Mengambil masa berapa lamakah untuk pasangan terima hakikat kau curang?
Jawapan aku akan buat kau tak senang. Tapi inilah hakikatnya.
Kau dah pilih untuk pentingkan diri.
Kau dah pilih berhenti untuk setia.
Dan kau dah pilih untuk mempunyai hubungan sulit.
Aku minta maaf, ini realitinya.
Sekarang, hati pasangan kau dah hancur. Pasangan kau dah tersakiti.
Dan dia tidak dapat memperbaiki kehancuran itu sendiri seperti yang kau harapkan. Ini adalah situasi yang susah untuk kau.
Dan kau berdiri di jalan yang buntu dan tertanya apakah yang perlu kau buat seumur hidup kau.
Kerana, kalau kau masih tertanya-tanya berapa lamakah masa yang kau perlu ambil untuk melalui fasa meminta maaf atas perbuatan curang kau, lalu kau sebenarnya belum belajar menerima realiti kesan dari pilihan kau.
Kerana sekarang pasangan kau tengah meratap kerana kehilangan kau.
Sekarang pasangan kau tengah berfikir bagaimana nak lalui fasa depresi ini, iaitu kehilangan seseorang yang dia harap adalah tempat bergantung.
Sekarang pasangan kau sangat marah, kerana sentiasa memilih kau dari orang lain di dalam dunia ini.
Sekarang pasangan kau sangat sedih, kerana masih sayang kepada kau.
Sekarang pasangan kau tengah pertimbangkan yang adakah dia perlu bertahan atau pergi.
Percayalah, saat ini semua bukan mengenai kau lagi.
Walaupun kau tak lagi curang. Kau tidak lagi menipu. Kau tidak lagi mencari cara bagaimana untuk lebih licik dalam padam dan menyembunyikan mesej-mesej gatal kau.
Kau tidak mendapatkan yang terbaik di dalam kedua-dua dunia dan kau tetap kecewa yang pasangan kau masih tak move on lagi.
Tapi cuba teka. Masa dia pilih kau. Kau tak hadir dalam hidup dia dengan buku manual.
Untuk beritahu,
“Jika kau sakiti dia atau curang atau hancurkan hidup dia atau punahkan kepercayaan atau buat dia sunyi seperti hidup sendiri di dunia ini pada masa akan datang , ini langkah pertama kedua dan ketiga perlu diambil”
TIDAK!
Masa kau jumpa dia dulu, kau berjanji :
1) Kau takkan biar ada orang yang boleh sakiti dia.
2) Kau sentiasa ada dengan dia pertahankan dia.
3) Kau akan buat dia sentiasa rasa selamat.
4) Tempat dia bergantung, tempat dia boleh harapkan dan macam macam.
Tapi sekarang, kau dah buat hidup dia jadi tak ada hala tuju.
Jadi apa yang kau perlu buat sekarang adalah jadi rendah diri dan bersabar. Dan sekarang kau tanya diri kau nak buat atau tak.
Kau decide sekarang kalau kau nak manusia yang sepatutnya yang kau cinta, yang dah melutut dengan kau, yang dah kehilangan,
Yang hatinya seperti ditumbuk-tumbuk, yang dah jadi tawar hati dan senang untuk teruskan tak ada hati kerana dia tak nak ada rasa apa-apa perasaan sekali pun.
Kau fikir sekali lagi kalau kau yakin nak buat dan baiki apa kau rosakkan.
Sebab, manusia yang kau dah curangkan tu dan masih memilih untuk masih bertahan dengan kau. Dia berhak untuk dicintai seperti kau janji.
Bukan cinta yang kau rampas dari dia. Kau patut belajar dengan cepat bagaimana nak bina balik kepercayaan dia dan ini perlu kesabaran kau yang sangat tinggi.
Dia boleh sabar ketika kau curang.
Dia boleh sabar ketika dia tertanya-tanya kenapa kau menjauh.
Dia boleh sabar ketika kau tolak dia dari perhatian kau.
Dia boleh sabar ketika kau tolak untuk bersama dia.
Dia boleh sabar ketika kau buat dia rasa dibelakangkan.
Selama ini, setiap hari dia tertanya-tanya apakah masalah dia, apa yang dia telah lakukan sehingga membuat kau menolak dia dari hidup kau.
Jadi, ini giliran kau.
Ini giliran kau untuk faham bagaimana tunggang terbaliknya hidup dan perasaan pasangan kau sekarang.
Dan saat ni tiba masanya giliran kau untuk baiki segalanya.
Kedudukan dia bukan lagi di tapak kaki kau.
– Sasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit