Kecil Hati Dengan Family

Hai semua. Saya Anis. Awal 30-an. Dah kahwin, ada anak, housewife (ada la buat job tepi affiliate semua tu). Alhamdulillah masih ada parents & adik beradik. 

Based on tajuk aku tu kecil hati dengan family. Aku cuma nak tanya berdosa tak ya kalau kecil hati hati dengan family terutamanya mum sendiri?

Aku tak tahu kenapa makin menua ni aku makin sensitif. Mungkin dari kecil aku nampak layanan macam mana. Tapi aku takdelah serang menyerang tulis itu ini dekat media sosial. Apa yang aku rasa semua aku simpan sendiri je. Still layan family macam biasa. 

Sebab hal nya kecil saja. Hal remeh. Korang baca pun mesti korang rasa hal remeh. Aku ni je yang makin tu makin problem pulak hormon sikit2 sensitif. 

Pendekkan cerita, isu dia dari segi support saja. Korang pernah dengar tak ayat “bila kita buat apa2 ni lagi2 BISNES, yang akan support korang ni mostly orang luar berbanding family kau sendiri”?

Aku tahu ramai je yang buat bisnes dapat sokongan dari family. Tapi ada juga yang tak dapat, mostly yang bagi sokongan orang yang takde kena mengena pun dengan kita, kadang2 kita tak kenal pun orang tu. And aku termasuklah dalam kategori yang kedua ni. 

Dari kecil, aku nak buat itu tak boleh nak buat ini tak boleh. Tapi bila adik beradik aku yang lain…. Aku namakan dia B la eh. Kalau B nak buat apa2 semua boleh. And aku selalu perasan mak aku selalu lebihkan B. 

B buat apa pun semua mak aku support. Mak aku tolong. Tak larat penat pun sanggup je tolong. Aku dulu masa zaman study, cuti sem. biasalah cuti sem kan lama. 

Aku nak kerja macam lepas spm dulu mak aku tak bagi. Suruh duduk rumah je. Aku pun bosan2 jadi aku open order la dessert. Alhamdulillah ramai lah yang beli walaupun kena self pickup. Modal semua aku keluarkan sendiri. 

Cuma yalah bila order da siap mestilah kita akan ambil gambar lepastu post kat media sosial apa semua kan. Aku pun buat macam tu lah. Aku post, aku tag la sekali fb mak dengan ayah aku. 

Ayah aku tak ramai kawan sangat and jenis suka buat hal sendiri je. Jenis tak suka mengeteh mengopi dengan member. Habis kerja, balik rumah. Rutin ayah aku macam tu lah. Beza mak aku jenis suka berkawan. 

Jadi bila aku tag fb mak aku, ramai jugak lah kawan2 mak aku nak order jugak dessert air tangan aku ni. Aku collect order, buat siapkan cantik2. Ambil gambar, post. Alhamdulillah cukup la untuk aku nak tampung beli barang2 keperluan buka sem nanti. 

Mula2 mak aku ok lah. Takde cakap apa2 pun. Dia pun takdelah promote pun. Cuma bila orang tanya “anak akak ke buat ni” baru dia cakap “aah anak kak yang anis buat. Dia memang minat benda2 manis macam ni”. Macam tu lah, orang tanya, dia jawab. 

Tapi lama2 ada satu hari tu mak aku tiba2 cakap, “dah lah tak payahlah tag fb lagi. Malulah”. Masa aku macam down. Malu? Kenapa malu? Malu sebab aku buat tak sedap ke? Malu gambar hasil aku tangkap tu tak cantik ke?

Masa ni aku rasa kecewa sangat walaupun ayat nya simple macam tu je. Benda ni pun bukan nya baru lagi jadi. Ni dah 7-8 tahun lepas macam tu lah tapi aku still Ingat sampai hari ni. 

Aku rasa macam kecil hati sangat and aku pun siapkan last order and terus tutup order. Aku tak open order dah lepastu.

Ramai jugak lah kawan2 mak aku tanya bila nak jual dessert lagi tapi aku cakap tak jual dah sebab nak prepare buka sem. Lagi beberapa minggu je nak start sem baru masa tu. 

Aku diam je tak cakaplah aku kecik hati ke apa tapi dalam hati tu nangis semahunya bila mak aku tak support rupanya. 

Tahun demi tahun berlalu, aku kahwin, ikut suami, ada anak. Alhamdulillah rezeki anak awal. Aku ada plan nak kerja cuma masa tu aku cakap dekat suami tunggu anak 3 bulan baru aku fokus cari kerja. 

Suami aku pulak jenis tak kisah. Aku nak jadi housewife boleh, aku nak kerja pun boleh. Dia tak halang mana yang aku pilih. Tengah aku fokus cari kerja, tiba2 negara kena pkp. Tahun 2020 la kan masa ni. 

Aku down. Jangankan nak cari kerja, orang yang dah ada kerja pun ramai yg diberhentikan masa tu. Aku fikir punya fikir so aku terus sign up join dropship. 

Dropship ni antara yang femes jugak la masa zaman pkp1 dulu. Pkp 1 umum bulan 3, 2020. Bulan 3, 2020 tu jugak lah aku join dropship ni. Cuma dropship yang ni biasalah kau kena cari orang untuk join bawah kau untuk grow kan sales kau tu. 

Jadi aku pun maklumkanlah pada family aku aku join dropship sekian sekian. Kalau nak join boleh bagitau aku jadi bolehlah join under aku. Gitu. 

Dropship makanan biasalah. Sedap pada orang lain belum tentu sedap pada kita. Selera masing2. Mak aku macam biasalah, tak support tak promote. Aku ok je tak kisah. 

Lama2 alhamdulillah ramai yang order dengan aku. Kadang2 aku order jugak and minta rider hantarkan ke rumah parents aku.

Mak aku mesti “mahal ada orang nak beli ke” “ada ke orang nak makan ni hari2” “tak sedap sangat lah. lagi yang sedap yang bla bla bla”. Ada jelah yang tak kena. 

Aku ok kan je. Yelah mungkin tak kena dengan selera mak aku. Ayah aku macam biasa jenis tak kisah. Bulan berganti bulan, pkp pun masih bersambung. 

Selang beberapa bulan, adik beradik aku yang si B ni join dropship jugak. Dropship yang sama macam apa yang aku join ya. Dia tak join under aku. Dia join under orang lain. Takpe aku ok je. 

Lepastu tak lama tu mak aku ws dalam ws group family, bagitau lah yang B join dropship ni. Siapa nak join boleh join dengan B. Siap ajaklah adik beradik aku yang lain. Aku ada lagi adik beradik yang lain. cuma yg B ni macam ketara sikit lah di mata aku. 

Lepas tu mak aku kan ramai kawan. Mak aku promote dekat kawan2 dia produk apa yang ada ni. Dia siap recommend lagi mana sedap tak sedap. Mak aku promote2 dekat kawan dia, cakap anak dia yang B jual. 

Mak aku takde cakap pun anak dia yang Anis ni pun jual benda sama. Mak aku tolong B je. Lepas tu mak aku collect order la dengan kawan2 dia ni.

Lepas tu tulis dekat ws grup family, B, makcik ni nak order ni 1. Makcik ni nak order sekian2. And the list goes on. Aku silent reader je masatu. 

Aku tak marah. Cuma sedih la. Masa aku inform aku join dropship ni, takde sambutan pun dari family sendiri. Tapi bila B join yang sama, meriah mak aku bagi sokongan. Aku tak kisah atau dengki sebab masa ni aku pun dah ada cust tetap yang selalu order dengan aku. 

Kira aku ni termasuklah antara yang dapat sokongan dari strangers berbanding family sendiri. Yang dulu nya mak aku kata tak sedap lah mahal la apa lah. bila B join semua berubah. Semua sedap. Semua memang patut di repeat order. Semua harga jadi berbaloi. 

Aku diam je. Hampir setahun aku join dropship ni and then aku stop sebab group yang aku join tu dah makin merepek. Demi nak grow kan group sales disuggest nya kita bawahan ni jual kat customer harga dropship.

Lepas tu dropship ni dapat untung apa? Group sales banyak, komisyen dapat kat leader. Bukan share2 pun. Jadi aku decide stop terus. 

Aku buat benda lain. Shopee lazada TikTok affiliate. Bolehlah buat beli barang anak dengan topup barang sendiri. Boleh jugak lah bagi sikit kat mak ayah aku. Tapi job tepi ni aku tak bagitau lah family aku. Aku buat sendiri senyap2 je. 

Aku ok. Biarkan perasaaan sedih kecil hati tu hilang sendiri. Sampailah beberapa minggu lepas ni. Kejadian hampir sama berulang lagi. 

Si B ni join satu bisnes ni. Lepastu biasalah baru join kan, ada lah sesi coaching apa semua tu. Mak aku ikut je teman B jumpa orang tu orang ni untuk sesi meet up / coaching tu. Kat zoom pun ada je tapi Kat zoom mak aku tak join lah. 

Lepastu bila B join, mak aku macam biasalah tulis kat grup family yang B dah join ni. Sape nak register bolehlah register under B. Kalau nak beli barang bolehlah order dengan B.

Macam2 lah kebaikan produk tu mak aku promote. Untuk si B. Kadang2 aku rasa untung kan jadi B. Selalu dapat support. 

Masa aku dengan B join dropship yang sama. B dapat support dari mak. Aku usaha sendiri cari customer sendiri, promote sendiri. Aku tak rasa ralat sangat lah lepas kejadian masa aku jual dessert tu memang aku tak harap support sape2 dah. 

Aku bukan nak cerita buruk mak aku. Macam mana pun dia tetap mak aku kan. Yang dah takde mak mesti suruh aku bersyukur selagi mana ada mak. 

Alhamdulillah aku masih bersyukur. Bersyukur masih dapat tengok mak. Bersyukur masih ada mak. 

Sebab tu aku selalu rasa macam dosa tak ya bila aku rasa kecik hati macam ni dengan mak sendiri. 

Kadang2 aku rasa macam aku ni kenapa lah ya dah tua makin sensitif hal kecil pun nak sensitif. Hormon aku yang problem mungkin ya. 

Bila aku kecil hati macam ni aku takdelah luah2 public takdelah serang2 adik beradik aku cakap B selalu dilebihkan. Aku diam je. Paling tak pun aku cuma silent beberapa hari, gap kan sikit dari family untuk 1-2 hari. Lepastu aku ok lah balik. Macam tu je. 

Korang doakan aku supaya tak selalu rasa kecik hati macam ni. Sekarang aku tengah fokus TikTok affiliate. Korang doakan lah rezeki aku kat TikTok affiliate ni melimpah ruah ya

Oh aku buat affiliate ni family aku tak tahu. Takde sape tahu pun sebab aku create acc lain. Korang doakan aku ya.

Tu jelah luahan sensitif aku. Childish sikit kan cuma aku pun manusia juga bila berkali hadap yang sama… Kecewa la jugak. Tapi takpe aku ok je. Thanks korang. 

– Anis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *