Assalamualaikum dan hai buat semua pembaca. Harini aku nak luahkan something yang selama ni kisah yang tertutup rapi. Dalam rumah tangga memang ada ujiannya, cuma kita kuat atau tak untuk terima dan pertahankan.
Hebat macammana pun seseorang tu takkan lari dari ujiannya kan. Aku Liya, lewat 20an. Aku berkahwin dengan suamiku dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Pada awal perkahwinan semuanya indah dan bahagia macam orang lain. Fasa baru nak kenal perangai masing-masing.
Sedikit kekurangan tu pejam mata dan terima takda nk complain apa sebab kita cuma manusia biasa takda yang sempurna kan. Aku pun tak mengharapkan segalanya sempurna.
Alhamdulilah aku disahkan hamil, waktu ni lah aku diuji dengan sikap suami dan mertua. Bila aku mengidam apa-apa aku akan cari mak dan abah aku. Bukan tak cari suami tapi suami kadang lupa dan terus tak cari apa yang aku nak. Hanya mak abah yang faham aku.
Dorang carikan sampai dapat effort yang mahal aku rasa. Macam suami aku dia tak peduli, kalau aku mengadu sakit kaki bengkak sakit belakang minta dia urut dia akan cakap. ‘kejap lagi lah you’ sampai ke sudah tak urut.
Satu hari tu dia buatkan aku betul-betul terasa well pregnant woman memang mudah terasa kan.
Dia tinggalkan aku yang tengah sarat menunggu hari bersalin untuk temankan mak dia dekat kampung sebabkan adik dia pergi vacation. Bukan aku tak izinkan dan bukan aku tak nak pergi join sekali dia balik ke rumah orang tuanya.
Tapi sebab rumah tu jauh dari hospital, in case jadi apa-apa susah aku nak ke hospital. Kebetulan dalam minggu tu aku kerap ke klinik sebab check bp and urine. Selama pregnant aku drive kereta pergi check up sendirian.
So suami balik lah seorang tinggalkan aku untuk beberapa harinya. Dan aku pergi check up dan hospital seorang diri.
Pernah aku sengaja cakap dekat suami kenapa tak call adik beradik yang lain, tapi aku pulak dimarahinya. sebab aku tak boleh nak mention apa apa tentang keluarga dia.
Bila aku bersuara aku akan kena marah dan bergaduh. Benda yang biasa bagi dia kalau aku sentuh bab family dia. Especially mak dia, aku hormati dan sayangi mak dia seikhlas hati aku terima dia..
Tapi mak dia pulak tak pernah tanya apa-apa langsung pasal aku, tak pernah call. Bila aku call dia tak jawab pula.
Aku tak ada moment yang orang lain dapat. Aku tak ada moment memasak sama-sama, bersembang gelak tawa, bergurau senda. Kalau dekat dengan aku dia akan lari ke mana mana. Bila aku tolong masak dia akan lari dan tinggalkan aku.
So buatkan aku tertanya apa salah aku? Bila aku pregnant lagi lah dia buat byk bnda aku terasa tapi aku telankan ja. Aku sabar aku tetap layan dia dengan baik sebab dia mertua aku.
Pernah kami suami isteri bergaduh, suami drive laju langgar aku tengah pregnant 39 week masa tu seat belt tak pakai and aku sakit perut rasa macam contraction tu dah datang. Tak ke hospital pun, balik rumah rest.
Esoknya baru terasa sakit tu dan baby dah kurang gerak aku ke hospital. Check ctg semua then dr decide untuk induce.
Tapi sebabkan tak ada bukaan sampai hari keempat then emergency caesar. Selama aku warded almost 7 days yang ada disisi cuma keluarga aku dan suami.
Suami pulak waktu aku tengah tahan sakit contraction tak datang lima minit lagi nak habis waktu melawat baru lah datang. Mertua aku sekali pun tak jenguk aku apatah lagi tnya khabar aku. Mertua hanya melawat di rumah itupun tengok anak aku saja.
Kerana aku cuma seorang surirumah, aku tak dipandang sesiapa pun. Lainlah kalau menantu yang bekerjaya dia sambut dengan baik. Dulu waktu awal kahwin aku ambil hatinya, aku tak give up even aku ada belikan hadiah utk dia tapi dia tak pakai.
Once dia betul betul buatkan aku terasa asing, aku mula give up. Aku dah penat cuba sesuatu yang takkan mengubah apa apa pun. Akhirnya aku pilih untuk jarakkan hubungan aku dan mertua.
Supaya setiap kali balik aku takda simpan apa apa dalam hati lagi pedih sangat sebab tak terluah. Aku pernah luahkan dekat suami awal tu dia berpihak pada aku, sebaliknya dia lebih berpihak pada ibunya dan dia minta aku untuk bersabar sahaja.
Selepas sahaja 44 hari berpantang selesai aku pulang ke rumah kami, waktu tu aku buat kerja rumah semua macam biasa. Biasalah bila rumah tiada isteri tak sekemas sebersih waktu ada isteri. Habuk tebal, sawang dan banyak benda kena bersihkan.
Aku tak dapat lupa sekali lagi aku drive sendirian ke hospital sebab aku pitam dan bleeding, lama aku dekat hospital kena observed doc drip ubat berjam jam baru suami datang. Kenapa suami tak temankan? Entah la bnda lain lebih penting dari isterinya.
Kalau mak dia sanggup dia korbankn cuti bawak mak dia ke klinik, tapi aku tak pernah dia buat begitu. Even aku sendiri drive sakit sakit ke hospital dia ada tapi macam tak ada. Dia hanya biarkan tak ada nak teman.
Terasa hati semestinya sebab expectation aku pada suami tak lah tinggi cuma aku tak expect dia akan buat aku macam ni, dia sanggup biarkan aku buat semua sorang tahap berdikari sampai aku pernah rasa lebih baik aku tak perlu ada suami.
Aku tak pernah persoal gajinya, tak pernah aku minta dia belikan itu ini jenis aku akan usaha sendiri kalau aku nak.
Suami bab nafkah tak pernah culas, Alhamdulilah dia suami yang baik. Urus anak, buat juga kerja rumah tanpa aku suruh. Cuma kalau bergaduh especially kalau datang isu dari adik beradik or family dia aku tak boleh bersuara.
Bila aku bersuara dia marah aku. Mula datang baran dia. Isunya bila adik dia dekatkan binatang yang anak aku allergic dan dia letak terus binatang tu dekat badan anak aku. Skin to skin dengan binatang tu.
Balik tu anak dah start batuk batuk yang kuat dan naik rashes kat badan dia. Waktu tu aku mula bising sebab kejadian berlaku depan mata dia tapi dia sekadar melihat tak jauhkan dari anak.
Mahunya aku tak bising, dia back up adik dia dan kami bergaduh. Salah ke aku minta dia cuma dia tegas dan tegur adik dia. Kerana isu sekecil itu kami hampir berpisah.
Penat? Memang aku penat. Dekat mana dia letaknya isteri ni dalam hidup dia. Kenapa aku rasa aku ni macam tak penting, kalau aku yang dia gelarkan isteri dia takkan dera emosi aku, perasaan aku tak pernah dia jaga.
Aku dah tak peduli, hilang rasa yang pernah ada sebab bila berkali-kali ulang benda yang sama aku mula tawar hati bila dia kata kalau berpisah dia nak pisahkan aku dengan anak.
Anak dia nak, rasa kelam waktu tu. Hilang kata. Selama ni hanya aku yang tunjuk effort aku sayang dia tapi dia takda.
Aku korban hidup aku, aku hilang diri aku yang dulu. Hobi aku, kerjaya aku untuk bersama dengan suami. Aku bekerja siang malam tanpa cuti rehat tanpa gaji. Penatnya tak cukup tidurnya, senyuman aku kian pudar. Aku tak merungut, Aku terima ujian yang Allah berikan.
Aku terima suami aku seadanya, tapi aku rindu diri aku yang dulu. yang dulunya ada masalah apa aku tak mudah rasa marah, jiwa yang tak pernah sakit, hati yang sentiasa tenang. Seorang yang sgt happy go lucky.
Phone musnahkan komunikasi dua hati, banyak memandang skrin dari menatap sepasang mata. Sejak kejadian itu, aku lebih banyak berdiam dan apa sahaja aku iyakan saja. Kurang komunikasi tapi aku masih hormat dan layan suami aku sebaiknya.
Cuma suami hilang manja mengada aku, aku tak tahu sampai bila semua ni akan jadi seperti ini.
Now aku hanya mampu berdoa dan dekatkan diri dengan Allah SWT dan jika sukar jalan menuju syurga melalui suamiku, aku akan cari syurga aku sendiri.
Terima kasih kerana sudi membaca, doakan semoga aku terus kuat bersabar dan bertahan. Nukilan ini untuk melepaskan apa yang ada di benak yang tersimpan kemas tanpa pernah bicara kerana itu sangat bahaya.
Biar jari menaip kisah ini maafkanku suami, jika aku berkongsi luahan disini, Aku tak punya teman dan sesiapa untuk aku luahkan.
Pada Allah sudah, aku harap sedikit kelegaan setelah di kongsi kan disini. Kerana kecewanya sang isteri kembalinya takkan sama seperti peluang kedua diberi.
– Liya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit