Kecewa Dengan Diri Sendiri

Assalamualaikum semua, nama aku N, perempuan, berasal dari Johor. Umur aku baru dalam lingkungan 17-19. Jujurnya aku tak tahu nak mulakan cerita ni dari mana.

Ni first time aku tulis confession dekat public page walaupun anonymous but still aku rase berdebar semacam jadi maaflah yer kalau confession ni agak berjela (tak boleh guna shortform sangat dekat iium ni) atau ade salah silapnya.

Ringkasnya, aku ade masalah yang paling aku malu nak luahkan, yer aku ade masalah ketagihan onani. Btw untuk pengetahuan semua aku bukan kaki porn pun.

Orang disekeliling mesti tak sangka aku buat perkara2 gini sebab daripada luarannya aku nampak macam perempuan yang baik2 n datang dari background keluarga yang aku boleh katakan agak mementingkan agama.

Aku tak delah alim mana tapi setakat ni solat 5 waktu cukup cume subuh saja kadang terbabas, pakai tudung tak delah labuh mana tapi aku akan pastikan melebihi dada, n kadang2 bila rajin aku buat jugak ibadat2 sunat yang lain. Cuma sayang aku terbabas dengan maksiat ni.

Jujurnya sebab perkara nilah buat aku lagi rasa kecewa, kotor, serba-salah & kadang2 rase berdosa dengan tuhan lpstu nak meluah dekat orang untuk mintak nasihat lagilah aku malu jadi sebab tu aku pilih platform ni untuk meluahkan semuanya.

Bende ni bermula sewaktu aku kecik lagi, waktu tu (dalam umur 5,6 camtu) aku memang tido dengan mak ayah aku sebab bilik lagi 1 ade kakak2 aku n 1 blik lagi abang aku yang duduk. Bilik belakang pulak buat stor. Total bilik dulu ade 4 lah kirenye.

Btw aku pun tak tahu naper waktu dulu aku tido dengan parents aku nak cakap aku manja sangat pun tak derlah, maybelah sebab waktu tu mak aku yang suruh n aku pulak waktu kecik tak kisah pun tido mana2 ikut saja orang suruh.

Kebiasaannya aku akan tido dekat bawah berhadapan katil bentang toto.

N yes macam yang korang semua boleh agak, aku ternampak mak ayah aku bersetubuh banyak kali jugak sewaktu aku tido, aku akan terjaga sebab terdengar bunyi (tak perlulah aku describe bunyi apa mestilah korang semua faham kan).

Dan bila aku terpandangkan muka ayah aku dekat atas katil (aku pandang dari bawah sebab aku tido dekat bawah) mesti dia suruh aku diam n sambung tido tapi masalahnye aku tak boleh tido sebab bunyi tu hrmm.

So kesudahannya aku akan tekap telinga aku dengan bantal kuat2, pakse diri tido n lepastu biasanya aku akan tertido.

Walaupun waktu kecik aku tak jelas lagi tentang ape yang mak ayah aku buat tu but aku tahulah ianya bukan perkara yang senonoh untuk buat terang2.

Jangan marah parents aku yer sebab diaorang mesti ingat aku masih budak dan tak ingat padahal sampai dah besar aku masih ingat perkara itu cuma dah makin besar ni ingatan tu dah makin kaburlah.

Cuma itulah, yang aku terkilannya sebab dari situlah merupakan titik permulaan aku terlibat dengan onani ni.

Fast forward, bila tengok perlakuan parents aku dari situlah aku ade rase untuk cuba sentuh kemaluan aku n lama kelamaan lpstu tau2 aku terjebak dengan onani.

Tapi honestly cakap waktu budak kecik tuu aku tak tahu pum ape benda yang aku buat tu, nama dia on*ni pun aku tak tahu tapi aku taulah ianya bukan perkara elok.

Sebabnye waktu darjah 1 aku terkantoi dengan abang aku so dia terus sepak muka aku n marah aku sangat2. Jadi lepas kantoi tu aku terus berhenti. Ikutkan dah selesailah sebab aku dah berhenti lama tapi semuanya salah aku sebab cari masalah balik.

Bermula 1 hari tu bulan 2 tahun lepas waktu PKP, aku masih bersekolah menengah wktu tu tapi sekolah on off sebab asyik PKP balik2.

Jadinya waktu tu aku sunyi, bosan n aku cuma terbuat skali saja tapi tau2 lepastu aku dah ketagih untuk puaskan diri aku sendiri.

Tapi ketagihan aku tu tak delah teruk sangat sampai nak buat hari2 cuma adelah 2 kali dalam seminggu. Setiap kali lepas buat perkara tu mesti aku akan mnyesal & rase kotor dengan diri sendiri. Ade masa hampir hari2 aku buat solat taubat sebab rasa kotor dengan diri sendiri.

Aku cuba berhenti banyak kali .Paling lama aku boleh bertahan dalam 20 hari lebih camtu tapi sekali tu jerlah yang pling tinggi sekali setakat ni. Dan sampailah sekarang aku masih struggle dengan diri aku sendiri untuk berhenti & tinggalkan maksiat ni.

Banyak jugak usaha yang aku dah buat antaranya adelah dengan try exercise n berpuasa sunat tpi aku pum tak bolehlah nak puasa selalu sebab uzur 1 hal lagi 1 nanti pelik pulak family aku kalau aku puasa hari2 .

Oh ya sekarang aku dh abis sek n masih tengah odl dekat rumah. Tapi 2 bulan lgi insyaallah aku akan pegi kolej.

Jujurnya aku harap bila dah sampai sana n dengan persekitaran yang baru dapatlah aku berubah & tinggalkan maksiat ni dengan lebih mudah sebabnya bila aku fikir2 balik aku susah nak berhenti buat onani jugak sebab dekat rumah aku tido dalam bilik sorang2.

so bile dekat kolej nanti mestilah kita akan ada roomate so secara tak langsung aku tak takkan terpikir nak buat bile sedar ade orang lain dalam blik tu skali plus skaligus ade distractionlah .

Yang exercise pulak aku ade try terpikir nak joging dekat taman supaya boleh alihkan perhatian aku dari nak buat bende2 tu tapi tula aku ni lesen pum tak de kereta apetah lagi jadi kalau nak keluar kene tunggu ayah aku cuti baru aku dapat keluar.

So, biasanya aku exercise dekst rumah jerla tapi tula bila dekat rumah biasenya malas n tak bersemangat sangat nak buat lagi2 sekarang ni aku tengah busy dengan kelas n assignment.

Jadinya disini aku nak mintak pendapat semua kakak2 & abang2 yang arif dekat sini apa lagi yang patut aku buat supaya dapat hentikan diri aku dari maksiat ni.

Bagi mereka yang ada pengalaman yang sama & sekarang korang dah berjaya berhenti lagilah aku alu-alukan nasihat dari korang.

Lastly, sesiapa yang nak kecam pun boleh jugak. Aku terima semua dengan hati yang terbuka. Korang semua tolong doakan aku berjaya berhenti yer daripada dosa ni. Terima kasih baca.

– Nor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *