalkan dia kepada keluarga aku. Ibu ku mula bersikap aneh.

Beliau menyatakan terima aku dan pasanganku tetapi kelakuannya sangat tidak menyenangkanku. Ini kerana, restu ibubapa adalah benda yang amat penting bagiku.

Maka suatu haritu, terbongkarlah segala kelakuan aneh ibuku.

Rupanya ada orang yang menyebarkan cerita tentang bakal pasanganku. Itu pun cerita sejarah zaman kuno yang sudah berakhir ceritanya.

Aku dan pasanganku berdepan dengan orang yang membawa mulut itu. Kami ingin selesaikan apa perasan ketidak puasan hati yang masih wujud.

Aku sangka segalanya sudah selesai pada ketika itu. Rupanya semakin memburuk. Cerita aku datang menyerang tersebar luas dalam kalangan keluargaku.

Makcik-mak cik ku mula menyatakan aku perempuan yang mempunyai segalanya dan aku tidak layak mendapatkan lelaki yang tidak mempunyai rumah. Ohhh harta dunia jadi rebutan!!

Berikutan peristiwa itu, ibuku mula memberi alasan untuk datang kerumah ku dengan kerap. Sehingga suatu hari dia menyatakan ingin tinggal dengan ku selama 2 minggu.

Aku izin kan kerana itu ibu! Kemudian ibuku tidak pulang ke kampung sehingga sekarang kecuali dia ada temujanji di hospital dikampung.

Pulang hanya sehari kemudian datang semula kerumahku. Dapur ku bukan lagi dapurku. Tidak mengapalah ibukan.

Sehingga suatu hari, ibuku mula bercerita tentang wasiat. Aku sekadar mendengar kerana aku sangka itu luahan hati seorang ibu yang ingin bercerita.

Rupanya ianya adalah desakkan ibuku untuk aku menulis wasiat. Tidak ku turuti kerana bagi aku tiada sesiapa boleh merampas harta aku waima pasangan ku.

Ini kerana bukan harta sepencarian! Ku sangka semua faham akan ketegasan ku. Rupanya dalam diam, ibuku upah peguam untuk menulis wasiat untuk diriku.

Maka hancur sehancur nya hatiku. Segala hartaku dipindah milik ke atas nama ibuku.

Tidak mengapalah harta dunia.

Kusangka sudah selesai segala permasalahan tentang harta. Rupanya tidak! Ibu ku mula mengaturkan buah caturnya. Dia mulai tegas dengan ku.

Aku kini tidak lagi dibenarkan keluar bersama pasanganku. Malahan dengan kawan-kawanku juga tidak terkecuali.

Kemana saja aku pergi di hujung minggu harus ada ibuku dan itu juga arahan dari ayahku. Aku mula tidak faham apa yang sedang berlaku.

Malahan waktu aku balik kerja juga diaturkan. Kelakarkan? Tiba-tiba aku sendiri rasa tidak ingin kembali kerumah selepas waktu kerja.

Jika dulu rumahlah destinasi paling bahagia untukku tetapi sekarang tidak lagi.

Jika kalian rasa aku tidak membantah. Silap, aku membantah secara terbuka dan secara protes tidak bercakap banyak kali. Malahan ibuku mula menuduh aku bersikap kurang ajar dengannya. Neraka untuk aku!

Sekarang pelbagai kata nista keluar dari mulut ibuku untuk diriku.

Jujur aku tak pernah heran dengan perkataan yang keluar dari mulutnya kerana ketika aku di zaman remaja persekolahan lagi teruk dari ini.

Aku menulis disini bukan untuk minta pendapat atau apa saja. Aku menulis untuk aku luahkan. Jujur aku cakap, lebih 11 tahun aku duduk seorang diri dan kemudian datang orang untuk atur kembali hidup aku.

Aku penat. Ku sangka bila berusia aku akn hidup aman walaupun aku tidak terlalu rapat dengan ibuku tapi lain yang terjadi.

– Laila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *