Sis anak sulung dalam keluarga. Walaupun sis ni perempuan (takkan sis lelaki kot), tapi seboleh-bolehnya apa keperluan keluarga, sis cuba penuhi.
Tiga tahun lepas sis buat pinjaman peribadi untuk membesarkan rumah ibu bapa sis. Semuanya untuk keselesaan keluarga.
Maklumlah, adik beradik sis ramai. Keluarga pun semakin membesar. Campur ipar, campur anak buah. Memang perlukan lebih ruang, lebih bilik.
Tapi ni bukan tentang masalah duit sebenarnya. Yang buat sis ralat dan kecewa adalah tukang- tukang yang terlibat. Baik tukang rumah, tukang paip, electrician. Kecewa sangatlah.
Sis ni perempuan, bujang pula. Walaupun ada adik lelaki tapi tanggungjawab nak bincang pasal besarkan rumah tu, atas bahu sis. Pengetahuan kurang.
Walaupun sis cuba cari, baca-baca, tanya orang gitu gini, tapi setakat mana sangatlah boleh sis faham kerja-kerja tukang kan.
Sis cuba berlapang dada, bercakap baik-baik, percaya pada semua tukang yang terlibat. Paling penting sis bagi peluang pada tukang orang kita. Haa… Gitu.
Benda boleh bincang berapa harga semua, semua bincang elok-elok. Tak adalah sis nk maki ke apa. Kalau diaorang lambat buat ke apa, sis berusaha untuk sabar. Pergi sampai ke rumah.
Cakap baik-baik minta siapkan. Waktu tu sis kerja jauh. Lepas urusan di kampung tu, Pukul 4, 5 pagi sis mandu nak balik kerja. Berminggu-minggu. Biasa sis bawa kereta sambil pejam mata.
Haaa.. Allah jelah lindung. Lepas tu dah siap, bayaran sis beri seperti yang diminta. Tak tawar-tawar pun. Sebab harapkan hasil terbaik. Semampu yang dapatlah. Sis bukannya orang kaya.
Tapi tulah… rumah siap pahat berbunyi. Walaupun dah siap, tapi banyak masalah.
Masalah paiplah, masalah wirering, tiles pecahlah, pintu tadas payah nak tutuplah. Dah tiga tahun dah ni… tak setel-setel lagi.
Contohnya, wirering.. entah berapa kali baiki. Beribu habis. Sampai yang terbaru, electrician kata kena buat wirering semula sebab wire yang lama tu kecik do’oh…
Walaupun dah buat 2 ke 3-phase ke… kalau wire kecik do’oh tu memang boleh meletup segala benda.
Nak-nak pula kami baru beli aircond 2.5hp. (ikut sangat cakap tulang jual aircond, heh nyesal) Manalah sis tahu wire tu kecik… Sis ingat boleh tampung sebab phase tu dah tambah.
Haaa… Faham tak? Kadang sis fikir agaknya sis ni banyak sangat dosa. Jadi walaupun sis dah cuba nak beri yang terbaik untuk ibu bapa, tapi jadi gitu.
Sis tak ralat duit habis. Tapi sis ralat sebab tak dapat nak beri yang terbaik. Tengok muka mak ayah, meraung dalam hati sis ni.
Binaan cacat sana sini, Dahlah tu, merbahaya pula tu. Baru ni meletup plag bila ayah sis on lampu.
Sis dengar mak sis cerita, sis rasa nak pengsan ketakutan. Mujur Allah lindung. Tak berlaku kebakaran ke apa.
Jadi, kalau ada pembaca kat sini yang kerja tukang, atau jadi isteri tukang, atau bercita-cita nak jadi tukang… TOLONGLAH buat kerja elok-elok.
Janganlah tipu barang, buat kerja tak senonoh, tipu sana, tipu sini. Terutamanya orang kitalah.
Mentang-mentanglah yang berurusan dengan awak tu Perempuan yang noob.
Bukan apa…. Benda ni tak habis kat sini je… esok, kat akhirat sana kita kena jumpa lagi… Beringat-ingatlah ye.
– Sis Dah Cuba (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit