Kebersihan Yang Dipandang Enteng Oleh Perempuan

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin publishkan confession aku. Hari ini aku nak bercakap mengenai kebersihan untuk perempuan. Mesti korang semua macam dah lali kan bila dengar pasal kebersihan ni?

I know right tapi harini aku nak spesifikkan lagi kebersihan selepas membuang air kecil dan besar. Aku mohon sangat baca untuk kebaikan kita bersama. Sebelum tu aku tak berniat nak melucah ye, korang jangan nak fikir macam macam.

Korang yang perempuan selalu basuh kencing korang macam mana? Adakah setakat jirus dengan air paip sahaja atau korang basuh betul betul guna tangan?

Okay, pertama sekali cara korang basuh kencing ni sangat la penting , sebab apa? Sebab kalau kau basuh ala kadar je dengan jirusan air paip tu for sure akan ada sisa atau saki baki air kencing yang still tak terbasuh kat celah celah tu, kau faham kan maksud aku. Thats why kena basuh bebetul guna tangan.

Second, bila kau dah basuh elok elok , for sure akan ada saki baki air kat private part korang tu ,lepastu korang terus sarung balik seluar dalam.

No no no, tolong jangan buat macam tu, sebab bila korang buat macamtu nanti saki baki air basuhan korang tu akan terus kena kat seluar dalam and akan jadi kepam la,bila dah kepam berbau la kan and seluar dalam kau pun akan bertahi lalat sebab lembab and kau terus pakai.

Sepatutnya lepas dah basuh, kau kena lap guna tisu, certain tandas ada sediakan tisu and certain tak, so kau kena selalu spare tisu, tak kisahlah tisu tandas yg gulung tu ke ala beli kecik je letak dalam beg atau tisu muka pun boleh. Asalkan tisu, untuk kau lap air basuhan yang masih berbaki tu and terus buang.

Another thing is bila kau tak lap, kadang kau rasa kau dah basuh bebetul kan tapi still kadang kadang saki baki air basuhan tu ada sikit bekas air kencing kau so kalau kau taklap pastu kau menonong je keluar tandas pastu masuk surau terus solat, kau rasa?

Sah ke solat kalau bawa najis? Najis yang tanpa disedari ni sebab kau terlalu yakin kau dah basuh betul betul. Selalu kan jadi bila kita kat luar? Sama je konsep kalau kat rumah pun. Sepatutnya bila kat rumah kau lagi mudah nak buat semua benda ni.

Sorry korang kalau ayat aku macam belit belit sikit, tapi korang faham kan point aku yang sebenarnya? Selalu perempuan ambil remeh pasal benda ni, aku share sebab ini semua based on pengalaman aku.

Selama ni aku memang tak jaga sangat pun tapi 1 hari tu aku pelik sangat kenapa tiap kali lepas aku membuang ada je bau yang tak sedap untuk dibau huhu mula mula aku ingatkan sebab keputihan aku tapi bila tengok keputihan aku tak teruk pun.

Rupa-rupanya bila aku buat 2 step kat atas tu selesai terus masalah berbau lepas membuang and keputihan aku pun hampir tak ada dah. Jadi aku tulis balik point penting.

1. Basuh betul betul kemaluan dengan air yang bersih dan gunakan effort tangan. Jangan jirus sahaja.

2. Lap guna tisu saki baki air basuhan.

Sekian tu sahaja perkongsian daripada aku, selamat mencuba dan semoga beramal. In shaa Allah.

– Ida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *