Salam semua, aku just nak luahkan kekecewaan aku je.

Sekarang aku tengah nangis non stop sebab aku terlalu kecewa dan berharap. Itu lah orang cakap jangan bergantung harap dekat orang sangat last-last kita yang kecewa.

Aku tengah pregnant anak no 3. Kali ni kami plan betul-betul sebab tengah financial problem.

Aku makan pil dengan penuh disiplin sebab aku sangat paranoid. Aku kira hari dan buang luar. Tapi end up pregnant juga.

Sejujurnya aku sangat takut bila aku dapat tahu aku pregnant. Lebih kurang 4 bulan macam tu baru tergerak nak check sebab rasa badan semacam. Habis plan aku nak cari kerja baru. Nak tolong suami stabil kan family.

Bila suami tahu aku pregnant dia happy. Dia cakap ada lah tu rezeki dia. Takpe dia akan usaha lebih untuk make sure kali ni aku dan anak surprise ni selesa masa pregnant, bersalin dan berpantang nanti.

Aku cakap aku tak nak banyak. Aku nak tukang urut sahaja untuk berpantang sebab anak anak sebelum ni semua aku tak berurut. Nak juga merasa kan. Suami pun setuju dan berjanji akan usaha.

Apa aku mengidam dia cuba penuhi. Kadang-kadang aku tak nak susahkan suami aku diamkan saja.

Sebab benda yang aku mengidam tu luar dari kemampuan dia (contoh aku mengidam nak makan sukiya) tapi aku tahan je.  Nangis sendiri lepas tu cuba move on.

Orang cakap mengada kan. Cuba lah pregnant dan rasa mengidam tu macam mana. Tapi demi tak nak susahkan suami aku cuba lupakan saja.

Barang baby aku banyak kutip free sample pampers, orang bagi baju preloved dan baju anak anak sebelum ni yang masih elok aku recycle.

Suami aku hanya keluarkan modal untuk benda kecil-kecil saja. Dalam kepala aku hanya fikir aku tak nak susahkan suami sebab tukang urut bukan murah.

Fast forward dah tiba masa untuk aku bersalin. Aku bersalin di hospital kerajaan saja sebab lagi sekali tak nak susah kan suami. Aku bersalin normal dan anak semua ok. Alhamdulillah amat mudah.

Selesai semua urusan kami balik ke kampung untuk berpantang. Aku sampai rumah dan rehat untuk beberapa hari. Masih menunggu mana tukang urut yang suami cari tu.

Seminggu lepas sampai kampung baru aku buka mulut dan tanya. Bila tukang urut nak sampai? Suami aku cakap “saya minta maaf saya tak mampu nak cari tukang urut”

Bayangkan betapa kecewanya aku. Aku tahan depan suami. Aku masuk bilik air dan menangis semahu mahunya.

Masih lagi fikir tak nak susahkan hati dia. Jangan menangis depan dia.

Tapi aku sangat kecewa sebab aku dah usaha untuk kurangkan beli barang anak. Dia ada lebih kurang 4 5 bulan untuk ketepikan duit untuk tukang urut.

Tapi itu lah. Bila dah balik berpantang seminggu lebih di rumah baru tahu yang dia tak cari pun.

Maaf aku tak boleh nak tahan sebab aku terlalu kecewa. Mungkin benda ini kecil di mata orang lain. Tapi aku dah usaha berkorban tapi suami macam tu je dia buat aku.

Rasa ni mungkin sementara saja tapi aku just nak luahkan rasa kecewa aku, terima kasih yang sudi baca.

Bunga yang kecewa.

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Hi sis, saya belum berkahwin tapi saya rasa mungkin sis boleh bagitahu apa yang sis buat dan rasa (jimat sebab taknak susahkan suami, nak tukang urut, kecewa sebab dah berbulan tapi suami tak usaha) ni dekat suami sis. ikut yang sis cerita, suami sis macam suami yang baik baik. cuba dengar apa alasan dia, masa tu mungkin sis boleh fikir nak sambung kecewa atau let go sebab alasan dia sis boleh terima atau takboleh terima. communication is the key not just for your healthy relationship but also for your healthy mind. saya macam dapat faham kecewa tu sebab sis pun usaha untuk memudahkan dia kan.. semoga sis terus kuat dan hubungan sis suami isteri baik baik saja. *hugs.

  2. sis, pakai implanon lepas ni. kumpul duit dlm 500+, di LPPKN boleh pasang. then kerja..build ur life. thats all. tak guna ada lelaki mcm tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *