Kebenaran Yang Tersembungi

Hi. Assalamualaikum. Beberapa hari yang lepas saya ada terbaca kisah, (https://iiumc.com/anak-tak-sah-taraf-bahagia/).

Di sini saya juga ingin ceritakan kisah saya sendiri. Terlebih dahulu saya ingin minta maaf sekiranya cara penyampaian saya agak kacau dan pelik kerana ini adalah confessor pertama saya dan saya sedikit nervous. Haha.

Anak tak sah taraf. Ya saya pun merupakan anak tak sah taraf, anak yang lahir sebelum ibu ayah kahwin. Mereka kahwin pun atas dasar suka sama suka jugak.

Saya dapat tahu saya ni anak luar nikah setelah saya terjumpa kad akuan nikah ibu dan ayah, di mana mereka kahwin sehari selepas saya dilahirkan.

Saya tidak kisah soal saya ni anak tak sah taraf kerana saya pun bahagia, apa yang saya nak saya dapat. Saya juga sangat yakin yang mereka menyayangi saya.

Walau mereka sendiri tidak pernah bagitau saya ni anak tak sah taraf. Mereka cuba sorok selagi boleh.

Beberapa bulan yang lepas saya hendak menukar kad pengenalan saya yang sudah lama ke yang baru. Ha saya tidak pernah tukar sejak darjah 6 sehingga saya berumur awal 20an.

Saya berbintikan ayah biologi saya. Dari mula mula buat kad pengenalan sehingga sekarang. Yang menjadi masalahnya, proses nak menukar kad pengenalan saya dari yang lama kepada yang baru jadi sedikit rumit.

Ini kerana sewaktu ingin menukar kad pengenalan baru, saya telah disuruh untuk menukar nama ayah saya kepada nama 99 nama Allah.

Di sini ayah bagitau saya yang mereka lambat mendaftarkan kelahiran saya, disebabkan itu saya sebenarnya tidak boleh dibintikan ayah saya, tetapi waktu saya lahir dulu memang boleh dibintikan nama ayah saya, sekarang je yang tak boleh.

Walaupun saya sudah tahu hal sebenar saya tetap sorok dari mereka berdua kerana saya taknak mereka tahu yang saya sudah tahu kebenaranya. Saya taknak ibu ayah saya terluka.

Ayah saya jugak orang yang agak dikenali ramai, saya takut benda ni tersebar dan hal ini menjadi aib kepada keluarga saya.

Berbalik kepada soal kad pengenalan tadi, macam mana saya nak tukar nama ayah kepada nama 99 nama Allah, sedangkan sijil saya dari upsr sehingga – diploma berbintikan ayah saya. Malahan lesen saya pun sama.

Jadi saya ingin memohon bantuan yang berpengalaman dalam bidang ini bagaimana saya nak elak benda ni. Ia jadi rumit lagi lagi bila saya nak mohon kerja dan membuat urusan.

Saya memohon jasa baik tuan/puan untuk komen dan nyatakan pendapat anda. nanti saya sendiri yang akan personal message tuan/puan.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca confessor saya yang tak seberapa ini. Saya hargai jasa tuan/puan semua.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *