Hi, saya tak tahu nak meluahkan kepada siapa tetapi benda amat mengecewakan saya.

Saya seorang yang mempunyai trust issue yang tinggi dan apabila kejadian ini berlaku dan telah membuat saya rasa kecewa dan sedih teramat sangat.

Okay benda ini berlaku apabila ibu saya kelihatan sedih dan tidak banyak berkata apa-apa apabila ayah saya tidak balik makan tengahari selalunya ayah saya akan balik makan tengahari dirumah dan sememangnya itu harian ayah saya.

Benda ni berlaku lately ni apabila ayah saya sering ada appoinment lunch pada setiap minggu dan akan balik ke rumah pada waktu maghrib bukan pada waktu kerja.

Apabila melihat ibu saya tidak keharuan dan raut mukanya amat sedih dan sedang memikirkan sesuatu.

Ibu saya bertanyakan kepada saya adakah ayah saya berada di pejabat kerana saya dan ayah saya bekerja di syarikat yang sama disebabkan saya bekerja dengan syarikat kepunyaan ayah saya.

Seterusnya, pada bulan bulan december yang lalu saya mendapati ayah saya tidak pulang kerumah untuk makan tengahari dan saya menanyakan kepada ibu saya, ayah tak balik makan ke? Ibu menjawab tidak dia ada lunch appointment dengan kawan.

After lunch saya kembali ke pejabat dan saya melihat ayah saya masih tidak ada di pejabat sehingga tamat waktu bekerja.

Lalu, saya pulang kerumah dan menanyakan lagi kepada ibu ayah masih tidak balik lagi? Ibu menjawab bahawa ayah ada discussion di luar.

Pada pukul 6 lebih, ibu menelefon ayah dan menanyakan keberadaan ayah dan ayah menjawab didalam kereta lalu ibu menanyakan kenapa senyap je tidak ada bunyi radio langsung,

Dan ayah berkata biasa la dalam kereta radio perlahan dan suasana hujan diluar tetiba ibu terdiam lalu mematikan panggilan tersebut dan terus raut wajah ibu berubah kearah sedih dan menjadi diam.

Apabila saya dan adik melihat ibu dalam keadaan begitu saya merasakan tidak selesa dan berasa sedih.

Lalu saya teringat sesuatu perkara yang saya jumpa ketika berada di pejabat pagi tadi iaitu saya terjumpa dan terbaca statement kad bank ayah saya dan saya melihat history transaction yang telah dilakukan bahawa ayah saya pergi menonton wayang dan karaoke.

Apabila saya teringat perkara tersebut saya terus menjadi menggigil dan susah bernafas kerana saya rasa panic attack or anxiety saya datang kembali.

Terus saya memanggil adik saya dan memberitahu perkara yang saya jumpa di ofis pagi tadi.

Dan adik saya telah bersua muka dengan ayah saya berdua di cafe selapas ayah saya pulang ke rumah.

Apabila adik dan ayah keluar, saya terus berjumpa ibu dan menanyakan soalan “Siapa perempuan tersebut?” Tolonglah beritahu saya sambil saya menangis dan menggigil satu badan.

Dan ibu pun memberitahu bahawa seorang perempuan selalu mesej ayah saya dan ibu pernah menanyakan pada ayah siapa perempuan itu ayah berkata hanya seorang kwan dan juga agent insurance keluarga kami.

Apabila terus mendengar ibu berkata agent insurance saya terus menggigil dan berkata kepada ibu B*B* punya BETINA dah kenapa nak kacau suami orang tak ada laki lain ke. Dan saya begitu marah dan kecewa yang teramat sangat.

Dan adik dan ayah telah balik dari cafe dan adik menceritakan dari A-Z kepada saya. Saya terus mencari maklumat BETINA tu dan juga saya tracking perjalanan ayah saya melalui telefonnya.

Dengan Kuasa ALLAH swt nak tunjuk kepada saya, saya jumpa bagaimana saya nak tracking perjalanan ayah saya dari awal tahun sehingga akhir tahun 2023.

Rupanya ayah saya dah mula tengok wayang dan keluar dengan perempuan tu dari bulan 9 sehinggalah hari kejadian yang kantoi semuanya pada bulan 12 haritu.

Sehingga sekarang perasaan percaya terhadap ayah masih lagi 50 50 saya tidak tahu sama ada ayah saya dah putuskan untuk contact dengan BETINA tu ke belum.

Sebab ayah telah berjanji dengan Ibu untuk berubah tapi perasaan saya masih berat untuk percaya perkara tersebut.

Apakah yang perlu saya lakukan?

Saya buntu dan setiap malam saya akan memikirkan perkara ini, dan saya masih pantau perjalanan ayah saya melalui telefonnya kemana dia pergi.

– ANONYMOUS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kakak sangat benci
    Bila makin tua
    Makin tak sedar diri
    Benci sangat benci

    Semoga Allah mudahkan urusan adik sekeluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *