Assalammualaikum WRWB. Sebab page ni bermula utk students UIA buat luahan, luahan aku ni berkisarkan pasal budak UIA. So go straight to the point je lah. Aku ex-student UIA. Sangat bangga. Sangat berterima kasih pada semua pensyarah & Alhamdulillah kerja pun sekarang okay – salah satu faktor sebab belajar di UIA memang beri persediaan yang kuat untuk bekerja & Berjaya.
Aku kadang-kadang masih lepak dengan pensyarah2 lama. Satu perkara yang sama aku dengar daripada mereka – kualiti pelajar makin lama makin jatuh. Kita ni cuma mampu mendengar. Tapi dengan takdir Allah swt hari tu aku ditunjukkan satu page FB oleh kawan aku. Seorang pelajar UIA yang cuba jadi personaliti internet – ala-ala Mat Luthfi la. Jadi aku pun scroll. Baca posting beliau & baca komen. Rata-ratanya pelajar UIA. Budak yang buat page FB ni dan juga commenters – boleh kata majoritinya English tunggang langgang. Boleh kata sikit lagi nak jadi macam budak WeChat. Bila nasihat, mula lah masing-masing sentap. Emo. Yang paling kasihan bila mamat yang English punya la teruk dianggap betul dan dipuji-puji. Beliau mengaku diri seorang “DA’I” tapi bila dinasihat supaya proofread ayat sebelum posting, macam-macam alasan yang diberi.
Tak salah kalau English kita tak bagus. Faiz Subri tak dapat nak berbahasa Inggeris elok masa di Zurich, aku tetap bangga dengan dia. Tapi kena faham, Faiz Subri tu tengah gementar masa tu dan beliau pun bukan mahir berbahasa Inggeris daripada awal, jadi tak perlu nak salahkan dia. Tapi kalau kita jadi students UIA, biasanya 1-2 tahun dihabiskan untuk tajamkan penguasaan Bahasa Inggeris. Setiap ilmu kita pelajari menggunakan Bahasa Inggeris. Tapi kenapa masih ramai yang teruk? Dan paling pelik – kenapa tak mahu terima kelemahan diri dan improve? 4 hingga 5 tahun belajar di UIA, tapi kalau bila menulis status FB “I am hesitant” pun boleh ditulis “I am hesitate” atau pun “Flirt with his father” ditulis jadi “Flirt his father” – memang ada masalah besar dah tu. Itu tanda orang yang beriya-iya nak berbahasa Inggeris tapi realitinya malas membaca.
Kepada pelajar UIA, TOLONGLAH teladani apa diajar dalam Islam – IQRA. Bacalah daripada sumber ilmu yang betul. Bukan dengan follow golongan pseudo-intelek yang perasan bagus hanya sebab mereka ada beberapa puluh ribu likes. Mungkin hari ni anda rendahkan kepentingan berbahasa Inggeris ni tapi di masa depan, anda akan tahu sendiri kenapa UIA sentiasa menekankan kemahiran berbahasa Inggeris ni
Ramai yang memberikan alasan kononnya mahir berbahasa Inggeris tu tak penting. Kononnya orang Cina & India tak perlu hebat berbahasa Inggeris pun berjaya. Kalau betul yang kemahiran berbahasa Inggeris tu tak mustahak – kenapa ramai sangat yang suka buat status di media sosial dalam Bahasa Inggeris? Bahasa Inggeris ni khas untuk Facebook dan Twitter saja ke?
Tepuk dahi bila terbaca ayat pelajar UIA berbunyi “I am faced with a lot difficulties today”. Noun dan verb tak dapat nak beza. Bila ditegur, mula lah bagi alasan yang penting “practice makes perfect”. Aduhai, tak guna mempraktikkan English kalau diri tu malas belajar, malas membaca. Dan kenapa suka bagi alasan “Cina & India okay je English hancur” – apa salahnya kalau kita berjaya dan pada masa sama mahir berbahasa Inggeris?
Luahan aku ni khas pada pelajar-pelajar UIA ya. Mohon pelajar IPT lain jangan marah or terasa hati. Kepada pelajar UIA, tak ada alasan untuk anda tak mahir berbahasa Inggeris. Setiap hari di UIA anda ada peluang improve diri tapi
– Mohammed
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit