Assalamualaikum.
Aku harap cerita aku dapat di jadi kan ikhtibar pada semua yang membaca . Aku nak orang fikir apa itu keberkatan. Aku nak berkongsi keberkatan yang Allah beri pada kita. First of all, Umur aku 30 an. Aku dulu pernah bercinta dengan somebody nama B yang berumur 2 tahun lagi tua dari aku. Aku dengan dia 5 tahun. Lama gila kot. Dari zaman diploma sampailah ke ijazah. Sampailah ke alam pekerjaan . Kami susah sama2 senang juga sama2. Cewahhh. Oh ya lupa nak cakap, aku ni seorang anak perempuan yang sangat sayang kan mak bapak aku. Boleh dikatakan aku seorang yang sangat percaya yang ibu bapa ni sentiasa perlu dijaga dengan baik secara fizikal dan perasaan. Aku sangat lah percaya yang Allah tu akan balas setimpal baik atau buruk nya keadaa tu di dunia atau pun disana nanti. Aku bukam lah perempuan baik sangat. Tapi itulah yang aku pegang sampai ke hari ini. Aku jaga mak ayah aku sampai lah ayah aku tutup mata. Dan untuk mak dengan adik aku, sampai lah harini. Segalanya aku tanggung. Aku susah tak apa. Tapi bukan mereka. Dari gaji 900, dapat kerja gaji 2500, dapat gaji 4000, dan bisness sendiri gaji dekat 14k. Itulah keberkatan. Berbalik ke bf aku tu. Semua dekat dia aku okay. Satu yang aku tak okay kat dia, hubungan dia dengan mak dengan ayah dia. Mak ayah dia tau, bukan mak ayah aku. Okay lupa lagi, dia duduk rumah sewa di klang. Mak ayah dia kat kl ye . Bukan dekat london. Tapi dia boleh balik rumah 2 -3 bulan sekali. Aku tak faham dan setiap kali aku tanya dia akan jawab malas. Lagi buat aku tak faham. And he is the eldest. Kerja aku ni as marketing. So peranan aku diatas jalan raya sangat lah kerap. Jadi aku ni akan adakan masa aku untuk melawat mak ayah dia. Untuk pengetahuan korang aku melawat sebab aku rasa kesian teramat. And dalam otak aku selalu fikir. Kalau mak bapak dia dia boleh buat macam tu. Mak bapak aku? Di buang2 agaknya. Jadi untuk berfikir untuk berkahwin . Aku rasa berat. Aku semakin jauhkan diri aku sebab perangai tu. Sebabnya aku takut. Takut dengan balasan allah . Takut aku kena tempias. Sebab balasan allah tu untuk ibubapa ni cash. Sampai lah tiba2 aku berjumpa dengan someone dia dah berumir sikit. First thing yang buat aku suka. Dia hantar mak dia pegi dialisis. Okay ayat tu buat aku happy sangat. Aku rasa allah dah temukan aku dengan someone aku nak. Jadi tak lama berkawan tanpa bercinta. Aku ajak dia kahwin. Alhamdulillah dia adalah suamiku harini. Bagilah nama dia E. Jadi aku pun buat keputusan untuk stay dengan mil since suami aku ni anak bongsu. Mak mertua aku ni bukan islam . Katolik . Dan abang dia kerja luar negara. Untuk aku , bolehlah aku tumpang dia ke syurga. Aku amsih jaga mak aku. Tanggungjawab tak pernah aku lupakan tehadap mak aku . Aku balik rumah selalu sorang2. Terus terang aku suka life aku. Terimakasih allah. Ini yang aku cari ini lah aku yang aku dapat allah hadiahkan. Nampak tak keberkatan? Aku bukan lah permpuan baik. Pakai tuding pun baru 2 3 tahun. Tapi aku mmg berpegang dwngan prisnsip mak ayah ni. Oaky sambung. Aku seorang ahli perniagaan. Syarikat aku dah beroperasi selama 5 tahun. Selepas berkahwin untu beberapa bulan kami di duga dengan keadaan kewangan yang teramat pedih. Punyalah down aku rasa. Suami aku kena berhenti kerja sebab perlu menjaga mak dia sepenuh masa. Yang kadang2 boleh tak bernafas anytime. Keluar masuk hospital. Jadi aku minta suami aku berhenti . Supaya mak dia terjaga. Aku pulak bisnes ku jatuh sedebuk secara tiba2. Hutang dengan supplier. Payment tak dapat collect. Aku jual kereta aku. Aku jual rumah aku sebab aku tak nak masalah dengan bank. Since aku muda jauh perjalan hidup aku. Sebab aku tak mampu nak jaga asset aku
Untuk aku . Aku muda dan masih boleh bekerja untuk menyara mak aku, adik aku dan suami dan mak mertua. Sakit sangat . Menangis aku kerana segalanya di bahu aku. Tapi aku kena kuat demi syurga . Kerana syurga allah tu mahal. Suami aku tanya aku untuk dia bekerja . Tapi aku masih nekad dengan keputusan aku dan aku percaya allah pasti membantu kami atas niat kami. Duit dari tebal dalm wallet. Ikat bergetah bawak keluar bank, tup tup samapi baki tidak mencukupi. Sebulan sebelum kahwin dah ada intro terhadap masalah bisness aku ni yang memaksa aku keluarkan duit simpan aku sendiri. Sebulan sebelum kahwin tau. Perkahwinan aku ni duit aku sendiri. Aku tak suka susahkan orang tua dan adim beradik aku. Dorang ada family yg perlu dorang uruskan. Yang sedihnya semua berdesup jatuh betul2 lepas berkahwin . Ngam2 a month selepas kahwin . Korang bayang kan tak sempat merasa kemanisan fantasia bulan madu. Otak aku dekat masalah. Aku just ingat kan hati . Mungkin ada kesilapan yang aku buat mungkin sebab aku blah macam tu je dari ex aku . Atau allah nak tengok sejauh mana kesabaran aku. Mungkin allah nak tengok betul ke niat aku.
Hari demi hari, airmata demi airmata. Akhirnya allah bukakkan sedikit demi sedikit. 4 bulan berlalu. Dari tertutup rapat . Allah tunjukkan petunjuk. Dan ianya berhasil. Itulah nama keberkatan. Aku dapat projek yang nilainya lebih dari masa aku single dulu. Paling besar punya nilai. Million. Aku ulang itulah namanya keberkatan. Nak tahu tak aku taip ni masa ni lah aku dapat LA. Aku nak share dengan korang indahnya ibubapa kita kat dunia ni.Aku call suami aku lepas aku dapat LA. Dan bagitahu dia yang inilah keberkatan hidup yang allah janjikan . Aku nak korang tahu yang mak kepada suami tu adalah tiket keberkatan, kebahagiaan , kegembiraan kita sekeluarga. Macam tu jugak mana2 yang bujang baca ni. Mak ayah korang tiket korang untuk keberkatan hidup. Percaya pada allah. Dia maha mengetahui. Aku tak pernah rasa kesal dengan pengorbanan aku selama ni. Walaupun aku rasa nak pitam sebelum ni. Alhamdulillah. Syukur ya allah
– Kim k
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit