Kecewa Seorang Anak dan Adik

Assalamualaikum, nama aku Timah (bukan nama sebenar), usia aku nak cecah 30an. Aku nak cerita kisah hidup aku yang gelap dan hancur.

Aku berasal dari keluarga yang ok ada² juga dan aku ada empat orang adik-beradik dan aku anak no 3 dan adalah anak perempuan tunggal dalam family aku.

Kisah aku bermula pada umur aku 10 tahun ketika mak dan ayah aku tiada di rumah sebab kedua mak ayah aku berkerja.

Cuti sekolah pada umumnya semua akan pulang ke kampung atau bercuti tapi keluarga aku tak. Ayah sibuk dengan kerja dan ulang alik jumpe wife pertama dan mak aku pulak biasa sibuk dengan kerja dia.

Aku akan jumpe ayah aku seminggu 2, 3 sekali dan jumpe mak pada malam hari. So semua aktiviti aku dengan abang² dan adik aku.

Pada satu hari aku tinggal berdua dengan angah, disitu lah semuanya terjadi.. Awalnye aku tak tahu apa-apa, angah aku panggil katanya nak minta tolong kemas bilik.

Aku tak pikir panjang terus masuk bilik.. Di situ lah mula segalanye yang aku di rogol abang kandung sendiri dan di ugut jangan bagitahu mak ayah kalau tak aku kan dibunuh.

Sejak tu kehidupan aku tak macam dulu seorang yang aktif jadi pendiam dan sangat menjauh dari kawan-kawan dan siapa- siapa sahaja.

Satu hari cikgu aku perasan perubahan aku. Cikgu minta aku ke bilik guru pada waktu rehat dan cikgu mula soal siasat kenapa pelajaran aku semakin merosot dan kedatangan aku semakin teruk.

Pada mulanya aku tak cerita apa-apa cuma menahan sebak di dada nak diluah tapi tak mampu mata berkaca-kaca saat tu.

Cikgu mula dekat dan mula tanye slow² pada aku, ada yang awak nak cakap dan cerita dengan cikgu. Saat tu aku peluk cikgu dan berkata saya takut cikgu nanti ada orang bunuh saya cikgu.

Cikgu tenangkan aku dan yakin kan aku yang dia ada untuk lindungi aku. So aku cerita semua berlaku apa jadi bila pada cikgu dan tak lama dari tu tiba ayah aku datang ambik aku dan adik aku dari sekolah dan call rumah dan maki hamun apa angah kenapa rogol kakak.

Tahu apa angah kata dia bersumpah tak buat apa-apa dekat aku siap junjung Al-Quran dan angah cakap nak sambung belajar dekat Mesir nak jadi ustaz, kakak fitnah angah.

Ayah tengok aku dan tanye betul ke kakak angah buat macam tu dalam keadaan tengking..

Sumpah aku takut sangat aku diam je tak mampu nak angkat muka sampai ayah lebih percaya angah. Sumpah wei aku tak mampu nak buat apa-apa suara aku rasa tak terkeluar bila ayah tanya dalam keadaan marah.

Bila mak balik aku di tampar dan pukul dengan batang penyapu. Mak kata anak sial fitnah abang sendiri sumpah aku takut dan terus lari dalam bilik.

Semalam aku tak makan tak tidor menangis Allah sakit perit dengan apa yang berlaku aku salahkan takdir dan aku tak percaya lagi Tuhan.

Lepas 2 hari kejadian tu ayah mak ambik keputusan aku duduk dengan ibu, first wife ayah. Aku sedih kecewa perit semua. Tahu kenapa? Sebab takut ibu tiri aku jahat.

Tapi Alhamdulillah ibu seorang yang sangat baik layan ibu terhadap aku juga baik. First wife ayah aku tak ada anak jadi ibu jaga aku dengan baik cuma ibu seorang yang berjaya jadi jarang ada dirumah.

4 bulan aku di rumah ibu semua benda aku belajar buat sendiri ibu jarang dirumah. Setiap hari ibu akan tinggalkan duit belanja makan tengahari hari dan malam. Aku rindu masakan mak, busy-busy mak tetap dia akan masak tapi sejak kejadian tu mak tak pernah tengok aku.

Hidup aku berdikari di usia yang sangat mentah baju basuh sendiri, gosok sendiri, kemas rumah dan lain². Apa- apa yang aku minta mesti ibu tunaikan Alhamdulillah tak pernah kurang. Duit barang² mudah aku dapat ibu tak berkira dengan aku.

Semua berjalan dengan lancar aku happy je duduk dengan ibu walaupun rindukan mak. Hubungan aku dengan ayah ok tapi dengan mak menjauh.

Lama kelamaan aku dah biasa hidup sendiri berdikari masuk sekolah menengah aku dah kenal kawan-kawan yang agak nakal dan aku berubah ikut kawan-kawan tapi setakat ponteng sekolah dan isap rokok tak lebih.

Aku jadi macam ni sebab nak ambik perhatian mak aku tapi sama je mak aku sikit tak kisah.

From 3 aku sakit teruk sangat sampai kena masuk wad tapi mak tak datang tengok aku yang ada cuma adik. Sampai aku dah boleh keluar wad pun tak ada siapa ambik aku. Ibu ayah outstation mak langsung tak ambik tahu.

Akhirnya aku keluar sendiri je balik naik bas ditemani boyfriend dan Wani sahabat aku hahahaha from 3 dah ada boyfriend okey.

Satu hari aku dengar apa mak aku cakap dalam telefon hancur lagi hati aku. Berdosakah aku membiarkan mak melakukan semua tu. Dan sampai sekarang aku simpan rahsia itu dari semua orang. Aku abaikan saja malas pikir tapi kecewa mak curang belakang ayah.

Mampu menangis dan berkata kenapa family aku macam ni.. kurang apa ayah pada mak. Biar lah aku malas nak pikir lagi aku pikir lagi sakit hati aku.

Pada from 5 ibu ayah meminta aku duduk di asrama sebab ibu ayah akan di transfer ke pantai timur jadi aku kena duduk asrama sebab beberapa bulan lagi nak SPM.

Dua bulan aku duduk di asrama satu hari ni dari pagi aku gelisah rasa tak kena sampai lah malam hari aku tidor pukul 12 malam dan terjaga dalam pukul 3..

Aku bermimpi ibu berkata, ‘ibu sayang Timah, Timah jaga diri jaga keluarga jangan benci mak sebab tu mak kandung Timah jangan jadi anak derhaka dengar cakap mak’.

Dari bangun tu aku memang tak boleh tidur sampai lah pagi dan aku siap-siap pergi sekolah macam biasa. Pagi biasalah di sekolah ada perhimpunan dalam perjalanan aku ke perhimpunan junior aku ni nampak aku di sekolah nama dia Iman.

Iman datang dekat dengan aku cakap Timah kenapa kau tak balik tengok ibu kau dah meninggal rasa di panah petir aku mula maki Iman ‘woi gampang jaga sikit mulut, semalam baru aku call ibu aku’

Dan Iman cakap betul Sharifah sepupu kau kan dia sendiri bagi tahu aku yang dia tak dapat datang sekolah sebab ibu kau dah meninggal pagi tadi pukul 4 pagi tadi.

Allah dengan rasa tak percaya aku terus ke seorang guru dan meminta pinjamkan telefon untuk aku dan aku call ayah tapi tak dapat di hubungi 3 ke 4 kali juga.

Jadi cikgu suruh aku ke tapak perhimpunan dahulu nanti lepas selesai di perhimpunan baru datang semula untuk menelefon ayah.

Dalam perjalanan aku ke tapak perhimpunan warden asrama nampak aku dan panggil aku ke bilik kaunseling dan memberitahu ada berita buruk ingin disampaikan masa tu sumpah air mata aku berjurai tak lama kemudian Along sampai dan bergegas kami ke pantai timur.

Sampai di rumah penuh orang ibu dah siap dimandikan dan dikapan cuma tunggu ahli keluarga datang untuk memberi penghormatan terakhir.

Aku mencari ayah mana ayah? sampai aku jerit satu rumah tak kira ada tetamu atau tak dan time tu. Aku baru tahu ibu dan ayah mengalami kecelakaan di lebuhraya karak-kuantan dan ayah masih di ICU.

Selesai kebumian ibu aku berkurung di dalam bilik seharian sampai adik aku ketika tu from 1 masuk cakap kakak jom pergi hospital tengok ayah.

Dengan lemah aku pergi hospital tengok ayah keadaan ayah sangat-sangat membimbingkan doktor kata ayah tak ada harapan.

Tiga hari kemudian pihak hospital menelefon memberitahu tahu ayah juga pergi selamanya ikut kekasih hatinya ibu.

Selesai urusan pengebumian ayah dan kenduri tahlil untuk arwah aku tetap macam orang tak betul. Seminggu berlalu mak aku nak balik untuk berkerja Along pun sama so Along hantar aku ke asrama semula.

Sejak tu aku duduk sendiri aku ada dunia aku sendiri kurang berkawan dan aku selalu dengan Wani dan boyfriend aku.

Sekarang mereka yang aku ada dan aku sepanjang tempoh aku di asrama macam-macam aku buat sampai sakitkan diri aku toreh tangan aku dan peha aku. Bagi aku rasa sakit kehilangan tu lagi sakit dari torehan tangan dan peha aku.

Sampai lah aku habis SPM aku balik ke rumah mak macam biasa mak memang tak terima aku di rumahnya. 3 bulan duduk rumah mak aku ambik keputusan untuk berkerja di bandar besar Kuala Lumpur.

Mak tak kisah dia cakap dah besar pandai kau nak buat apa jangan ko malukan aku dengan perangai lama kau. Aku terkedu mak sikit pun tak percayakan aku benci sungguh mak terhadap aku.

Lepas result SPM keluar aku pun melangkah keluar dari rumah mak aku kerja di Selangor dan sambung belajar di UiTM Shah alam dalam bidang diploma sport sukan.

Dengan kerja part-time aku tanggung kehidupan aku mak tak pernah memberi aku duit belanja atau apa-apa pun. Alhamdulillah semua aku berdikari sendiri.

Satu hari angah call aku tanya aku di mana selepas bertahun-tahun tak bertegur siapa. Aku masih rasa luka di hati dan tak mampu nak maafkan Angah.

Aku jadi hipokrit kalau balik raya aku acah-acah ok jumpa angah borak-borak kosong sampai mak cakap tu abang yang pernah kau fitnah bakal jadi ustaz.

Aku pendam rasa sampai satu hari angah aku ni kantoi kena tangkap basah dengan perempuan di hotel. Masa tu mak tak percaya dan nafikan anak lelaki kesayangan dia tak buat perkara tu semua.

Karma tu ada cepat lambat je sampai dan macam-macam jadi pada angah kena buang kerja hidup terumbang-ambing seperti hidup aku dahulu.

Dan satu hari angah datang mencari aku di rumah sewa aku dan memohon maaf kepada aku dengan apa yang dia buat terhadap aku dahulu rasa tu dah mati.

Aku cuma berkata ‘kau gali kubur ayah kau dan kau minta maaf dengan ayah kau bila ayah kau cakap ayah maafkan angah baru aku maafkan kau’.

Aku hilang kasih sayang mak bertahun-tahun lamanya kerana nafsu serakah kau. Mak kandung aku sendiri benci tengok aku. Sikit pun ko tak kesiankan aku.

Pada usia aku 24 tahun mula kecoh kisah silam aku, Along datang jumpa aku minta aku balik ke kampung untuk bincang hal ni.

Aku balik ke kampung dengan along dan bincang apa yang jadi, angah memohon maaf dengan aku dan mak atas perbuatan dia terhadap aku satu ketika dahulu.

Mungkin ujian bertimpa-timpa yang angah alami membuat dia sedar apa silap dia. Aku tetap dengan keputusan aku tak akan maafkan angah.

Sejak tu mak dah mula sayang aku dan terima aku.. tapi hati ni tak macam dulu rasa jauh sebab ingat kecurangan mak aku terhadap arwah ayah dan aku balik ke kampung pun sebab menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang anak.

Dan aku ingat janji aku terhadap arwah ayah jaga mak walaupun apa jadi pun.

Sekarang aku dah berkerja di salah satu club golf nombor satu di Malaysia.. Alhamdulillah rezeki aku semua dipermudahkan.

Cuma aku kesian dengan boyfriend aku yang masih menunggu aku dari from 3.

Macam mana aku nak kata padanya yang aku tak mampu memberi dia kebahagiaan kerana aku trauma dengan kejadian tu dan masih terbayang benda-benda tu dan rasa jijik untuk tu semua.

Aku rasa putuskan hubungan ni untuk selesai kan masalah kami dan aku tak nak dia berharap pada aku lagi.

Apapun doakan aku dipermudahkan segala urusan ya..

– Timah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *