Assalamualaikum semua.. Pada mula nya saya tak tau nak start dari mana. Bismillah. Mudah mudahan selepas confession nie sedikit sebanyak dapat membantu saya membuat keputusan.
Suami saya biarlah saya gelarkan A. Kami sudah berkahwin genap 5 tahun. Dan saya disahkan hamil dan sedang menunggu hari sekarang nie setelah 5 tahun menanti cahaya mata kami.
Saya mulakan cerita ini dengan cerita di awal perkenalan kami. Kami berjumpa di tempat kerja dimana saya merupakan vendor kepada company si A.
Si A berusaha dapatkan details saya dan dari situ bermula lah perkenalan kami. Si A saya boleh kata seorang yang soft spoken, rajin, sabar dan baik. Cuma dia mungkin kurang sedikit dari segi agama.
Setelah setahun berkenalan, kami diuji dengan berjauhan. Si A dihantar ke negeri lain.
Sepanjang kami berkenalan, si A tidak pernah memperkenalkan saya di media sosialnya.
Satu hari saya tanya mengapa, dia hanya memberitahu bahawa dia suka kehidupan yang private.
Satu hari saya mempersoalkan lagi perkara tersebut dan si A mengalah dan meletakkan gambar saya di media sosialnya.
Selepas dari itu, seorang perempuan yang saya gelarkan B mencari saya dan mengatakan dia pernah mempunyai hubungan dengan si A sehinggan pernah terlanjur di hotel. Sekarang si A tidak lagi menghubunginya.
Sungguh hancur hati saya dan saya buat keputusan untuk putus.
Setelah beberpa hari silent treatment, si A datang berjumpa saya sambil menangis. Dia mengatakan dia menyesal akan perbuatannya dan tak nak kehilangan saya.
Setelah berbincang, saya memberinya peluang. Dan kami teruskan hubungan kami hingga bertunang dan berkahwin.
Sebenarnya sepanjang perkenalan kami pun, saya pernah tangkap perempuan lain juga yang si A pernah hubungi di belakang saya tetapi tidaklah seteruk hubungan dengan si B.
Setelah bernikah, perkahwinan kami sangat bahagia walaupon tidak semewah mana cuma belum dikurniakan anak. Si A tepati janji nya untuk setia dengan saya.
Sehingga lah diawal tahun 2022 dan pada ketika itu sudah hanpir 5 tahun usia perkahwinan kami,si A bertukar kerja baru.
Pada mulanya semuanya okay dan berjalan lancar walaupon kerja si A sangat sibuk dan si A juga ada mengatakan yang bos sudah mula percayakan nya. Jadi dia amat sibuk dengan projek2 nya.
Saya amat berbangga dan sangat menyokong si A.
Kemudian saya disahkan hamil. Betapa gembiranya kami pada ketika itu.
Selepas itu, si A mula pulang lambat dan saya paham keadaaan nya yang sibuk. Si A berkerja hingga sabtu half day. Si A selalu akan balik lambat hingga lajak ke petang pada hari sabtu. Si A mengatakan dia sibuk dan saya paham.
Dan ketika usia kandungan saya 36 minggu sudah sarat dan kerap tidak boleh tidur, Allah jentikkan hati saya untuk check henfon si A.
Alangkah hancurnya hati saya apabila saya dikejutkan dengan mesej-mesej dari seorang perempuan di opisnya.
Mereka saling berkongsi perasaan yang sama dan saya ada juga membaca mesej dari si A yang mengatakan beliau juga sayang kepada perempuan tu.
Hancur hati saya hanya tuhan je yang tahu. Rupanya selama ini, si A ada keluar makan dengan perempuan tersebut setelah habis bekerja.
Setelah membaca semua perbualan mereka, saya keluar dari rumah kami dalam keadaan yang sangat kecewa.
Si A perasan yang saya sedang membaca mesej tersebut dan cuba menenangkan saya, tapi saya tepis kerana terlalu kecewa.
Sampai hati si A buat saya begini dalam keadaan saya sarat mengandung. Saya keluar dari rumah tersebut dan si A tidak henti2 menanyakan keberadaan saya dan meminta maaf.
Saya tidak terdaya untuk menjawab panggilannya dan hanya saya membalas whatsapp nya dengan memberitahu untuk lepaskan saya selepas saya selesai bersalin. Si A tidak mahu dan masih memohon maaf dengan apa yang jadi.
Si A berulang kali memberitahu bahawa dia ingin memberitahu hal ini sudah lama tetapi tidak sampai hati mengenangkan keadaan saya dan tidak mahu saya tertekan.
Saya buat keputusan untuk tinggal di rumah ibu bapa saya buat sementara waktu tenangkan fikiran.
Si A datang berjumpa parents saya sambil menangis mengatakan apa yang jadi dan memberitahu sudah insaf.
Si A mengatakan dia amat menyayangi saya dan tak nak kehilangan saya. Dia bersetuju untuk tidak menghubungi perempuan itu lagi.
Setelah beberapa minggu, parents saya menasihati saya untuk balik ke pangkuan si A dan memberinya peluang.
Adakan saya perlu memberi peluang atau meneruskan untuk bercerai selepas pantang nanti. Sejujurnya saya buntu. Maaf cerita saya yang agak tunggang terbalik.
Isteri yang buntu,
– Iris (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit