Untuk part I, (https://iiumc.com/kecewa-3/).
Assalammualaikum. Salam ramadhan yang ke 19 dari Tieya. Terima kasih kerana siarkan article saya.
Kepada kalian semua yang komen dan bagi kata kata semangat. Semoga Allah rahmati kalian dan kurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang berkat dan berpanjangan buat kalian semua.
Terima kasih atas teguran dan nasihat yang diberikan. Alhamdulillah sebab kata kata semangat dan doa dari kalian saya semakin kuat terima ujian ini.
Sebenarnya luahan saya lebih kepada kecewa nya hati dan perasaan dipermainkan. Sebelum2 ini semua masalah saya luah dan cerita dekat ibu ayah.
Tidak pernah saya berkongsi rahsia dan masalah dengan orang luar walaupun saya ramai kenalan. Ini kali pertama saya kongsi masalah dengan orang luar. Alhamdulillah. Nasihat, teguran dan doa kalian sangat2 membantu saya untuk kuat.
Terima kasih sebab jadi tempat luahan dalam masalah ini. Saya tak sanggup kecewakan hati ibu ayah. Bukan nak belakang kan mereka, tapi hubungan yang rapat dengan ibu ayah buat saya luah semua disini. Tak nak ibu ayah kecewa.
Untuk yang bertanya tentang gaji dan kehidupan saya. Alhamdulillah Allah pinjamkan saya kehidupan yang sempurna dan lengkap dengan kasih sayang dan perhatian ibu ayah.
Saya bukan lahir dari keluarga yang kaya raya. Hidup kami sederhana sahaja. Tapi sempurna semuanya dengan izin Allah.
Allah juga pinjamkan saya pakej yang cukup lengkap. Allah juga pinjamkan saya pekerjaan dan gaji yang lebih dari mencukupi. Alhamdulillah.
Allah juga kurniakan pinjaman kepada saya rupa paras yang sempurna dan kesihatan yang baik. Saya tak puji diri sendiri. Saya cuma gambarkan semua pinjaman ini dari Allah.
Berbalik kepada saya terlalu nak ada teman lelaki atau suami. Saya mengaku semua orang nak berpasangan. Tapi mungkin kesilapan saya jenis malas nak kenal2 dengan ramai orang dan terlalu cepat kesian dan percaya orang. Saya tak nak permainkan hati orang. Takot orang letak harapan.
Disebabkan itu saya memang tidak layan mana2 lelaki. Tetapi yang dua2 lelaki ini hati saya betul2 terbuka pula untuk bercinta. Akhirnya dikecewakan. Ujian untuk saya.
Untuk kisah B, saya bukan cerita luahan ini untuk mengungkit. Luahan sebelum ini juga untuk saya mintak kata2 semangat sebab kekecewaan. Bukan sebab ungkitan. Tapi saya cerita semua ini lebih kepada kecewa dan patah hati. Sebab keikhlasan dan kejujuran dipermainkan.
Luahan ini untuk saya dapat kata2 semangat dan nasihat untuk saya terus bangun dari kekecewaan ini.
Saya tak terkilan berapa banyak duit yang saya habiskan, saya bersangka baik mungkin dah tertulis dalam rezeki saya ada rezeki dia. Sebab itu saya bantu dia.
Sepanjang bantu B, Allah tetap lancarkan semuanya walaupun kadang2 macam saya ceritakan ada saja duit tambahan diperlukan oleh B untuk repair kereta roadtax dan lain2.
Cerita ini bukan untuk saya ungkit atau nak tunjuk saya baik. Lagi pula saya tak tahu dia suami orang. Jadi saya memang tak terkilan soal duit sebab ikhlas.
Tetapi saya cerita juga soal duit tu cuma nak sampaikan kepada kalian, atas segala pengorbanan dan kesetiaan saya selama ni tapi B masih boleh tipu dan dipermainkan.
Tidak kah ada rasa bersalah dalam hati seorang lelaki. Lain la kalau saya ni jahat, tapi terang2 dia tahu saya ikhlas sanggup tak tinggalkan dia walaupun dia susah. Tapi tetap juga dia mainkan saya.
Saya mengaku juga bodoh sebab bercinta terlalu sayang dan terlalu letak harapan dan terlaku yakin akan jadi suami. Tapi lepas nasihat kalian saya dah nampak bercinta tak perlu sampai serahkan hati semuanya.
Allah tu baik, dia lindungi saya dari hilang nya maruah diri. Walaupun berkawan dan berkorban duit dan perasaan tapi saya masih tahu halal haram. Masih jaga diri dan maruah saya.
Alhamdulillah. Walaupun setiap bulan duit di gunakan untuk bantu B, tetapi saya masih dapat berikan duit untuk ibu ayah, masih dapat belanja untuk diri dan masih mampu bayar kereta saya, dan belanja sampingan ntuk saya setiap bulan.
Alhamdulillah rezeki sentiasa ada. Terus terang bab duit tu memang saya ikhlas. Semua duit hasil titik peluh saya bekerja. Bukan duit keluarga atau siapa2.
Sebabnya keluarga saya biasa2 saja. Kehidupan kami sederhana. Cukup segala nya walaupun tidak mewah.
Jadi bukan soal duit yang saya kecewa kan atau terkilan. Bukan ungkitan. Duit kalau B bayar balik pun tidak mampu sembuhkan hati yang terluka. Jadi lebih baik saya halalkan dunia akhirat. Kecewa saya melibatkan hati dan perasaan.
Lagi pula saya sentiasa yakin rezeki Allah tak akan terputus untuk hambanya. Yakin mungkin nampak banyak berhabis duit dan ada yang kata sia2 dan bodoh. Tapi saya pandang dari sudut lain, mungkin Allah nak gantikan rezeki yang lebih baik.
Persoalannya sekarang bukan sebab duit. Tapi sebab hati dan perasaan terluka sebab rasa dipermainkan. Tapi saya yakin lama2 nanti hati akan lembut dan memaafkan semuanya.
Tolong doakan saya dapat maafkan B seikhlas hati seperti mana saya halalkan semua duit itu seikhlas hati.
Saya yakin B memang tidak bekerja setahun ini dan isteri dia juga tidak bekerja. Disebabkan maklumat di BPN itu rekod kedua2 pasangan tidak bekerja.
Mungkin dapat RM 1000 itu disebabkan rekod lama gaji B ketika dia bekerja dulu. Saya pun tidak tahu gaji B dulu berapa. Rasa tinggi juga sebab expenses B terlalu tinggi.
Terus terang cakap saya tak baik mana. Sembahyang pun lubang2 lagi. Semenjak PKP ni Alhamdulillah Allah buka hati untuk jaga solat sebab banyak masa terluang.
Saya terima semua nasihat dan teguran. Saya dah belajar dari kesilapan jangan percaya orang dan jangan cepat kesian kan orang. Terima kasih semua. Saya tidak akan ulang lagi kesilapan lalu. Yang lepas biarlah di jadikan pengajaran untuk kita semua.
Untuk semua perempuan di luar sana, hati2 berkawan jangan jadi macam saya bercinta setia, sanggup susah dan terima seadanya akhirnya suami orang. Akhirnya cari orang lain.
Sekarang saya sedar jodoh kalau Allah kata bukan milik kita baik mana pun kita tetap dia bukan jodoh kita. Saya tak pernah terfikir langsung untuk berkawan dengan suami orang. Saya masih boleh berfikir mana baik buruk.
Dengan pinjaman rupa paras, pelajaran dan kerjaya yang Allah berikan kepada saya tidak perlu saya cari suami orang. Tapi betul2 saya tidak tahu dia suami orang. Lakonan dan cara B tidak nampak macam suami orang.
Bila bila masa saja dia boleh hubungi dan datang jumpa saya. Walaupun kadang2 berjumpa di kawasan berdekatan tempat tinggal dia. Tidak pula B tunjuk tanda2 takut sedangkan kami jumpa di kawasan umum dan tempat ramai orang.
Untuk yang kata saya sunyi dan nak perhatian. Saya tidak la kesunyian disebabkan ibu ayah sentiasa bagi perhatian dan ambil berat. Disebabkan masa saya banyak habiskan bersama ibu ayah.
Hari bekerja saya bekerja. Hujung minggu saya rehat bersama keluarga. Jika perlu sahaja saya akan keluar dengan teman2 atau B.
Luahan saya lebih kepada kecewa patah dan rasa dipermainkan. Sebab percaya dan setia. Sebab ikhlas tapi dibalas dengan macam ini. Jadi terasa kecewa tu hanya Allah yang tahu.
Perasaan kecewa dan terkilan melibatkan duit dan hati berbeza bagi saya. Duit boleh dihalalkan yakin ada rezeki akan datang jika kita ikhlas sewaktu memberi. Tapi soal hati tak patut di permainkan jika tahu seseorang itu ikhlas dengan kita.
Manusia semua pernah melakukan kesilapan. Termasuk saya. Mungkin dari luahan ini saya dapat banyak nasihat yang berguna untuk saya di masa depan.
Saya janji tidak akan lembut hati lagi nak bantu lelaki. Dan janji tidak akan mudah percaya dan lepas ni saya ikot tips dan nasihat semua untuk belajar say ‘No’. Walaupun rezeki kahwin nanti saya tak nak bantu 100% macam nasihat kalian. Hee.
Jadi bermula bulan ini saya tiada tanggungan apa2 lagi selain dari ibu ayah dan keluarga. Banyak duit yang boleh disimpan. Walaupun gaji di potong bermula bulan ini disebabkan ekonomi sekarang tetapi sentiasa rasa ada lebih dan mencukupi.
Seperti saya cakap di luahan sebelum ini saya juga selalu amalkan akan transfer2 duit walaupun nilai itu kecil tapi kita niat untuk bersedekah.Nilai kecil itu akan jadi kebiasaan untuk kita transfer atau sedekah setiap hari.
Untuk memudahkan lagi sentiasa sediakan duit kecil RM 1 dan beri kepada sesiapa pun yang memerlukan. Sebagai contoh di kedai makan, di luar bank mesti ada yang menunggu kita hulurkan bantuan. Banyak2 RM 1 dalam handbag lagi bahagia sebab senang untuk memberi.
Ketika makan atau di mana saja, andai ada yang datang kita berilah walaupun RM1 atau sen2. Niat kerana Allah. Jangan biar mereka pergi tanpa kita memberi. Walaupun sepuluh sen bila ikhlas rasa dia hanya Allah ja tahu.
Jangan kira nilai duit itu, tapi keikhlasan hati kita. Itu yang saya buat dari dulu lagi. Kalau dulu sebelum musim PKP kita ada pasar. Jika pergi ke pasar, sepanjang jalan ada banyak tabung dan juga orang. Jadi sediakan siap2 RM1. Masukkan atau berilaa kepada mereka.
Andai beri kepada orang saya suka cakap tolong doakan saya dan keluarga ketika saya hulurkan duit itu. Transfer pula saya akan tulis Hamba Allah.
Alhamdulillah Allah pinjamkan saya rezeki sentiasa mencukupi dan dipermudahkan kerja kerja saya.
In shaa Allah pahala sedekah itu niatkan untuk diri sendiri, ibu ayah, adik beradik, keluarga dan semua orang.
Saya mintak maaf andai ada yang tidak senang dengan cara saya. Saya tidak baik tapi kebaikan saya buat Allah yang gerakkan hati saya. Saya cuma mintak kata2 semangat, nasihat dan doa untuk saya kuat dan terima kenyataan dengan hati yang lapang.
Dan terima kasih kalian yang komen2 yang positive dengan doa, tips2, dan kata2 semangat untuk saya. Terima kasih kerana doakan saya. Jangan cakap saya baik, yang baik tu Allah. Saya hanya perantaraan.
Saya masih bertatih untuk jaga solat dan tutup aurat dengan sempurna. Doakan saya dan keluarga. Jangan kecam saya. Tegur dan nasihat la saya In Shaa Allah, saya sejenis terima teguran dan nasihat. Titipkan doa untuk saya dan keluarga.
Terima kasih semua.
– Tieya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit