Keberkatan Belajar

Assalammualaikum semua semoga hari korang ok2 je. Thanks admin if post aku ni dipublishkan. Before aku start tulis panjang2 biar aku kenalkan diri aku. Aku Mer, 21 and currently study dekat selatan tanah air (ofc bukan budak uia). Confess aku ni pasal keberkatan. Ok lets do this. Aku tak pandai nak tulis tapi aku harap korang dapat point yang aku nak sampaikan. Aku ni lepasan form 6. Siapa ex f6 ni tau la struggle dia mcm mana. Aku mmng target nak masuk f6 sbb ni jalan paling singkat nak sambung degree and it doesn’t cost much since aku pun bukan orang senang. Ayah kerja biasa2 je. Mak aku pulak tak kerja. Result spm aku takda la bagus mana since dulu aku ni budak pure sc tapi aku tak minat tambah2 lagi chemistry and addmath. So bila aku masuk f6 aku amik aliran kemanusiaan.

Aku bagitau korang ye cikgu2 f6 semua baik gila and macam kawan sebab tu aku enjoy masuk f6 tapi sedihnya bila aku tak manfaatkan semua ni dengan sebaiknya. Dekat sekolah kiranya aku ni one of target cikgu untuk 4flat. Mungkin sbb cikgu pandang aku ni lepasan pure sc and cikgu expect aku boleh score bila masuk aliran kemanusiaan but it wasn’t true at all (if kau tak study hard gila). And aku ni amik subjek Sastera Melayu (kau dengar pun mesti mengantuk kan) aku ni lagi la.aku nak amik subjek lain tapi sebab class lain dah full and aku pulak daftar lambat sebab aku baru pindah sini and cuma kelas sastera je yang mcam kosong lagi. Kau bayang la belajar syair, teromba, mantera and all that old ancient Malays art. Setiap kali class sastera confirm aku tido, mengantuk weh cikgu cakap kat depan aku tido dekat belakang lagi2 bila kau ni budak asrama haa tidur dengan budak asrama memang berpisah tiada. Kalau tak tido aku main phone (mostly classmates aku camni). Kalau cikgu panggil mula la menggelabah ayam.

Cikgu sastera aku ni baik sangat. Dia memang terbaik aaa. Aku tau dia nampak aku buat apa tapi dia ni cool gila. Mungkin sebab masing2 dah besar kan. Tapi aku tak suka sebab dia ni suka mention nama aku tau. Dia akan panggil la nama aku yang tak fokus ni pastu dia tanya balik apa dia terangkan. Kau rasa boleh terangkan ke kalau kau tak dengar padia dia dok cakap kat depan tu? Aku pernah je tanya dia pasal apa dia suka panggil nama aku padahal budak lain ada je tidur, main phone, dengar lagu semua and dia cakap dia suka panggil nama aku sebab macam doa dia untuk aku. Em sentap gak tapi time tu tapi dah tak minat sastera kan so belajar ala kadar jele. Aku ni mmng paling pemalas gila tiap kali sastera mesti masuk lambat la kadang tu ponteng pun ada gak pasal homeworks kau tak yah cakap la kadang tu aku tak buat tapi cikgu ni dia diam je. Dia senyum sokmo katekau. Tapi aku tau gak dia terasa dengan aku tapi dia simpan.

Benda paling takleh lupa masa cuti raya 2014. Cuti dekat 2 minggu raya. Last class masatu cikgu dok mintak maaf and cakap halalkan semua masa dia mengajar kiteorng. kan masatu tak da la nak pikir lain since dah nak raya mesti la mintak maaf blaka kan. Class dismissed, aku salam la dia mintak halal semua then dia cakap gini ke aku “kita belajar kena ada keberkatan and jangan bongkak dengan orang, cikgu doakan awak berjaya dunia akhirat. jangan tau tidur and main phone je ye Mer” aku terasa juga tapi gelak2 la then dia peluk cium semua and dia bagi aku satu buku ilmiah pasai ciri-ciri pelajar berjaya mcam tu la tajuk dia. kiteorng pun start cuti raya (yeay). Then malam raya ws group class aku kecoh kata cikgu accident dengan family dia masa nak balik kg. Time tu semua dok seriau la cikgu accident kot. Semua dok teriak dalam group ws (termasuk la aku). Pastu dapat berita cikgu dah takda. Fuyoo rasa macam nak tercabut jantung. Masa ni semua benda jahat aku buat dalam class dia semua ada dalam kepala. Time ni nak nyesal pun tak guna dah. Punya la sedih sampai rasa tahun 2014 tu raya paling teruk.

Dah lama pun cikgu pergi aku dengan classmates pun start la exam untuk first semester (time ni STPM dah start terminal). Punya la aku struggle time paper sastera untuk tebus salah aku dekat cikgu, memang sedih la sebab dok teringat arwah cikgu. Tapi nak buat cmna cikgu dah takda kan. Bila dapat result, sastera aku paling teruk sekali. Aku failed and paling frusted sekali bila subjek lain pun mostly failed tapi tak F la setakat C and D. Mencacatkan sungguh. Pointer aku 1.00 tau. Bertuah aku dengan number 1. Aku amik 4 subjek je tapi kau ingat 4 subjek tu semua belajar abc ke. Kau kena bnyak manghafal (STPM punya subjek memang kena banyak hafal). Aku rasa ni mcam kifarah lepas apa aku buat dekat arwah cikgu. Mungkin takda keberkatan kot.

Kau rasa result camtu mak bapak kau happy ke. Ayah aku siap cakap lagi kalau aku tak perform dia nak kawinkan aku terus and dia tak main2. Mak aku diam je tapi aku tau dia sedih dari muka dia tu. Aku bukan orang yang berangan nak kawin awal ye sebab aku ada goals aku sendiri. Aku takda la giveup since stpm terminal ni boleh repeat paper so aku belajar je la macam biasa and paper tu aku repeat and oh yeh kiteorang dah dapat pun cikgu baru. Cikgu baru ni sejibik macam arwah cikgu dulu. Lembut, manis, pemalu em ciri2 perempuan melayu terakhir memang ada la.

Masuk sem 2 aku keluar asrama sebab aku memang tak suka life aku kena control tapi aku masuk asrama dulu sebab aku nak mencuba je. masa form 1- form 5 aku memang berkepit bawah tiak makpak. Masa aku duduk asrama aku ni memang jenis sombong, dengan junior pun aku tak pandang pastu entahlah aku susah sikit nak bergaul dengan orang, aku pun bukan ada kawan sangat. Aku ni jarang call parents aku. Aku call bila aku takda duit atau pun aku nak balik. Haa tu je la sebab aku ni jenis hati batu, kayu api, akar ginseng punya. Aku tak suka clingy2 ni rasa mcam rimas. Bila kawan2 aku dok call makpak dia mintak maaf, nangis2, kata rindu bagai aku rasa nak lempang je. Dah besar kot tu pun cengeng lagi eish tah pape. Tapi tu dulu la.

Bila aku keluar asrma ofc kau kena jumpa muka parents kau hari2 kan, nak p sekolah mesti kena salam, cium semua. Aku start muhasabah diri aku bila aku baca buku yang arwah cikgu bagi tu (aku bukan jenis suka membaca) dalm buku tu banyak la petua2 untuk kita jadi pelajar cemerlang and one of it dia highlight pasal keberkatan and hubungan kita dengan Tuhan and sesama manusia. Aku baca and sentap gila. This time punya sentap memang menusuk jantung hati paru limpa la. Aku start la muhasabah diri mungkin selama aku masuk f6 ni aku banyak buat salah dengan orang, buat orang terasa dengan aku (yelah sampai keluar asrama gaduh dengan kawan jeng jeng jeng). Aku pun start a new me. Yang lepas tu biar la lepas. Aku kena ubah apa yang aku lalui sekarang.

Lepas aku keluar asrama aku rajin study pagi2. Aku tidur awal kadang tu pukul 9 aku dah tidur (lepas solat isyak ok) tambah2 lagi aku ni bukan jenis yang berboipren. Dalam class pun aku dah tak tidur and aku siapkan homeworks ye. And aku jaga pergaulan aku dengan kawan2. Aku ni jenis mulut lepas. Jenis sesuka hati nak membodohkan and membabikan orang. Dengan ayah and mak aku pulak aku dah rajin dah tolong2 diaorang, kiranya takda la nak sakitkan hati diaorang. Aku dah betulkan niat nak masuk f6 ni alhamdulillah rasa jalan aku semua Allah senang kan. Masa sem 2 punya exam memang buat paling baik la. Sebab taknak kecewakan orang sekeliling aku and paling penting aku taknak ayah aku kawin kan aku.

So bila result keluar ok la tak mengecewakan and aku still boleh senyum dengan result aku and all my hard work paid off suka la dah boleh dapat 2.75. Bila masuk sem 3 memang paling hardcore sekali, yelah time ni kau nak kena belajar sem 3 punya tajuk then yang repeat papers lagi. Aku repeat 5 papers tau untuk sem 1 and sem 2. Dah la benda kena hafal tak ke biul otak aku. Tapi aku watlek je, belajar je macam mana aku buat masa sem 2 cuma lebih sikit la untuk paper repeat kan. And finally bila result keseluruhan keluar untuk STPM tahun 2014/2015 aku dapat la 3.50. tak dapat 4 flat tapi bersyukur la and aku dah pun masuk IPTA.

Bila aku masuk IPTA aku ingat student dah boleh pikir mana baik and buruk tapi rupanya ada juga yang spesis aku dulu, jenis degil punya orang. Benda ni khas untuk coursemate aku yang paling obvious aku nampak perangai nya. Dari tahun first smpai la sekarang takda perubahan. Better korang berubah sekarang sebab korang akan menyesal punya. Percayalah. Aku tulis bukan sebab aku nak buka aib sesapa tapi ni je cara untuk aku, kau, mereka dan kita berjaya and graduate dengan jayanya. Kalau aku tegur mulut nanti ada yang tarik muka (mulut aku memang macam puaka ye) tapi sebab aku tau ramai coursemate aku yang baca iium confession ni harap korang buka mata and buka minda. Teguran ni untuk diri aku juga.

So point dia aku rasa korang dah dapat kan. Untuk dapat keberkatan dalam ilmu tu kita kena jaga hubungan kita dengan Allah and orang sekeliling kita. Mungkin ni macam cliché tapi dalam kita tak sedar benda ni banyak bagi impact dekat kita. Untuk coursemate and classmate aku yang selalu datang class lambat, selalu ponteng, selalu meniru dalam test, selalu kurang ajar dengan lecturer, selalu tak buat assignment harap korang berubah la ye. Aku pun bukan la baik sangat tapi korang pernah fikir tak kenapa korang asyik mengeluh tak faham dalam subject tu? Mungkin sebab takda keberkatan? Kita tak tau kan. So berubahlah untuk majukan Malaysia. 1Malaysia chaiyok!!. Untuk arwah cikgu sastera aku, moga cikgu bahagia disisi Pencipta Agung.

Unni
-Mer

– Mer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit