Kecil Hati

Aku cuma nak share kisah aku tentang ibu mertuaku.

Di sini aku nak ceritakan, aku telah pun meniti 8 tahun perkahwinan yang biasalah — kadang-kadang terjunam jauh di dasar, kadang-kadang karam di tengah-tengah lautan, dan kadang-kadang berlayar di air yang tenang.

Cuma kisah yang aku nak sharekan ialah kisah kehidupan ibu mertuaku yang telah kematian suami 7 tahun yang lepas.

Ibu mertuaku ini orang yang pendiam, sama macam aku. Cuma bila dah biasa, kami selalu meluahkan perasaan masing-masing, mungkin sebab dah selesa.

Aku sebelum ini tinggal bersama ibu mertua, cuma tahun lepas aku dan suami berpindah dari rumah ibu mertua sebab suami pernah berjanji akan menjaga ibu mertua selagi tiada adik-adik yang mengambil alih.

Tahun lepas, adik ipar lelakiku berkahwin, jadi kami fikir ibu mertua dah ada teman. Jadi, okaylah kalau kami berpindah.

Selama 7 tahun tinggal bersama ibu mertua, baik orangnya, sampai aku boleh berpantang dan bersalin di rumah mertua, aku selesa. Ibu mertua pun sayangkan anak-anakku.

Kisah bermula apabila aku berpindah. Suamiku memiliki 5 adik-beradik, yang mana 2 lelaki, 3 perempuan. Adik ipar lelaki yang mengambil alih tinggal dengan ibu mertua. Lagipun, mana boleh beramai-ramai di satu rumah, nak melayan kerenah banyak kepala.

Yang menjadi isunya, adik iparku tidak suka aku membawa ibu mertuaku berjalan-jalan, dan selalu telefon marah-marah, bertanyakan kenapa tidak mengajak isterinya dan dia.

Aku dan ibu mertua cuma akan keluar pada hari minggu membawa anak-anakku ke taman atau sarapan di luar. Adik ipar ada masa yang lama dengan ibu mertua, kenapalah perlu marah aku membawa ibunya keluar.

Sampaikan mengadu pada saudara perempuannya, lalu adik ipar perempuanku memarahi ibu mertuaku kerana sering keluar denganku.

Aku merasa amat sedih, kerana aku sebenarnya jauh dari keluarga. Bagiku, ibu mertuaku adalah sahabatku di negeri orang. Aku tiada teman rapat yang boleh diajak keluar. Lagipun, aku seorang yang pendiam, bukan mudah aku nak dapat kawan.

Suamiku pula bekerja yang memerlukan outstation, jadi dari dulu lagi apa-apa aku bersama ibu mertua akan keluar ke mana-mana bersama.

Aku juga memikirkan, apa kesalahanku dengan membawa ibu mereka hanya sarapan dan kadang-kadang ke mall? Aku juga tidak pernah meminta ibu mertuaku belanja atau apa-apa. Setiap keluar, aku yang akan belanja ibu mertuaku.

Persoalan yang amat aku pelik bin ajaib. Mereka juga terang-terangan memerliku sebagai menantu kesayangan ibu mertua. Suami pun naik pening.

Sekarang aku cuba untuk kurangkan keluar bersama-sama. Tapi rasa aneh, macam kekurangan. Ibu mertua pun kadang bertanya kenapa dah tak keluar macam dulu.

Aku cuma diamkan diri. Aku cuma cakap malas nak keluar. Tapi hakikatnya, aku berkecil hati.

Biarlah dulu. Aku serik dengan perkataan mereka yang memerli aku depan-depan. Kadang ingin aku balas, tapi aku tak ada keberanian itu.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Suami tu kan anak sulung, ambik la peranan. Benda ni mudah je klu diuruskan dgn baik. Awak sbg isteri & menantu ckp terus terang je dgn suami & mertua, boleh beri idea jgk mcmna nk selesaikn mslh mereka adik beradik TANPA AMBIL BAHAGIAN (ni nak jaga keselamatan diri sbb ada sstgh org masih anggap ipar duai sbg org luar atau tak suka urusan mereka dicampuri oleh org lain yg bukan ahli keluarga sendiri). Minta suami tu bincang dgn mak & capai persetujuan bersama klu mak nk ikut awak keluar bila diajak, sebelum smpaikn pd adik brdik lain dgn alasan ‘me time’ mak bersama menantu. Mak tu kan dh tua, biarlah dia nk bersenang² bonding dgn menantu & cucu lain, dh klu anak lain pun takde bwk jln². Suami pun kena tegaskan pd adik²nya, niat awak nk bwk mertua tu keluar bukan kewajipan plak nk kena ajak ipar duai turut serta. Awak pun ada anak² nk dijaga. Patutnya adik² tu ambil kesempatan la buat xtvt sendiri atau ‘me time’ sendiri plak tanpa mak, anggap rehat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *