Keburukan Anak Kacukan

Hai, Assalamualaikum

First sekali aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada admin sebab sudi publish confession ni, Dulu pun aku pernah confess kat sini tapi aku tak di publish hurm sadis juga la, mungkin di publish cuma mungkin aku tak perasan,

Okey, firstly.. Biasanya orang selalu share kelebihan orang mix ni kan? Sebenarnya bagi aku jadi mix ni mmg unik dan bagi orang mix ni sesuatu kelebihan dan jadi orang mix ni banyak benefit yang boleh dapat. Tapi tidak bagi aku
Untuk pengetahuan semua, aku merupakan mix person.. Parents aku bukan orang Melayu. Ayah aku bukan berbangsa Melayu dan ummi aku berasal dari luar negara.. Dan dalam ic aku juga bukan berbangsa Melayu meskipun aku dibesarkan dalam kelompok masyarakat Melayu.
Mesti antara semua orang fikir mix ni banyak benefit yang anak2 akan dapat contohnya rupa paras yang cantik, pandai, mahir berkomunikasi pelbagai bahasa dan dapat mempelajari pelbagai budaya.. Itu memang betul tapi tak semua yang akan dapat, sejujurnya aku dari kecil berasa rendah diri sebab kawan2 mahir berbahasa Melayu dan aku banyak ketinggalan

Apa keburukan mix person ni? Aku kaitkan dari segi pengalaman aku sendiri ye
1) Tak semua pandai komunikasi pelbagai bahsa.
Parents aku merupakan 2 bangsa yang berbeza, jadi mereka berkomunikasi melalui bahasa Melayu sahaja tapi bahasa Melayu yang tonggang terbalik .Bahasa yang kami pakai di rumah ni bukan sepenuhnya bahasa daripada bangsa ayah aku dan bukan sepenuhnya bahasa dari ummi aku (tapi BM yg kami gunakan merupakan percampuran BM dan bahasa ibunda parents aku) That’s mean kalau parents aku gunakan bahasa ibunda mereka, mesti salah seorang tidak faham. Kiranya dalam family aku ni kami semua guna bahasa yang tersendiri

2) Selalu diejek.
Disebabkan bahasa yang aku guna di rumah juga bahasa Melayu yang tonggang terbalik, bila aku komunikasi dengan kawan2 aku mereka ketawakan aku kadang ada certain words yang aku tak faham pun diorang gelakkan. U know what? Sampai aku masuk sekolah menengah kawan2 aku ketawa sebab bahasa yang aku gunakan tak betul. Sikit2 masuk bahasa melayu, sikit masuk bahasa ibunda ayah aku, sikit2 masuk bahasa ibunda ummi aku

3) Tidak sama dengan orang lain
Kawan2 aku bila isi boring semua dalam column bangsa mereka akan tick Melayu dan aku pula kena tick bangsa lain-lain nak2 bila isi borang biasiswa/MARA yang mana akan diberikan keutamaan untuk orang Melayu. Biasanya aku yang rasa aku ganjil di situ.. Tapi aku tak kesah pun sebab memang telah ditetapkan orang Melayu ada hak dan keistimewaan yang tersendiri dan bagi aku ini merupakan 1 cabaran kalau nk dapat biasiswa kena usaha dengan lebih kuat kecuali untuk dapatkan MARA memang aku tak layak hehe

4) Tidak sambut meriah Aidilfitri.
Di saat kawan2 aku menyambut Aidilfitri aku akan memikirkan nasib aku sebab aku sambut Aidilfitri dengan pergi solat raya dan balik makan kuih, pergi open house jiran. Aku tak pernah merasa balik kampong macam kawan2 aku rasa. Suasana kampong ketika hari raya. Sebabnya ialah dalam family ayah aku seorang sahaja yang convert to Islam dan ummi aku seorang sahaja yang merantau dari luar negara ke sini. Jadinya setiap kali waktu raya aku sangatlah cemburu pada kawan2 and semua orang yang ada kampong untuk raya Aidilfitri hurm.

Dulunya aku tak bersyukur sebab aku berbeza dengan kawan2 aku yang lain sebab tu aku sentiasa bersedih sahaja, tapi barulah sekarang ini ada kesedaran yang aku perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan (baru sekarang sedar). Hehe. Jadi, ciri2 ini adalah mengikut pengalaman sendiri dan perlulah bersyukur walau macam mana pun keadaan kita .. Terima kasih kerana sudi membaca :)

– Olivia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit