“Kebiasaan” Jadi Kebiasaan

Hi semua, aku gelar diriku sebagai Wii. Sudah berkahwin dan sedang dalam PJJ (dalam negeri yang sama). Apa yang ingin disampaikan sini hanyalah sedikit luahan.

Pertama sekali, sebelum berkahwin dan pada awal perkahwinan (2-3 bulan pertama), layanan pasanganku masih sama. Walaupun pada masa yang sangat sibuk, dia masih mempunyai masa dan mempunyai kelakuan serta sikap yang sangat buat aku ada rasa hormat yang dalam.

Rutin hariannya adalah sebegini: Bangun pagi, ke tempat kerja (7am), habis waktu kerja sekitar 4pm, sambung ke aktiviti sukan sehingga hampir 8pm. Balik ke rumah dan spend masa dengan family (mentua).

Akibat keadaan kami yang PJJ, kami hanya akan ada masa dari 9pm hingga ke 10/11pm untuk diluangkan bersama. Ini pada weekdays, pada weekend pula makin sibuk iaitu Sabtu Ahad mostly akan berada di padang untuk bersukan hingga ke larut petang.

Bagiku ini masih boleh diterima, tetapi sejak kebelakangan ini, kebiasaan rutin ini hampir membuat aku sering berasa jauh dengan pasanganku. Bukan apa, rutinnya masih sama, cuma layanannya sedikit berkurangan.

Dulu, walau sesibuk manapun dia akan inform pergi mana, buat apa, dengan siapa, dan yang berkaitan.. Ini semua untuk tenangkan isterinya, katanya. Tetapi sekarang, semua kegiatan hariannya akan sampai padaku hanya apabila aku bertanya. Jika tidak, sampai ke esoknya tiada berita.

Ada masa, sekarang dia lebih banyak luangkan masa dengan rakannya sehingga ke larut malam, 2 hingga 3 pagi. Bila ditanya, diminta untuk aku faham situasi dia. Lama kelamaan, kebiasaan ini menjadi isu kami. Sudah juga diutarakan, mungkin sudah lebih 5 atau 10 kali, tidak terkira.

Tetapi, ayat terakhirnya iaitu pada kejadian kami bertikam lidah (5 hari yang lalu) adalah: “ego kau sangat tinggi”. Waa makin membuak rasa ingin memberontak, tetapi aku sedar dia masih lagi pasanganku. Cuma ini buatku rasa semakin jauh+sakit hati+kecewa dan menusuk amat yaa haha.

Sekarang, aku tidak tahu untuk apa lagi tujuan aku terangkan perasaan atau emosi padanya. Sepertinya kebiasaan pasanganku ini telah membuat aku biasa dengan sikapnya, dan semakin lama makin aku tidak ingin ambil tau tentang rutinnya.

Ditanya pagi, petang dijawab. Padahal nampak status online. Jika ditanya sedang buat apa, alasannya akan sama antara “kerja” atau “sukan”. Pada waktu malam pun tetap sama haha. VC waktu malam, tapi sibuk reply ws berkaitan sukan, berkaitan kerja. Kebiasaan.

Jadi sekarang, aku ambil alternatif untuk lebihkan masaku dengan rakan-rakanku di tempat pengajianku. Untuk pengetahuan, kami PJJ akibat aku menyambung pengajian yang masih bersisa 2 tahun lagi.

Jadi, daripada aku termenung dan tertunggu-tunggu perhatian dari dia, lebih baik aku wujudkan kebiasaan di sini. Kadang2 ada juga rasa cemburu lihat kawanku yang sudah berkawin, bahkan bertunang dengan mereka yang rutin mereka lebih sibuk seperti polis.

Tidak kira pada masa rehat di kelas ataupun di luar, ada saja kejadian random di mana mereka mendapat panggilan telefon dari pasangan mereka masing-masing.

Aku? Haha, mungkin akan jadi mimpi jikalau tiba2 aku mendapat random call dari pasanganku pada waktu siang disebabkan oleh kesibukannya itu.

Ini saja luahan terpendamku, sangat sakit apatah lagi bab “ego tinggi”. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang. Hm, terima kasih luangkan masa. Semoga yang baik-baik saja untuk kita semua.

– Wii (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit