Salam semua pembaca ;
Saya perlukan nasihat dan cara untuk atasi masalah-masalah di bawah ;
1) Macam mana para isteri pupuk rasa syukur suami masih bagi nafkah tapi perangai tak sempurna, kerja rumah kadang buat kadang tak buat, pergi mana tak nak bagitahu.
2) Macam mana nak develop perasaan lantakkan je suami nak buat apa. Kalau dah dekat maghrib suami tak balik dan tak call pun boleh biarkan.
Isteri tak boleh call tanya kenapa masih belum sampai rumah lagi kalau tak nak suami marah2 atau kadang2 tengking dengan soalan ; Apasal? Kenapa? (Maksudnya kenapa aku tak boleh melepak atau buat perkara sia2 selepas habis kerja jam 5)
3. Macam mana nak counter sikap suami yang ok je gaji dia banyak tu. Maksudnya kalau dia mampu bagi duit lauk RM150 sebulan dia tak kan tambah lagi dah. Kat rumah tak masak pun takpe dia boleh keluar malam2 makan rumah mak dia (kakak dia yang bujang masakkan),
Tapi dia pergi makan sorang atau kadang2 bawak anak sekali sebab kalau saya masak nasi dan telur sahaja 2 hari je dia tahan. Lepas tu terus makan rumah mak dia esoknya. Jadi pendek kata memang tak melekat kat rumah.
4) Hidup dalam keadaan yang meletakkan suami sebagai ketua keluarga. Isteri pergi mana, balik pukul berapa semua akan update isteri. Tapi suami, balik lambat pun tak bagitahu, pergi mana pun tak nak bagi tahu. Isteri balik lambat pun tak pernah kisah.
Dia bukan kaki cemburu macam saya. Jadi maksudnya macam mana isteri ni nak lawan perasaan rebel bila mana dia rasa dia je patut update suami aktiviti dia tapi suami ni rilek je tak da nak mesej dia atau text dia tentang keberadaan dia. Lama2 sifat hormat semakin hilang.
Begitulah persoalan saya. Suami gaji RM2600, RM2000 beri pada saya dan baki RM600 dia ambil untuk guna. Suami takda kereta, hanya ada motor sahaja. Expenses motor sahaja yang dia bayar sebagai komitmen dia. Motor tiada bayaran bulanan kerana suami beli motor cash.
Gaji saya RM3000. Tapi RM1500 saya perlu bagi untuk komitmen rumah tangga kami. Kalau saya tak topup tak cukup. Plus minus sebulan perbelanjaan keluarga kami dalam RM3500.
Bayar rumah sendiri RM1600, pengasuh RM300, kereta RM500, pampers anak RM300, susu RM300, lauk RM300, medical card RM200 (family), minyak kereta RM200, topup suami isteri RM100. Total situ saja RM3500.
Rumah mahal tapi sangat selesa. Suami suka keluar malam2 tinggalkan saya melepak berjam jam lamanya saya sungguh selesa dan selamat di rumah ni.
Rumah sewa di taman lama pernah kena pecah masuk. Tapi tulah rumah pernah kena pecah masuk pun suami lagi tak serik masih nak tinggalkan saya dan anak umur 2 tahun lebih demi kawan.
Lebihan gaji saya selalu guna untuk ubat, baju, makan luar bila penat nak masak. Simpanan agak sukar. Baiki kereta dan servis pun duit saya.
Setiap kali punca bergaduh bila saya kena call suami panggil balik. Jam 1 pagi. Suami kalau dapat lepak memang susah nak balik. Seminggu keluar kadang pergi ride makan2 (dalam asyik merungut takda duit) kadang lepak habiskan duit beli barang motor sembang2 tengok apa nak upgrade.
Bila asyik bergaduh lama2 suami jadi makin malas berada di rumah. Anak kami belum sekolah lagi. Pengasuh mintak ambik anak jam 7.00 malam. Jadi selagi belum maghrib selagi tu lah dia tak kan sampai rumah.
Kalau ada mood adalah tolong buat kerja rumah. Kerja rumah tetap dia adalah basuh baju. Cuci jamban dan cuci pinggan ni paling susah lah nak suruh buat.
6 tahun kahwin kami bakal menimang cahaya mata kedua. Tahun depan anak saya bersekolah dan saya dah bincang supaya suami uruskan anak balik taska jam 5 petang. Tak tahulah nanti lepas ambik anak taska terus ke rumah ke tak. Saya kadang2 naik stress jugak fikir benda yang belum jadi ni.
Suami memang takda girlfriend ke apa, pasang luar ke apa. Cuma terlalu peramah sampai kadang2 saya yang kena tegur kurangkan keramahan bila baca chat dia dengan kakak tempat kerja tu. Tapi so far masih terkawal. Yang tidak boleh dibendung ialah sifat melepak tegar dia.
Seperti catatan di atas, suami sumbangkan RM2000 sebulan dan juga tenaga HANYA untuk membasuh baju amnya. Kalau suruh sapu sampah 2 minggu sekali atau sebulan sekali baru buat. Jadi susah saya nak bercerai sebab kalau bercerai suami tak kan bagi sebanyak itu kan.
Itu yang saya perlukan jawapan kepada 4 persoalan di atas terutamanya bagaimana lah untuk tak selalu fikirkan suami, fikir suami kat mana, kenapa tak balik lagi. Fikir suami aku ni takda ke nak call tanya aku kat mana. Macam tu.
Terima kasih ya sudi baca hingga habis. Terasa ada orang pinjamkan telinga. Terima kasih.
– Isteri Keliru (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kak, dalam hidup ni kita takkan jumpa 100 % sempurna. Ratio dia 80%-20%. Akak kena belajar hidup dengan 20% kekurangan dia dan slowly minta baiki. Bukan semua penyelesaian dia cerai. Ada suami yang rajin bantu rumah semua tapi tak mampu bagi RM2k macam suami akak. Ada yang mampu bagi duit RM10k tapi kaki perempuan kaki pukul.
Apa ar sis ni skit2 pkir cerai.. bersabar dlu.. berkahwin bkn untuk bercerai..
cuba ajar sikit suami tu, jgn berlembut sgt