Kecewa Yang Tak Hilang

Aku adalah anak kedua daripada 3 beradik. Family aku alhamdulillah jenis yang berharta, tetapi harta itu tak membawa kepada kebahagiaan. Family aku ni jenis yang bermasalah di mana aku ada seorang abang yang spoiled iaitu dia jenis tak bergaul.

Apabila dia pulang ke rumah, dia jenis duk terperap dalam bilik, tak bergaul dengan orang luar kalau orang datang, malah tak bergaul dengan keluarga. Hanya keluar bilik untuk turun makan atau keluar rumah. Aku sebagai seorang anak kedua amat merisaukan masa depan keluarga aku sekiranya abang aku ni berterusan dengan perangai macam ini.

5/6/2019 , yang lebih menyedihkan setiap ulang tahun menyambut hari raya Aidilfitri abang aku tak mahu ikut untuk beraya di kampung, dia hanya duduk di biliknya sahaja setiap masa. Last dia ikot raya 4 tahun lepas.

Untuk pengetahuan korang, abang aku ni okay je, tiada ape2 masalah kesihatan autism dll. Hanya manusia biasa yang berkemungkinan hatinya sudah gelap untuk bersosial (kemungkinan). Aku berasa amat sedih, kerana setiap kali beraya di kampung, orang kampung akan bertanya “abang ko mana” , itu soalan yang amat pedih untuk ku menjawab di tiap pagi raya.

Takkan aku nak kata , “dia ada dalam bilik kat rumah, sedang tidur”, memang memalukan keluarga. Aku hanya mampu jawab “dia ada rumah”. Orang yang memahami akan tukar topik selepas soalan itu, tapi mostly orang yang tak memahami akan bertanya lagi “asal dengan abang ko tu” which yang telah timbul perasaan marah aku rasa nak bakar kereta diorang (serious).

Aku tak kesah untuk menjawab soalan seperti itu, yang membuatkan aku sedih diorang kerap bertanya kepada ibu bapa ku. Aku rasa sangat pilu untuk ibu bapa ku kerana mempunyai anak seperti ini. Plus, aku admit yang aku ni jenis yang introvert, sukar untuk bergaul dengan orang . Tetapi kalau orang start dulu, aku boleh sahaja teroskan (cuma mungkin tak interesting, based on topic jugak).

Aku bukannya nak jadikan ini sebagai excuse untuk lari dari bersosial, aku sendiri sedang struggle untuk bergaul dengan orang even orang tu pon macam tak layan aku. One more thing, family aku ni tak ramai, timbul juga perasaan cemburu melihat ahli saudara lain yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, seronok je bemesra apatah lagi di hari raya yang mulia ini.

Hari raya yang sepatutnya berlima kini berempat disebabkan abang aku yang lari dari tanggungjawabnya sebagai seorang abang. Serious gua sebak beb, tiap kali raya je mesti timbul perasaan camni.

Aku dah penat nak backup abang aku ni, dah hilang habis energy aku, air muka aku untuk jawab soalan dari pakcik makcik pasal abang aku ni. Asal balik kampung soalan tu je yang ditanya, soalan pasal perkembangan aku tak mau ditanya pun. Sekian itu sahaja daripada aku, takde mood nak fikir this feeling lagi.

Ada tak sesiapa yang ada masalah yang macam ni? aku tumpang simpati kalau ada yang same problem situation cam aku. I know the feeling when u does give full effort but somehow people don’t appreciate it, the tired, the pain….

I just tired with this disappointment and everything else. I just hope one day, segala kesabaran yang pahit ini akan membawa beribu makna untuk masa hadapan.

Assalamualaikum.

– Biarlah rahsia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *