Hi.. Nama saya Kemboja (bukan nama sebenar), berusia 30 an.. Tujuan saya menulis untuk meluah perasaan hati dan pada masa yang same bertanya pendapat.
Saya dan suami berkahwin lebih sepuluh tahun.
Suami saya seorang yang sangat memahami, bertanggungjawab dan mengambil berat mengenai saya. Jarang sekali kami bergaduh sepanjang berkahwin.
Keluarga saya jugak memandang tinggi pada suami memandangkan dia ada ilmu agama yang tinggi.
Sepanjang sepuluh tahun perkahwinan kami tidak mempunyai cahaya mata. Suami sangat sukakan kanak-kanak. Saya merasa tidak berguna kerana gagal memberi zuriat kepadanya.
Pelbagai usaha kami lakukan namun tidak berjaya. Disebabkan frust dan kecewa, saya menyuruh suami untuk berkahwin lagi.
Dia hanya ketawa setiap kali saya mengutarakan perkara ini. Bagi saya, dia mungkin paham saya sedang bersedih.
Selepas sepuluh tahun,ditakdirkan PKP. Semasa PKP kami berdua work from home. Kami mengambil peluang untuk sentiasa solat berjemaah, mengaji dan sentiasa berdoa.
Alhamdulillah, selepas itu saya disahkan mengandung dan kami dikurniakan zuriat. Hidup saya terasa sangat lengkap.
Apa yang saya idamkan berada dia depan mata saya. Harapan saya adalah untuk membesarkan anak bersama suami.
Selepas anak kami lahir, saya berkerja semula tetapi suami masih bekerja dari rumah. Jadi dia menjaga anak kami sepenuhnya. Semua keluarga dan kawan memuji suami.
Yelah, bukan senang nak cari lelaki yang sanggup jaga anak. Sekarang suami terpaksa berkerja semula, jadi anak kami hantar babysitter.
Masalah bermula apabila saya terbaca mesej suami dengan rakan sekerjanya. Wanita tersebut merajuk dengan suami kerana tidak melayannya.
Selepas perbincangan suami menyatakan dia tidak ada hubungan dengan wanita tersebut dan menganggapnya sebagai rakan sahaja.
Namun apa yang mengewakan suami menyampaikan hajatnya untuk berkahwin lagi di masa hadapan kerana sekarang masih belum mampu dari segi kewangan dan masih tidak mempunyai calon.
Sedihnya hati saya mendengar perkara tersebut. Dia menyatakan saya yang memintanya dahulu dan sekarang dia sudah bersedia.
Saya mengatakan dahulu kami belum mempunyai zuriat dan sekarang kami sudah ada.
Saya bertanya adakah dia tidak menyintai saya lagi, namun dibalasnya dia sangat menyayangi saya dan tidak sanggup berpisah dengan saya.
Saya juga sangat sayangkan suami saya namun saya tidak sanggup bermadu.
Selepas mengetahui perkara tersebut, saya melancarkan pernah dingin namun suami masih tetap dengan pendiriannya.
Tiap hari saya berdoa suami tutup hatinya untuk berkahwin lagi namun dia tetap tidak berganjak.
Saya menyatakan dia boleh berkahwin lagi tapi dia mesti berpisah dengan saya namun dia enggan melepaskan saya.
Saya bertanya di mana kurangnya saya supaya saya boleh baiki diri saya namun dibalasnya saya tidak ada kekurangan.
Saya mahu pergi ke pejabat agama namun segan kerana disana ramai orang mengenali suami saya. Saya bertekad untuk bercerai sekiranya suami berkahwin lain.
Pertanyaan saya bolehkah saya bercerai dengan suami sekiranya suami berkahwin lagi sedangkan suami tidak pernah lupa tanggungjawab ye? Bagaimana anak kami?
Saya tidak sanggup berpisah dengan anak saya. Dia la segalanya bagi saya. Tapi saya tidak rasa suami akan mengalah kerana dia sangat sayangkan anak kami.
– Kemboja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit