Kecewa Dengan Suami

Hai, aku merupakan seorang isteri dan suri rumah yang sedang sarat hamil. InsyaAllah lagi sebulan akan melahirkan anak kedua.

Luahan ini tentang suami aku yang buat aku kecewa sangat dengan perangai dia.

Kami sudah berkahwin selama 6 tahun. Suami aku seorang yang baik pada zahirnya, tak pernah tinggi suara dan naik tangan pada aku. Dari segi tanggung jawab semua ok tak pernah culas lagi. Cuma ada satu sifat dia yang aku tak suka.

Suami aku ni dari sebelum kahwin lagi aku tahu dia suka sangat dengan anime. Banyak kartun2 anime yang dia tengok sampai dah berkahwin dan beranak ni pun masih layan lagi.

Itu bagi aku biasa je, masih ok. Cuma sejak kebelakangan ini, dia dah mula terjebak dengan figura2 anime, bermula dari live tiktok. 

Hari2 dia akan tengok live orang bid figura anime di TikTok sampaikan tertidur dengan handphone terbuka. Tidur pun lambat sampai 2, 3 pagi.

Mula2 aku ok je sekadar tengok, sampai masa dia dah mula join bidding patung2 tu. Yang buat aku lagi kecewa, semua figura tu sangat seksi. Figura perempuan posing seksi yang bajunya boleh ditanggal.

Kalau tanggal tu nampaklah kemaluan dan buah dada tersembul. Macam mana kalau anak2 aku tengok? Kotaknya saje pun dah gambar seksi2.

Aku pernah share ceramah ustaz azhar idrus, yang mana haram simpan patung menyerupai benda hidup di rumah. Lagi2 yang suami aku kumpul sekarang ni.

Aku tegur dia secara baik untuk jual patung2 tu dan jangan beli lagi. Dia ok mula2 tu, kata nak jual. Tapi sampai sekarang masih ada lagi patung2 tu. Malah ada je lagi patung baru sampai. Dia kata dia menang give away live. 

Aku percaya pada mulanya sampailah terkantoi yang dia request kat seller tu suruh tulis menang free gift. Dia dah mula menipu aku. Harganya dah la mahal.

Dia dah habis beratus untuk patung2 tu. Sedangkan duit makan pun cukup2 je, itu pun aku guna juga duit nafkah aku untuk top up barang makanan. 

Selalu aku mintak dia kata duit belanja dah habis, makan pun kena berjimat. Aku ok je mula2. Tapi bila dapat tau dia belanja beratus tu memang aku marah. Aku cakap kat dia jangan dah beli atau join apa2 give away.

Aku ingat sampai situ je, rupanya ada lagi dia buat perangai. Dia join live jual figure di facebook pula, dengan menggunakan fake akaun. Kantoi lagi dengan aku yang dia ada nego nak beli patung figura perempuan.

Aku baca conversation dia satu malam tu masa dia tengah tidur. Screenshot komen berbaur lucah dia pada patung figure dalam satu live seller ni. 

Walaupun patung, tapi perasaan cemburu dan marah tu tetap ada. Komennya sangat menyinggung perasaan aku. Siap seller tu tunjuk lagi video figura tu tanpa pakaian, yang aku tak boleh terima dah macam p*rn anime pun ada. Video dia duduk picit2 dada patung tu. 

Tengah malam tu juga aku kejut dia. Aku mengamuk sekuat hati. Patung2 dia yang ada aku campak, kotak dia aku koyakkan.

Menggigil2 tangan aku marah sangat, aku pukul dia, aku mengamuk menjerit, segala makian aku lemparkan pada suami aku. Dia menangis sambil peluk dan pujuk aku mintak maaf. 

Aku ni tak pernah lagi menjerit mengamuk macam histeria sebegitu. Selalu aku cakap lemah lembut. Orang luar pun kata aku jenis cakap lembut, suara pun slow je bercakap.

Tapi malam tu aku jadi kerasukan, rasa macam bukan diri aku. Aku tak peduli pun yang aku tengah mengandung. Aku punya marah tak dapat dikawal, sampai aku jerit mintak cerai dengan dia.

Malam tu dia pujuk aku menangis mintak maaf, janji tak buat dah. Depan2 aku, aku suruh dia leave semua group whatsapp yang berkaitan figura, fake akaun facebook dia aku deletekan, akaun tiktok pun sama delete malam tu juga. 

Esok pagi aku tengok semua patung2 dia dah kemas masuk kotak dan diletakkan di luar rumah. Aku kata kat dia tak nak ada satu pun patung dalam rumah ni. Diam2 aku pergi facebook page seller tu, aku report fb dia biar lingkup.

Semua yang aku request dia dah buat. Cuma aku masih lagi kecewa, susah nak percaya lagi pada dia. Aku rasa dia dah ketagih tengok live patung seksi2 tu. Yang peliknya patung figura lelaki takde pulak gatal nak bid, patung seksi juga dia nak.

Kenapalah dia nak buat perangai masa aku tengah mengandung. Valid ke perasaan aku ni? Cemburu dan marah hanya pada patung yang tak bernyawa. 

Sekarang aku masih rasa kecewa. Kalau dia buat lagi aku tak tahu nak buat apa lagi dah. Mungkin angkat kaki dari biar diri aku memendam rasa sorang2.

Terima kasih sudi baca luahan aku. Aku tak tahu nak meluah pada siapa.

– NA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

What’s your Reaction?
+1
0
+1
3
+1
7
+1
17
+1
21

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *