Kecewa, Tapi Makan Tetap Makan

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Pertama sekali terima kasih pada admin jika confession ini diluluskan. Aku tak pandai nak mengarang, tapi hopefully cerita ini sampai pada readers.

Ye aku tengah hilang semangat sekarang. Aku macam failed semua arah. Family dan career.

Aku bersyukur ada kerja ada keluarga tapi itulah kadang-kadang aku sedih. Ada banyak perselisihan faham di sekeliling aku dan aku tak tahu macam mana nak selesaikan.

Pertama sekali pergi ke family. Kakak aku ni lawa, cakap pun lemah lembut berbanding aku. Dan sekarang dia misunderstanding dengan satu ucapan aku.. Akibatnya dia pengaruhi semua adik beradik untuk pulaukan aku.

Aku tak call mak sebab aku taknak dia serba salah dalam isu ini dan dia pun tak call aku tanya apa-apa. Aku memang nampak mak sangat lebihkan kakak dan aku lebih rela undurkan diri. Jadi sekarang aku silent dengan semua adik beradik termasuk mak.

Aku terasa sangat dengan kakak sebab dia tak call aku bertanya lebih suka sebarkan benda tu pada adik beradik lain menyebabkan mereka call dan marah-marah aku.

Keluarga aku selalunya akan cari aku kalau berkenaan duit jarang call untuk tanya keadaaan aku. Sedihkan?

Berkenaan kerja. Lately aku sangat rasa demotivated. Aku dah keje almost 7 years. Aku tak pernah dapat anugerah apa-apa. Sedangkan junior-junior aku ramai dah dapat. Aku keje nak mati pun orang tak pandang.

Banyak tahun aku cuba positive itu rezeki kawan-kawan dan cuba ubah atau usaha dalam bentuk lain tapi masih tak dapat.

Aku bukan hadap sangat (eh hadaplah juga sebab nak rasa juga berguna dan dihargaikan).. hahaha.. aku sekarang terasa hati dengan bos aku yang mana tempat keje aku ni bos tukar-tukar.

Sebelum dia jadi bos dia ada perasaan tak suka aku secara personal. Dia jenis kalau salah orang akan diperbesarkan dan simpan dendam tapi salah sendiri tak nampak. Bagi aku biasalah salah sikit sebanyak masa keje especially kalau ko orang baru.

As long as orang tu nak belajar dan ada improvement dah la. Tak perlu nak perli-perli orang bodoh dekat khayalak macam dia seorang je yang bagus.

Dia pun ada banyak buat salah dan ada je kerja dia yang nampak bodoh.. jika aku ni orang busuk hati aku highlight kesalahan dia pada orang. Bukan sekali dua aku dengar dia duk kata orang tu tak pandai orang ni tak bagus..

Dan aku pun dia ada umpat dekat orang lain dan tersampai pada aku. Cuma yang bestnya tempat keje kami, kami yang bawahan ni jarang bergosip dan hadap buat keje je.

Kami macam berhati-hati nak mengumpat pasal dia tak tahulah dia tu pakai ilmu apa sampai kami takut (takut tu macam rasa dinding tu ada telinga). Sedangkan dia mengumpat pasal orang lain sangat rancak dan kami boleh diam habis di situ je.

Kadang-kadang aku kagum juga dengan skill yang dia ada, skill membodek orang atasan dan mengumpat orang bawahan dengan jayanya…. hehe..

Aku nak belajar tapi malangnya aku sangat lurus orangnya. Nak belajar dengan dia malang sekali lagi dia tak suka aku.. huhu.. hanya beberapa bawahan je yang dia suka. Itu pun jika bawahan tu dia boleh menghamba abdikan dalam urusan kerja dan personal.

Masa dunia belajar dulu, aku berjaya tanpa bodek pensyarah. Serius aku tak pernah bodek. Aku cuma buat yang terbaik. Bila masuk keje aku boleh kata ilmu membodek itu sangat perlu.

Adik-adik, korang kena belajar tau.. hukhuk.. Walaupun ko keje sampai keluar peluh jantan, ko akan tetap tidak dihargai.

Korang ajarlah macamana nak membodek kat aku ye. Dulu aku tak berani nak kata dia tak suka aku walaupun aku boleh tengok dari segi layanan dia yang berbeza pada aku dan kawan-kawan lain. Tapi sekarang aku confirm dia memang tak suka aku..

Korang ajarlah pada aku ye macam mana caranya bila kita buat keje.. kita nak promosikan diri pada bos. Maksud aku, buat keje sampai bos tahu walaupun keje yang ko buat tu tak denya serumit mana.. kacang je boleh buat.. walaupun aku dah bertukar bos tapi aku nak ilmu itu.

Kadang aku salahkan diri aku juga buat keje takde nak riuh-riuh.. tak de nak susahkan orang selagi aku boleh buat.. aku tak suka riuh sebenarnya.. buat keje smooth dan deliver elok-elok. Itu style aku..

Sebab dulu aku asal dari private company. Korang tau la private macam mana kan.. Ingat bos gomen pandang segi independent tu rupanya tidak.

Kena riuh-riuh la kot noooo.. aku takde skill tu.. tolong aku ek.. dan aku masih lagi rindukan bos chinese aku yang sangat baik..

Aku pernah buat silap dan cara dia tegur aku lain menyebabkan aku dengan senyuman selesaikan keje aku 2 minggu tidur 4 jam je sehari tanpa sakit hati ke apa .

Aku bangga dapat buat apa yg dia nak.. aku tak jumpa lagi bos lain yg boleh lawan dia dari segi leadership. Korang jangan pula suruh aku berenti keje, pegi keje dengan bos lama. Aku dah gomen ni.. susah oo nak dapat.. hiiii

Pasal family tu aku let go dulu la.. bagi sejuk-sejuk then aku explain balik dekat mak. Still aku rasa sedih.

Ni 2 hari aku kesedihan walaupun aku lalu makan.. husband aku tak larat dah bawa aku makan-makan.. balik rumah mesti menung dan air mata jatuh.. sedih noo hidup aku kan?

Ke korang ada idea macam mana nak selesaikan.. bagitau noooo.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *