Thanks admin kalau luahan ini disiarkan. Nama aku Kertas, sudah tentulah ini hanya samaran, haha. Aku berusia awal 30-an dan anak bongsu dari adik beradik yang ramai.
Aku kini telah bekerja dan menyewa bilik berdekatan dengan tempat kerja ku.
Ada sebab aku tinggal berdekatan dengan tempat kerjaku even sebenarnya aku bukanlah seorang yang suka bila orang yang kenal mengetahui gerak geri aku selepas office hour, terutamanya rakan sekerjaku.
Hal ini kerana aku tiada keberanian untuk memandu kereta walaupun telah lama memiliki lesen kereta, walaupun auto je. Huhu.
Kalau laa aku berani untuk drive, mesti aku dah sewa agak jauh dari kawasan kerja demi kesejahteraan mental aku.
Sebenarnya disebabkan ketakutan aku ini telah menyebabkan aku agak lost confidence kerana pekerjaan aku memerlukan aku perlu sering keluar kawasan.
Sekarang aku hanya menumpang officemate sahaja kalau aku perlu kerja luar kawasan.
Aku juga sering mengelak untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakanku even aku teramat rindu untuk berjumpa mereka semula.
Masa awal-awal dapat lesen dulu, aku ada pernah nak drive dalam kawasan perumahan aku. Masa tu pasti laa aku masih tergagap-gagap nak bawa kann..
Ada 1 moment ni yang membuatkan aku hilang semangat untuk memandu, yang mana ketika sahaja aku hendak parking kereta ibuku cepat cepat mahu turun kereta seperti yang aku drive ni teruk sangat.
Siblingku juga tidak memberi kepercayaan kepadaku untuk drive kereta mereka.
Aku faham, kehidupan kami sederhana yang mana kami agak tidak mampu untuk menanggung kos sekiranya berlaku kemalangan.
Aku dalam plan untuk beli kereta baru kerana aku fikir lebih baik aku practice dan gain keberanian untuk drive guna milik sendiri.
Aku kalau boleh tak nak susahkan sesiapa dah dan nak have fun dengan friends aku untuk keluar during weekend.
Bagi aku pula, bila pegang stereng sahaja mulalah tangan dan kakiku terasa keras.
Aku juga bermasalah untuk kawalan minyak dan untuk mengelak halangan disebabkan tangan kakiku mula terasa keras.
Kalian ada cadangan bagaimana nak ada keberanian untuk memandu?
– Kertas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dulu saya pernah ‘tinggalkan’ lesen memandu selama 5 thn lbh, setelah pernah ‘accident’ mnggunakn kreta suami.. tetapi setelah ank bersekolah, n ank yg kecil perlu dihantar ke taska, sya rse ada keperluan utk memandu semula, tp kurang rse “confident”.. saya contact skolah dan mohon belajar balik memandu utk ‘refresh’ semula n nk amk ‘confidence’.. pd mulanya sya mmg ‘kaku’ n gugup.., sampai terkejut bla kereta tu bergerak (mse tu bwak kreta manual), lps tu terberhenti bnyak kli, sbb tak mahir bab ‘balancing’, tp alhamdulillah selama 2 hari belajar d jlnraya, saya dpt blk confidence sehinggalah skrg.. w/pon x bwak kreta laju2 n ada mse jugak kurang mahir, esp. utk parking n reverse, tp bolelah stakat nk bwa pergi ke pasar or hantar ank2.. skrg kreta auto lg senang, tekan mnyak je, x perlu fikir psal balancing bagai.. so, good luck.. insha Allah, semoga dipermudahkan utk awk jugak..
Saya dulu pun macam ni. Lebih 5 tahun ada lesen tp tak bawak kereta sbb takut. Otak blank bila nak bawak kereta. Tp bila sy dah start keje, sy beli kereta kancil 2nd hand, utk practice drive sebelum beli kereta baru sbb risau kereta baru rosak kalau terus bawak..
Hari first sy drive sy keluar 30minit lg awal. Sy bawak slow2 je.. dalam otak sy fikir, aku kena drive fikir diri aku je.. kalau ada kereta nak hon, atau potong sbb kite slow sgt, sy buat tak nampak je.. pastu hari2 ulang.. skrg dah pro dah..
Mmg kena berani sikit.. kalau tak mmg susah.. kereta ni kena drive atas semangat sendiri.. org support mcm mana pun, tetap kita yg kena berani..
Konsep dia masa awal2 bawak biar slow, biar kena hon ke apa, yg penting kita selamat.. jgn cepat sentap atas jalan raya..
Boleh start slow2 kak, weekend @ hari cuti try drive dekat2 ngan rumah/taman dulu, bagi ad orang yg boleh dipercayai & mahir bawak kreta kat sebelah, start dekat2 rumah dulu, pastu makin jauh sikit-sikit, try gi mall ke, jalan kampung & lain2, bawak slow takpe janji duk belah kiri n selamat,
Cubalah ambil kelas memandu semula selama beberapa jam sehingga dapat confident. Ambil yg kereta auto terus since kereta tt adalah auto. Fokus kepada cara pemanduan yang selamat.
Nanti bila dah ada confident jgn bawak laju2 pulak ya.
awak lagi dari sy. sy umor dh 30 tahun lebih beberapa tahun lagi nak masuk 40 tahun, lesen kereta pon xde sbb sy lagi x berani nk abik lesen & apatah lagi nak bawa kereta. Sbb pernah belajar bawa kereta dari abah..dia punya belajar bawa kereta rasa bawa laju mcm nk terjun sungai..ko rase..serik dah aku dh bawa & belajar bawa kereta..saya lagi x berani & penakot dari awak.hahhahaha
if awak selalu praktis insyaAllah boleh , saya dlu lepas spm terus ambil lesen kereta n motor tp takut nak drive , bile kita tak konfiden org lagi tak konfiden nak naik dgn kite . Saya bukan taknak praktis tp nak bawak kereta org kalau apa2 jadi nanti lagi teruk . So sye beli kereta sendiri , sekarang ulang alik balik kg sorang 4 jam perjalanan pon dah berani . Cuma time org minta saya drivekan kereta org memang sye takkan bawak. Sbb berani bawak kereta sendiri je hehe
Hai kak, sy pun dulu lepas spm takut betul nak drive. Samalah kita, anak bongsu. Pastu bila drive abang kakak banyak complaint, tu yang lagi hilang semangat nak drive. Tapi takpe, memang hari2 kena cuba, baru datang confident tu. Untuk permulaan, try jalan dekat kawasan yang kecik, padat & busy, boleh belajar banyak kemahiran dalam situasi macam ni, tapi memang kena bawak orang sebelah yang tenang & pro bab drive. Lama2 cuba akak try sorang2 and start highway. InsyaAllah ok je nanti tu. Apa2 pun, bila keadaan memaksa, memang kita akan jadi auto berani, gituuu. Good luck!