Kecewa Dengan Ibu

Assalamualaikum kepada para pembaca yang sudi membaca curhat ni :) Aku terus kepada luahan ye…

Ibu kita sebenarnya seorang insan yang sangat berjasa dalam hidup kita. Dialah yang mengandungkan, menyusukan dan menjaga kita semasa kita kecil.

Aku sangat sayangkan mak aku bila teringat segala kebaikan yang dia dah buatkan untuk aku. So cerita aku ni just luahan hati aku saja.

Aku ni anak bongsu dalam keluarga and literally orang akan anggap anak bongsu ni best sebab orang ingatkan bongsu ni ‘anak manja’ dalam keluarga.

Abang aku ni dia nak berkahwin dalam masa yang terdekat ni and dia ni adalah first marriage dalam kalangan adik beradik aku.

Aku tak taulah perasaan aku ke apa kan tapi dalam ramai ramai adik beradik aku ni, mak aku macam sayang dan berlembut dengan dia. Tu aku tak kisah.

Lepas tu mak aku ni nak pinjam duit aku untuk beli kain nak buat baju untuk ahli keluarga aku untuk majlis abang aku tu nanti.

Jumlah yang mak aku minta ni boleh tahan mahallah dalam RM1000.

Disclaimer: aku ni belum bekerja lagi dan masih student. Duit tu pun sebenarnya duit pinjaman aku untuk bantuan belajar aku. Lepastu dia suruh aku bank in duit tu dekat ayah saudara aku untuk bayar bil kain tu.

So aku pun bank in jelah. Sebelum ni pun mak aku pernah pinjam duit aku cuma yang ni jumlah paling tinggilah dia pernah pinjam.

Lepastu pernah sekali tu aku tak nak pinjamkan duit RM80 dekat mak aku untuk dia nak masuk madrasah online dekat facebook. Aku tolak tu bersebab bukan sengaja tak nak bagi pinjam.

Sebelum ni dia pernah masuk jugak madrasah macam tu tapi dia tak gunakan pun madrasah tu sepenuhnya.

Maybe sebab online so susahlah kan nak belajar, lagi lagi orang yang dah berumur ni. Ilmu IT mereka pun tidak sama dengan orang muda zaman sekarang.

Kemudian selepas aku menolak permintaannya untuk meminjam duit untuk madrasah yang baru ni, dia terus memarahi aku. Aku tak ambil hati pun. Jadi dia meminta wang abang aku yang lagi seorang (abang A).

Lepastu mak aku ni pun macam kurang cakaplah dengan aku sejak kejadian tu. Aku pun takut nak tegur dia. Tapi esok tu aku dah baik dah dengan dia:)

Satu hari ni, aircond ruang tamu tu macam ada bau, lepastu mak aku panggil abang A untuk tengokkan aircond. Abang A tu suruh buat sendiri.

Nasib baik kakak aku ada masa tu dia bolehlah tolong mak aku. Masa tu aku tengah study for quiz so aku tak tolong diorang bersihkan AC.

Ok ni memang salah aku sebab tak tolong diorang bersihkan ac. Aku ingatkan mak aku tak marah aku.

Then, after mak aku habis solat, tali telekung dia tiba-tiba terputus then dia tuduh aku ni tak jahitkan tali telekung tu. Manalah aku tau yang tali telekung tu nak putus.

Like literally ayat dia memang deep giler. Dia suruh aku carikan benang and jarum. Aku tak tahu kenapa aku ni hati tisu sangat sampai aku meleleh masa cari jarum dengan benang tu.

Aku pun pergi bilik akak aku. Aku memang menangis gila-gila dalam bilik kakak aku. Kakak aku takde dalam bilik tu.

Aku sorang saja. Aku memang suka nangis sorang sorang hahahaha.

Tapi tulah yang bahaya sebenarnya sebab masa tu syaitan akan ambil peluang untuk hasut kita macam-macam. Sampaikan aku rasa kat dunia ni takde sesiapa pun yang sayangkan aku seikhlas hati.

Semua sayang aku bersebab dan ada kepentingan sendiri. Bila tak dapat kepentingan tu,emosi dan mental aku ni yang jadi mangsa. Aku pukul tangan kiri aku pakai tangan kanan bila aku sedih+marah kat sesuatu tu.

Habit tu memang aku ada dari kecil lagi sebenarnya. Cuma aku buat tu bila aku sorang2. Aku harap semua benda ni ada hikmahnya.

Dan doakan aku mampu bertahan hadapi semua ni sebab apa-apa pun aku mesti minta tolong kat mak aku juga sebenarnya.

Cuma cara dia layan aku saja kekadang buat aku rasa mental sikit. Siapa ada masalah yang sama?

– Runia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *