Kedekut, Berkira, Atau Berjimat?

Assalamualaikum, saya nak bercerita sedikit berkenaan adik beradik saya sendiri. Tahun ni, adalah tahun pertama dimana kami dapat kumpul sekeluarga dan semua adik beradik saya ada. Saya anak no 3, daripada 4 orang. Saya ada seorang kakak, abang dan adik lelaki.

Sebelum ni, saya tidak dijaga oleh mak kandung saya. Mak ayah saya bercerai, dan masing-masing berkahwin lain. Saya dibesarkan oleh mak cik dan nenek saya. Jadinya, saya kurang tahu atau ambil tahu hal adik beradik saya mahupun mak saya sendiri.

Tapi, sejak nenek saya dah meninggal dan saya nak kahwin, isteri saya minta untuk saya rapatkan diri dengan keluarga kandung saya.

Saya dan isteri dah 5 tahun berkahwin, dan dikurniakan seorang anak perempuan 3 tahun dan bakal menimang seorang anak lelaki pada beberapa bulan lagi. InsyaAllah, doakan isteri saya dipermudahkan urusan bersalinnya nanti. Aamiin.

Berbalik pada cerita saya, tahun ni saya minta cuti awal. Disebabkan saya malas nak hadap jem, jadinya kami balik ke kampung (rumah mak saya) 4 hari sebelum raya. Saya bekerja di JB sebagai penjawat awam dan kampung terletak dia Raub, pahang.

Kakak dan abang ipar saya, anggota tentera di kuantan. Ada 3 orang anak. Abang saya, bekerja sebagai sale marketing di selangor dan PJJ dengan anak isterinya. Kakak ipar dan anak buah saya di raub.

Mereka ada 2 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki 1 tahun. Adik dan adik ipar saya pula, bekerja di butik pakaian di KL.

Masing-masing adik beradik saya pakai kereta import, kakak xpander, abang honda HRV dan adik saya honda jazz. Hanya saya sahaja yang guna kereta proton saga.

Tapi, saya bangga, saga saya ni dah banyak berjasa. Dia ada dari saya tunang dengan isteri saya sehingga nak masuk anak dua orang. Alhamdullilah, saya gembira guna saga saya.

Macam adik beradik saya yang lain, 3/4 tahun mereka akan tukar kereta lain. Katanya, dah tak kena dengan jiwa/dah bosan bawa. Sebab, sebelum pkp kakak guna honda civic, abang honda city.

Adalah, abang saya minta saya sambung bayar kereta honda city dia sebelum dia angkat HRV tu, tapi isteri saya kata tak perlu nak tambah hutang. Baik hutang beli rumah ja. Pakai selagi boleh.

Kalau ikutkan memang mampu, cuma bagi kami suami isteri ada benda yang lebih utama nak dibandingkan dengan kereta.

Ada jugalaaah abang kakak adik saya macam perli saya, kata penjawat awam takkan nak pakai kereta saga lagi, sampai bila? Upgrade lah sikit katanya. Tapi, saya cakap takpela, janji boleh bawa anak bini jalan-jalan tempat best2, makan sedap2. Itu matlamat saya.

Setiap kali balik kampung mak, memang saya akan beli buah, roti, susu kotak untuk makanan anak saya. Anak saya jenis suka makan buah, jadi saya beli macam-macam buah untuk anak saya makan.

Tapi, bila dah abang kakak saya balik ni, buah-buahan tu habis cepat. Bila anak saya nak makan dah takada. Anak saya mengadu, tapi saya kata takpelah, kongsi dengan abang kakak dapat pahala. Jadi saya pun cakap esok kita beli lagi.

Hari abang kakak saya sampai, masing-masing bawa makanan. Jadi saya ingatkan nak makan sama-sama waktu berbuka. Bila waktu berbuka, masing-masing makan makanan sendiri. Mak saya terkebil-kebil tengok, dia yang tanya. Beli apa tu? Makan apa tu?

Mak saya masak nasi, ulam-ulam. Saya ada beli ayam golek seekor, ikan talapiah bakar, ada kuih-muih 3/4 jenis, buah tembikai dan isteri saya ada buat sambal belacan dan air sirap bandung laici soda 3 jug besar.

Saya perasan masing-masing ada ambil makanan yang mak dan isteri saya hidangkan dan buat. Tapi makanan sendiri sorok makan sendiri.

Petang raya tu pulak, sibuk buat persiapan nak raya. Masak rendang, lemang, buat ketupat palas dan sebagainya. Tiba-tiba anak saya cakap, pakngah (abang saya) ajak jalan-jalan.

Jadi saya tanya ke abang saya, dia kata nak ke kedai beli jajan budak-budak ni.So, saya pun hulurlah RM10 dekat anak saya. Anak saya hulur duit tu pada anak sulung abang saya yang darjah 3.

Tak lama tu, dia orang balik. Anak saya lari peluk isteri saya. Nak nangis, tapi tak nangis, tapi mata bekaca-kaca. Saya pun tanyalah kenapa? Jatuh ke? Sakit?

Anak sulung abang saya terangkan. Anak saya nak aiskrim, tapi duit saya bagi tu tak cukup katanya. Saya nampak anak abang saya dua-dua tengah pegang aiskrim. Saya pun pelik? Tak cukup?

Dia pun terangkan, duit saya bagi tu anak saya dah ambil air vitagen 1 pack yang 5pcs tu, biskut oreo. So, saya kata, jadinya ada baki lagi kan? Dia pun tunjuk aiskrim dua yang dia orang tengah makan.

Saya pun agak marah lah, sebab duit tu saya bagi untuk beli makanan anak saya. Kenapa termasuk sekali aiskrim dia orang? Kenapa tak guna duit bapak korang?

Saya pun cakap, kalau tak cukup tak boleh ke ayah awak tolong tambahkan setakat seringgit dua untuk satu lagi aiskrim tu? Jadi dengan keadaan marah, saya pun ambil vitagen dan oreo tu.

Dan dukung anak saya sambil panggil isteri saya terus start kereta. Sampai kedai, saya suruh anak saya pilih nak aiskrim yang mana? Dan saya pun terus tak balik rumah, berbuka di luar je.

Sebelum tu, pernah je saya bawa anak-anak abang saya berjalan ke eco shop. Masa tu, bila abang saya tanya nak kemana? Saya kata nak jalan-jalan eco shop kejap. Dia hulur RM5 ke anak sulung dia. Anak dia bagi duit RM5 tu kat isteri saya, tapi isteri saya kata, takpa. Simpan je buat belanja sekolah.

Kat eco tu, saya cakap setiap seorang termasuk anak saya boleh amek 2 makanan, 2 mainan. Isteri saya siap belikan beg untuk simpan barang masing-masing, supaya tak gaduh dan bercampur.

Bila balik rumah, anak abang saya tunjuk dekat abang saya barang-barang yang dia beli. Siap tunjuk duit RM5 tu sekali. Langsung saya tak berkira.

Saya belanja anak dia dua orang, tapi dek kerana aiskrim yang seringgit dua tu dia tak boleh nak tambahkan untuk anak saya sorang, itu pun anak buah dia sendiri. Sakit sangat hati saya.

Jadinya, dia bawa ke kedai beli jajan tu tak keluar duit lah? Guna duit saya bagi je? Ya Allah, masa tu dah lah puasa, tapi saya rasa panas nak marah je. Tak tahu kenapa. Nasih ada isteri saya tenangkan saya.

Malam dalam jam 10 baru saya balik. Saya tengok kereta abang saya dah takada. Dia dah balik rumah mak mertua dia. Dia memang jarang balik tidur rumah mak saya, sebab rumah mak saya ada 3 bilik ja, dan agak sempit.

Pagi raya, selepas solat raya akak saya ajak beraya rumah sedara mara. Jadinya, saya pun kemas-kemas kereta, bagi panas enjin dulu. Masuk rumah pergi tandas nak terkencing.

Tiba-tiba, tengok dalam kereta ada adik ipar saya dengan anak saya. Saya pun tanya isteri saya, isteri saya hanya cakap tak tahu.

Tiba, adik saya cakap harini dia naik saya. Sebab malas nak bawa kereta penat, lepastu dia cakap nanti kereta kotor. Saya pun cakap lah, kalau taknak kereta kotor tak payah pakai kereta. Itu pun berkira sangat.

Raya kedua, kakak saya ajak beraya ke jerantut. Perjalan agak jauh, jadinya kami berhenti di kedai makan dulu untuk sarapan. Saya dan isteri ke tandas dulu, tukar pampers anak.

Bila sampai di meja makan, saya nampak kakak abang saya tengah makan, mak saya dimeja makan sorang-sorang. Saya nampak adik dan adik ipar saya tengah order.

Jadinya, saya tanya adik saya. Order untuk mak sekali ke? Dia boleh cakap, tak tahu abang kakak, mak pun takada cakap apa. Saya nampak, isteri saya terus pergi ke mak saya tanya nak makan apa? Dan ajak ke kedai untuk pilih makanan.

Isteri saya memang jenis kalau kemana-mana bila dia bawa mak abah dia, dia akan dulukan order makanan mak abah dia. Lagi-lagi tempat orang tua tak biasa.

Lepas makanan mak saya dapat, abang saya boleh pura-pura bangun tanya saya, dah order makanan mak? Abang baru nak orderkan. Saya pun senyum sinis ja kat abang saya. Bukan apa? Dia orang tengah melahap, mak kau kat belakang dia duduk sorang2, tak ada seorang pun kesah.

Habis makan, biasalah anak saya nampak kedai jual mainan, janjan ajak masuk. Jadinya, anak saya tengah pilih-pilih. Saya pun tak perasan yang anak abang saya tengah pilih juga. Bila saya nak bayar apa yang anak saya pilih, anak abang saya pun letak kat kaunter sekali.

Saya pun, eh ni pergi minta duit kat ayah awak. Dia pun lari ke ayah dia, minta duit. Tapi, ayah dia boleh cakap kan ada pak uda. Isteri saya dengar, sebab isteri saya ada kat meja belakang abang saya.

Rupanya, abang saya ada WhatsApp minta saya bayarkan dulu untuk apa yang anak dia beli. Tapi, handphone saya dalam handbag isteri saya.

Dek kerana aiskrim tu, saya tak dan nak bayarkan untuk anak dia. Nampak macam berdendam kan, tapi tak tahulah, dengan apa yang berlaku tu saya jadi sakit hati.

Selepas daripada beraya ke jerantut tu, saya pun balik ke kampung isteri saya di muar, johor. Jadinya saya bagilah duit raya untuk anak buah saya. Anak no dua abang saya tu, sebaya dengan anak saya. Beza 6 bulan, jadinya dia lebih petah bercakap sikit.

Dia buka sampul duit raya saya bagi, dia cakap RM10 je. Saya paling pantang budak buat macam tu. Abang kakak ipar saya pun macam takada tegur anak dia.

Sebab, saya tak ajar anak saya macam tu. Dapat duit raya simpan masuk dalam handbag isteri saya. Itu saya ajar. Jadi, masa abang saya bagi duit raya, saya ingat warna tulisan apa sebab nak tengok berapa abang saya bagi. Hahahaha, nampak jahat kan.

Bila saya buka, RM4 ja. Tapi, takpela. Janji dia pakai kereta import, orang nampak dia kaya dibandingkan saya.

Jadinya habislah kisahnya. Cuma, saya adalah terdetik di hati. Masing-masing pakai kereta import, mahal, orang tengok pun kagumlah. Tapi, dalam poket kosong. Nipis, kedekut. Dengan mak sendiri, anak buah sendiri berkira.

– Sobri yusuf (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Mujo isteri hang jenis yang baik sangat. Tenang den baca. Part tu je best. Boleh amek iktibar jaga org tua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *