Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pembaca IIUM Confessions. Aku SN bukan nama sebenar. Aku terpaksa menulis disini untuk dapatkan pandangan anda semua tentang isu yang berat bagi aku untuk buat keputusan sendiri.
Confession aku mungkin panjang sebab aku menulis dengan perasaan dan fikiran yang serabut. Harap kalian sudi baca dan memberi pendapat yang dapat membantu aku.
Aku dah bertunang dengan R akhir tahun lepas, selepas perkenalan beberapa bulan. Alhamdulillah beliau seorang yang sangat baik dan sentiasa nak kan yang terbaik untuk aku.
Mengikut perancangan kami akan nikah bulan 5 selepas raya, jadi sekarang ni memang ada beberapa perkara yang kami dah uruskan Dan settlekan.
Dalam kegembiraan aku membuat persediaan perkahwinan kami, rupanya ada sesuatu yang kurang enak disimpan oleh R. Semalam, R berterus terang tentang status diri dia yang selama ni dia tipu.
Dia kata dia lepasan degree UiTM which sebenarnya dia tipu. Dia cuma ada STPM. Dia juga ada buat pinjaman along bersama adiknya untuk membiayai kos perubatan dan penjagaan arwah ayah nya yang dah meninggal dunia 3 tahun lepas.
Baki pinjaman yang kena bayar sekarang kurang 5k lagi. Dia kata cuma dia dan adiknya yang bujang dan tiada komitmen masa tu.
Duit tu juga digunakan untuk perbelanjaan pulang ke kampung setiap 2 minggu untuk menziarah kedua ibu bapa mereka. Mereka tinggal dan bekerja di Selatan manakala keluarga di Pantai Timur.
Sejujurnya aku tak kisah status pendidikan dia ada degree atau tak. Aku juga pernah bercinta dengan lepasan kolej kemahiran. Jadi status pendidikan bukan sesuatu yang aku cari dalam seorang lelaki.
Aku tak kisah dia ada degree atau tak, tapi aku kecewa kenapa dia perlu tipu aku. Aku tahu, dia tipu bukan lah untuk ambil kesempatan ke atas aku.
Selama perkenalan kami, walau gaji dia lebih kecil daripada aku, dia yang akan bayar segala makan minum bila kami dating. Bila aku yang teringin itu ini dan ajak dia makan sesuatu, baru aku akan bayar yang tu, belanja dia sekali.
Kami tak pernah berkira pasal duit bila keluar bersama. Dia bayar makan, aku bayar duit minyak atau kadang-kadang naik je kereta aku.
Yelah takde aktiviti lain boleh buat PKPB sebelum ni, tu je lah perbelanjaan kami bila keluar. Makan, desert, parking dan minyak.
Walau dia tahu gaji aku lagi besar hampir dua kali ganda dari dia, dia tak pernah ambil kesempatan nak aku bayar semua benda. Bahkan dia selalu order food delivery ke rumah aku supaya aku tak berlapar.
Yang kedua soal pinjaman Along tu. Aku tak pernah jangka akan terlibat (walau indirectly) dengan Along. Bagi aku benda ni sesuatu yang sangat sangat besar dan rumit.
Ye baki pinjaman cuma 5k je lagi, dia dan adiknya bayar secara konsisten. Tapi disebabkan hutang ni, menjejaskan saving dia.
Asalnya dia janji pada aku dia boleh save 1k sebulan(duit tambahan untuk perbelanjaan kahwin dan selepas kahwin.) Tiba2 bulan ni dia kata dia tak dapat simpan sebanyak tu. Setelah aku desak bertanya kenapa, dia berterus terang tentang pinjaman ni.
Selepas aku kira2 komitmen Dan perbelanjaan harian dia, memang gaji dia cuma dapat save lebih kurang RM500 saja. Memang lari jauh dari 1k.
Dia juga ada bayarkan bil telefon, coway dan TV di kampung. Aku baca sendiri perbualan mereka adik beradik kumpul duit untuk bayar perbelanjaan di kampung.
Mereka bergilir2 letak nama untuk bayarkan pada setiap bulan. Dan setiap bulan laa dia letak nama untuk bayar.
Aku tidak menolak tanggungjawab dia, tapi dia juga ada adik beradik yang ramai. Kalau seorang RM100 pun boleh cukup bayar semua tu. Tapi sebab ada yang tiada Common sense, akhirnya dia decide untuk bayar sepenuhnya duit TV, dan sedikit untuk coway dan telefon.
Aku ada baca confession kakak2 dalam ni yang mana husband mereka melebihkan keluarga sendiri daripada nafkah isteri dan perbelanjaan rumah. Aku sangat takut dia akan jadi macam tu selepas kami kahwin nanti.
Tu sebab aku buntu sangat sekarang ni. Satu sebab dia menipu, dua sebab kes Along dan melebihkan keluarga ni.
Dia kata dia menyesal, dia pernah terfikir nak berterus terang sebelum ni lagi tapi dia takut aku tinggalkan dia lepas tahu kebenaran ni. Tapi kali ni dia kena kuat kan diri untuk bagitahu dan minta aku jangan tinggalkan dia.
Sejujurnya sebagai seorang partner, dia sangat baik, sangat menjaga hati aku, memahami. Tapi sebab isu2 diatas, aku jadi berbelah bagi.
Patut tak aku bagi peluang pada dia? Kalau aku bagi peluang pada dia, aku bercadang nak settlekan dulu duit Along tu sekaligus supaya kami dah tiada apa apa urusan dengan Along tu selepas kahwin.
Baru aku rasa selamat. Tapi kalau nak selesaikan sekaligus duit Along tu, saving kami akan terkesan sikit kat situ. Mungkin kami kena tangguhkan majlis kami. Apa pendapat kalian? Tolong aku ya bagi pendapat, aku serabut dan sakit hati dengan pembohongan dia.
Maaf confession aku panjang sangat. Aku harap ada yang baca sampai habis dan sudi berfikir bagi pihak aku, sebab aku serabut sangat. Tak masuk hal kerja lagi. Terima kasih semua, semoga yang baik baik untuk kalian. Stay safe.
– SN (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit