Untuk part I, (https://iiumc.com/kecewa-4/).
Yeah, terima kasih semua atas pandangan hebat dan bernas. Ramai pulak macam dapat teka bisnes aku yang buat aku kecewa sangat2 hari tu.
Untuk pengetahuan kau orang, masa confession tu aku tulis, masa tu pun aku masih bertegang urat dengan t-rex. Aku ni sejenis yang lantak lah orang nak kata apa, tapi kalau pasal bisnes yang pakai duit aku ni, memang aku pantang ya jadi bukan2. Lagi2 aku pulak kena buat kerja2 awalan.
Ye. Memang bisnes aku nak buat tu, dalam plan didaftarkan sdn bhd. Sebab tu, yang dibincangkan pegangan hak dan masing2 punya kerja. Mula2 sebenarnya, aku ni setuju. Eh, kelihatan bodoh di situ kan?
Tapi, bodoh aku tak lama sebab aku letih lah main perasaan malam2 terfikir letih pulak kerja2 awalan yang aku nak kena buat masa dalam plan kembangkan syarikat ni.
Lepastu laki aku pulak sibuk dengan kata aku pentingkan diri bila aku cakap tak adil aku cuma dapat 10-15% dan hilang pegangan hak pada syarikat sendiri. Alasan sebab kerja aku bukan banyak pun nanti. Setakat admin dengan marketing saja.
Jadi, apa yang aku buat adalah, oleh kerana laki aku cabar sangat aku kan. Kata baik takde bini dan kata aku pentingkan diri, memang betul2 aku buat lah. Aku malas fikir hal dia. Dia nak teruskan bisnes yang aku mulakan awal nya ni dengan bapak dia. Aku tak marah dan tak kisah.
Walaupun, sebenarnya hati aku patah, aku cuba menjadi seorang yang realistik. Aku tekad bergaduh sampai lah dia buang nama aku dari ssm. Sebab apa, sebab dia tak hormat aku sebagai business partner dia.
Dah semua benda dia nak bincang dengan bapak dia, dalam keadaan masih nama aku sebagai rakan kongsi dalam ssm, baik aku tak ada sebagai business partner. Maaf nak kata lah, dalam aku patah hati pun, aku bukan bodoh.
Hari keesokan masa aku tulis confession tu aku dikeluarkan sepenuhnya, atas permintaan aku. Ya, sepenuhnya!
Dan dengan itu, memang aku tekad segala duit modal, plan bisnes, strategi, klien dan juga kerja2 admin aku lepaskan 100% pada suami aku. Dia ingat senang ke aku buat semua tu?
Dia ingat bisnes boleh jalan tanpa boleh ikat klien? Aku buat jalan mudah, klien contact saja aku, aku bagi kat dia terus.
Sebenarnya, klien percayakan aku, sebab tu aku berani cabar dia macam tu. Nama aku dah cukup kuat dalam perniagaan yang aku nak teruskan ni. Tapi, aku tak dihargai kan? Takpe, orang tak nak hargai aku, aku hargai diri aku sendiri.
2 hari awal, memang aku bergaduh. Tipu lah tak gaduh. Hati aku dah macam sajaruk mangga masak tu aku rasa. Tinggal nak membusuk saja masa tu.
Aku rasa, aku buat kerja gila masa tu, sebab aku lepaskan benda yang sangat aku sayang. Yang aku dah jalankan bertahun. Orang pun dah tahu, aku buat benda tu.
Tapi, aku istikharah berkali2 dan itulah ketenangan yang aku miliki, lepaskan pegangan dan kerja2 aku sepenuhnya. Kesian jugak lah aku tengok suami aku terkial2 buat semua kerja.
Letih kot kerja2 aku buat selama ni. Dia ingat berurusan dengan orang atasan ni kerja mudah ke? Biar dia tahu kenapa aku membentak selama ni. Jangan dia ingat, dia boleh gula2 kan aku dengan kata2 ugutan. Dia silap orang.
Sekarang, dia tengah hadap buat kerja semua sorang2. Aku tahu dia letih. Dia cerita. Setiap kali dia cerita, aku pura2 pekak dan buat2 macam dengar tapi sebenarnya aku malas nak kongsi idea aku dengan dia. Oh ya, aku juga tekad bina bisnes dengan plan aku sendiri.
Aku buat sendiri dan aku memang cakap kat dia, bisnes aku jangan sibuk2 nak ambik tahu dan bagi pendapat. Aku tahu hala tuju bisnes aku sendiri. Kalau melingkup sekali pun, biar aku sendiri jugak.
Muka dia berubah, tapi dia tak boleh marah aku lagi dah. Padan muka. Siapa suruh berlagak dengan aku?
Pasal bisnes laki aku pulak, kata2 akhir aku pernah bagi kat dia, nasihat aku tu, yang nanti anak2 aku takde masa depan dan kena berebut hak sendiri tambahan pulak, kalau dia ada pegangan yang sikit, harta boleh difaraid, akhirnya dia bawak pada bapak dia.
Oleh kerana syarikat aku tu yang cari klien, dan aku tak tahu kenapa akhirnya dia pertimbangkan cadangan aku, dia bincang punya bincang punya bincang, akhirnya bapak dia okay saja bagi pegangan syarikat tu pada suami aku balik.
Jadi, bapak dia cuma ambik pegangan besar pada syarikat yang bapak dia buat tu saja. Alah, asalnya kan nak buat syarikat besar dan anak syarikat kan?
Tapi, kali ni cara masih sama, cuma pegangan syarikat berbeza lah. Kira nanti, apa2 hal, syarikat laki aku masih boleh gerak sendiri lah. Sebab nama milikan syarikat tu, pada ssm ada suami aku saja. Bapak mertua aku syarikat lain. Daftar lain. Kira macam bergabung bersatu meletop gitu.
Balik tu, dia bagitahu aku, bapak dia setuju dan nanti akan keluarkan wasiat, pegangan 35%, pegangan yang dah dibincangkan bapak dia takde majoriti bapak dia pada syarikat laki aku tu, bila bapak dia dah tak ada akan dipulangkan semula pada suami aku.
Kira adik beradik ke siapa ke terus takde hak. Memang lepas bapak dia takde, wasiat tu terus berkuasa.
Tapi, sebagai isteri yang kononnya dianggap degil ni, ada aku kisah? Masa dia cerita tu, hati aku tak ada rasa apa dah. Kosong. Aku cuma tuntut kat dia, aku nak duit tetap untuk shopping dan bercuti. Aku memang tak nak buat kerja. Aku nak fokus pada hal aku saja.
Baik aku jaga anak dan fikir bisnes aku sendiri. Dia ada minta tolong aku buat sikit marketing dia. Yang tu, aku kalau setuju tolong pun tapi berbayar. Tak ada benda percuma dalam dunia ni, oi! Aku demand gaji aku 2500-4500 sebulan. Bagi aku, tu nilai diri aku sepanjang aku bekerja.
Yang komen kata laki aku tak tahu buat bisnes tu, sebenarnya betul. Memang laki aku tak pernah ada bisnes sebelum ni. Dia berani buat bisnes ni dulu pun sebab aku pujuk. Klien pertama dia, aku lah yang terkial2 dapatkan, contact dan closed kan. Itu pun nak berlagak dengan aku lagi.
Dia boleh kata, “marketing awak tu, bukan benda susah pun. Awak dapat klien, pas kat saya, lepastu saya dan bapak yang bincang bagi boleh closed deal.”
Kan silap ayat dia buat tu? Tu mencabar aku punya kewibawaan. Sekarang ni, memang aku suruh saja dia buat. Dia kata senang kan. Tak payah letak effort tinggi2 kan buat marketing. Rasain lo!
Sekarang, aku lebih tenang menjalani hari2 bahagia aku. Kalau dia ajak aku temankan dia pun, aku temankan bodoh2 saja. Sebab aku bosan duduk rumah.
Tapi, kalau aku malas nak ikut, memang aku tak pergi lah. Aku bukan nak sombong atau berlagak, tapi aku nak suami aku faham dan belajar.
Bisnes ni bukan setakat idea dan cakap2 saja. Lebih dari tu sebenarnya. Dia tak rasa susah payah liku2 buat bisnes ni, sebab selama ni kebanyakan kerja aku buat, modal pun aku support.
Mestilah aku tak setuju, kerja2 ni aku buat dan hak aku tak ada sebagai pembuat keputusan. Aku dah penat gaduh dan bagi ayat aku bukan budak bodoh. Tapi, dia tak nak dengar. Sekarang, aku cuma nak sit back dan relax tengok dia bertungkus lumus.
Ni dia dah terima keputusan aku walau dan keterpaksaan. Walaupun dia ada minta maaf, tapi hati aku dah berbekas luka. Benda dah jadi, memang aku maafkan tapi bukan lupakan.
Semua kata2 dia, termasuk kata2 dia yang aku pentingkan diri tu, aku hujahkan. Aku dengan tenangnya, lawan balik dengan fakta dari penasihat bisnes yang mengatakan apa aku tegakkan selama ni betul.
Nasi dah jadi bubur. Betul lah, sampai bila laki aku nak jadi t-rex kan. Sekarang, harapan aku cuma satu, aku harap bisnes kami masing2 berjaya.
Kau orang yang marah pak mertua aku pun, kita maafkan sama2 ya. Sebab, yang salah dan bertegang tak nak kecikkan saham pak mertua aku pada syarikat aku sebenarnya suami aku jugak.
Entahla, aku tak faham otak dia tu langsung. Aku pulak tak suka main dengan hati dan perasaan.
Cuma, aku dengar ura2 Malaysia nak kena PKP semula, jadi aku perlahankan sekejap pergerakan plan bisnes aku. Takde hal pun, sebab ikut mana sekali pun, laki aku saja yang wajib bagi nafkah. Yang aku nak tahu, nafkah aku masih lagi dibagi walau RM50.
Aku tahu, macam drama megah holding kisah aku ni, ye tak? Megah tak megah. Aku cuma nak berterima kasih kat kau orang yang semua supportive gila komen kat aku. Rasalah diri ini dihargai. Macam tagline mekap tu, kerana dirimu begitu berharga.
Aku pada waktu aku tulis confession ni, aku lebih tenang dan rasa bahagia. Laki aku oun dah janji semalam, kalau bisnes dia boleh pergi jauh, dia nak tebus balik yang dia marah aku tu dengan belikan aku punya kereta idaman.
Orang dan offer kan, takkan aku nak tolak. Aku pegang janji dia supaya dapat dia jadikan motivasi untuk dia melangkah jauh.
Akhirnya selepas hampir beberapa lama kami berperang, kami dah boleh balik ke bentuk asal dan tidak lagi menjadi t-rex dan godzilla. Terima kasih semua yang sudi baca. Doakan aku dan suami dedua berjaya. Paling tak pun, aku berjaya. Jahatnya aku.
Sebab aku ada niat nak bukak yayasan macam Nealofa tu atau pun nak jadi macam ustaz Ebit Lew. Dulu dan kini aku idolakan Siti Khadijah. Mana2 lah, yang aku tahu, aku nak buat bisnes yang boleh dipulangkan semula dan dikongsi dengan orang semula. Aamiin…
Sekian, aku si elmo comel yang kuat semangat.
– Elmo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit