Kecaman Penulis Terhadap Penulis Buku

Assalamualaikum. Akhir-akhir ini banyak trending tentang dunia penulisan. Tak kira tentang penerbit, penulis, pembaca, mahu pun pengkritik buku itu sendiri.

Dah banyak confession mengenai penulis, kan? Jadi kali ini giliran saya pula membuka mulut tentang kecaman penulis terhadap pengkritik buku di Goodreads.

Kenapa saya fokuskan pada Goodreads? Kerana kita semua tahu, di situ bertempatnya para pengkritik buku terhadap buku-buku yang mereka baca.

Tak kiralah buku-buku tempatan atau buku negara luar, semua orang boleh memberi ‘rating’ (bintang) dan mengulas buku itu dengan selayaknya mereka mahu. Semua data-data buku kebanyakan boleh dicari di situ selagi ada yang sudi key-in data buku-buku itu.

Dan saya sendiri juga merupakan salah seorang reviewer tegar di sana. Tidaklah begitu lama saya berkecimpung dalam dunia Goodreads, baru enam tahun. Bermula dari 2014 hingga kini.

Enam tahun saya mengulas buku-buku di sana.

Tapi dulu dan sekarang begitu berbeza.

Dulu, rasa-rasa saya tidaklah penulis-penulis Malaysia ini punya sifat terlalu mengecam terhadap pengkritik buku,

Namun lama-kelamaan apa yang saya perhatikan, banyak reviews daripada rakan-rakan reviewers saya di sana dijadikan sebagai modal kecaman oleh penulis-penulis novel Malaysia.

Saya takkan backup reviewer itu jika sememangnya ulasannya mengandungi bahasa-bahasa kesat, makian dan hinaan terhadap penulis/karya penulis. Namun, sayangnya…

Ada reviews yang sebenarnya mereka hanya luahkan secara jujur pendapat mereka tentang buku/ novel itu.

Sebagai contoh, mereka katakan buku itu terlalu banyak kelemahan, kekurangan. Lalu mereka senaraikan apa yang kurang itu — sama ada dari segi perjalanan cerita, plot, watak, gaya olahan atau apa saja aspek yang berkaitan.

Jadi pastinya akan juga berlaku penurunan ‘rating’ disebabkan kelemahan buku itu sendiri. Ada reviewers yang beri 4 bintang, 3 bintang, 2 bintang malah 1 bintang sekali pun.

Malangnya, ada sesetengah penulis tak ingin menerima hakikat kelemahan karya mereka sendiri.

Saya sedar wujudnya sikap seperti itu dalam kalangan penulis, memandangkan saya follow semua penulis ini di media sosial jadi saya aware dengan setiap kata-kata/ respon mereka terhadap ulasan-ulasan yang reviewers berikan kepada mereka.

Dan kata-kata/ respon itu bertukar menjadi sebuah kecaman hebat kepada reviewers di Goodreads.

Tapi mujur, setakat ini saya tidak pernah nampak lagi reviews yang saya buat selama enam tahun ini dikecam mana-mana penulis. Mungkinkah saya bernasib baik?

Namun, kalian tahu apa yang buatkan saya benar-benar kesal sehinggakan saya menulis confession ini?

Ada suatu ketika dulu, tak silap saya pada tahun lepaslah…

Seorang penulis novel genre cinta yang boleh dikatakan agak femes ini, menaikkan satu posting yang ayatnya seolah-olah membawa maksud semua reviewers di Goodreads itu teruk. Dan apabila saya baca komen-komen di posting itu, saya sangat terkejut.

Kebanyakannya menyokong statement yang dibuat penulis itu. Banyak komen yang menyatakan reviewers di Goodreads itu sengaja berniat menjatuhkan penulis.

Segala reviews negatif di Goodreads, tak lain tak bukan kerana hasad dengki untuk menutup periuk nasi penulis, menjatuhkan karya-karya penulis.

Oh, itu baru seorang penulis yang kecam dan buruk-burukkan reviewers. Ada ramai lagi…

Yang kedua, satu lagi isu kecaman penulis terhadap reviewer yang buatkan saya begitu kesal dan tidak berpuas hati.

Ada seorang penulis novel ini, juga berfokus pada genre cinta, siap meletakkan screenshot profile seseorang di dinding Facebook-nya, profile itu adalah milik rakan Goodreads saya.

Dalam posting itu, penulis sepertinya marah dan mahu mencari pemilik profile yang beliau screenshot itu.

Saya hairan mulanya, apa yang tak kena? Setahu saya rakan Goodreads saya itu ulasan-ulasannya selama ini okey saja, tiada unsur kata-kata kesat atau hinaan melampau.

Saya tercari-cari, review novel beliau yang manakah yang bermasalah itu sehinggakan nama rakan Goodreads saya dipetik secara terbuka begitu di dinding Facebook-nya.

Dan apabila saya menjumpai review itu, lagilah berkerut dahi saya. Nyatanya rakan saya itu siap memberi rating 4 bintang untuk novel penulis itu. Tinggi rating-nya, jadi isu apa sebenarnya yang berbangkit?

Dan apabila saya membaca komen-komen di posting penulis itu, terselitlah komen-komen daripada beliau yang meluahkan…

Rupa-rupanya beliau tidak berpuas hati kerana isi ulasan rakan saya itu mengandungi pendapat yang penulis itu tidak suka. Satu pendapat mengenai cara penulis promosikan karyanya.

Rakan saya menyatakan yang penulis sering memberi bab-bab bacaan percuma di media sosial, jadi isinya di dalam buku sama, tiada perubahan.

Di akhir ulasan rakan saya menyimpulkan lebih baik baca kisah buku itu di media sosial penulis saja memandangkan telah banyak scene di dalam buku yang penulis sendiri bocorkan secara percuma di media sosialnya.

Ya, rakan saya hanya memberi pendapat yang seperti itu.

Bukannya dia menghina karya penulis apatah lagi menghina penulis.

Namun apa balasan yang dia dapat daripada penulis yang bukunya dia hadiahkan rating 4 bintang itu?

Sebuah kecaman berjemaah.

Saya membaca setiap komen penulis yang saling berbalas dengan followers-nya, yang secara terang-terangan mengutuk rakan Goodreads saya. Menuduh rakan Goodreads saya macam-macam.

Sedangkan mereka tidak kenal pun rakan saya itu, tapi segala kutukan makcik-makcik bawang itu seolah-olah mereka Tuhan yang kononnya mengetahui yang niat rakan saya itu adalah untuk menutup periuk nasi penulis.

Jujurnya, saya pun tidak tahu apa yang penulis itu rasakan. Tapi jika benar sekali pun rakan saya bersalah, tidak bolehkah selesaikan diam-diam?

Hantar private message kepada dia, tak perlu uar-uarkan dan jadikan ia bahan umpatan dalam kalangan penulis dan followers-nya.

Jujurnya saya sangat kecewa. Terlalu kecewa.

Begitukah sikap penulis-penulis Malaysia dan followers mereka?

Langsung tidak boleh dikritik, hanya mahu pujian setinggi langit saja?

Saya tidaklah menafikan yang sememangnya ada reviewers berbahasa kesat menghina dan menjatuhkan rating tanpa sebarang sebab/ alasan munasabah, namun perlukah kamu semua wahai penulis memukul sama rata yang pengkritik itu teruk?

Dan apabila ada reviewers yang benar-benar memberi kritikan ikhlas, perlukah kamu semua wahai penulis bersangka buruk yang kami sekadar mahu menjatuhkan kamu?

Apa faedah yang kami dapat dengan menjatuhkan kamu?

Kami sekadar ulas dan komen, agar kamu tahu di mana kurang dan lemahnya karya-karya kamu agar kamu dapat perbaiki pada masa akan datang, tapi hanya prasangka buruk daripada kamu semua yang kami dapat.

Bukan semua penulis begitu, ada saja yang menerima kritikan.

Tetapi majoritinya tidak.

Berat untuk saya katakan ini…

Penulis-penulis yang kaki kecam pengkritik ini pun majoritinya penulis dari kalangan perempuan. Setakat ini saya tidak pernah melihat lagi penulis lelaki yang beria-ia mengecam pengkritik buku mereka.

Berubahlah.

Jika kamu hanya pamerkan sikap yang angkuh sebegitu terhadap pembaca, maka makin hilanglah hormat pembaca pada bakat penulisan kamu itu.

Maaf andai kata confession saya ini menyinggung mana-mana pihak.

Saya cuma luahkan apa yang saya nampak.

Walaupun dua contoh kecaman saya beri di atas tadi telah lama berlaku, namun baru sekarang saya meluahkan memandangkan isu dunia penulisan sedang hangat diperkatakan sekarang.

Confession saya ini bukan balasan untuk mengecam para penulis pula. Tidak sama sekali.

Cuma saya berharap semua pihak dapat membuka mata masing-masing.

Jangan terlalu emosional dalam tindakan.

Jangan pukul sama rata semua niat orang.

Jangan sebarkan hal-hal buruk.

Jangan hanya tahu mengata orang, sedangkan orang itu pun kita tidak kenal.

Jangan terlalu meninggi diri sehingga tidak mahu menerima kritikan langsung.

Jika rasa tidak puas hati, boleh selesaikan baik-baik. Ajak berbincang.

Ingat, kerana kecaman melulu kamu hari itu, tanpa sedar kamu telah menjatuhkan semangat orang yang benar-benar ikhlas mahu berkongsi pandangan dan ulasan di Goodreads ini.

Kerana kebongkakan kamu dalam mengecam orang, orang yang kamu kecam itu menyepikan diri dengan hati yang terkilan.

– Es (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *