Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca IIUM Confession. Terima kasih admin sebab siarkan confession saya ni.
Kepada pembaca korang boleh nilai sendiri cerita saya ni dan boleh juga beri komen-komen yang murni. Mana tau saya boleh buat panduan dan tidak bertindak melulu.
Ok cerita dia macam ni, saya dan officemate bertiga tinggal serumah. Rumah yang kami tinggal tu rumah yang company sediakan. Rumah tersebut memang strategik la bos kami pilih sebab berhadapan dengan mall. Jadi urusan untuk membeli barang-barang keperluan dah mudah.
Setelah berbincang dan bersetuju ketiga-tiga kami ni sepakat untuk share barang dapur. Pada mulanya memang la seronok masak sama-sama, makan pun sama. Jujur memang seronok.
Dalam pada seronok tu ada juga la perkara-perkara yang kurang enak berlaku. Pertama, saya seorang sahaja yang ada kenderaan. Bila situasi macam ni berlaku memang saya muka wajib pergi mall beli barang.
Tak kan asik saya seorang je kan so saya akan tarik sorang rakan saya yang saya panggil sebagai tipah untuk pergi sekali.
Ya la saya bukan hamba abdi ok. Seorang lagi rakan saya si minah tu memang tak berapa suka nak keluar rumah jadi bila beli-beli barang dapur ni memang jarang la dia ikut kecuali nak beli barang sendiri.
Ok tak apa sabar lagi. Perkara kedua berlaku apabila saya beli barang, saya akan guna duit saya dulu kemudian baru claim balik dengan housemate. Pada mulanya si minah ni bayar tp lama kelamaan dia mula tak bayar.
Dah remind beberapa kali masih tak bayar sampai la kali kedua dan seterusnya barang dapur tu dibeli tetap dia tidak bayar. Kalau kata dia tak nak share tapi bila masak dia duduk sekali semeja dengan kami makan.
Saya dah jadi panas hati. Kemudian saya ni dah tak boleh nak tahan lagi saya panggil dua-dua housemate saya berbincang pasal perkara lepas tu baru la si minah ni bayar.
Suatu hari, tipah bawak periuk nasi bagitau saya yang dia tak nak share barang dapur sebab nak berjimat. Saya pun ok je sebab hak masing-masing kan. Lepas tipah dah buat keputusan macam tu saya pun ikut jugak jejak langkah tipah.
sebab apa?? Sebab saya yang akan jadi kuli minah beli barang dapur semua. Dia duduk dalam bilik tengok fon dari balik kerja sampai la malam. Banyak cantik.
Ok part ni pulak kisah bila dah tak share. Aku dgn tipah memang every week akan pergi pasar atau mall untuk cari barang basah dan kering untuk masak hari-hari.
Sebab lagi jimat dan lagi satu boleh improve skill memasak. Si minah ni sebulan sekali je weh pergi mall. Tu pun beli ayam segera satu paket. Aku tertanya dia ni kedekut ke pemalas nak masak ?
Ok tu hal dia la nak beli macam mana cuma part aku paling geram, aku n tipah penat-penat masak dia sekadar goreng ikan bilis, nasi putih pahtu sedap je cedok lauk ktrg.. weh ???
Bukan sekali tau tapi beberapa kali buat macam ni. Depan aku penah belakang aku pon penah. ikan aku masak daripada ada empat ekor tinggal 3.
Ape ke susah ke mintak izin ? Ada pula makanan dalam tin tu beli then panas smpai 2 3 kali.. So korang cuba nilai dia ni pemalas atau kedekut ? Okay itu pasal makanan ini pulak pasal kereta. Yes im the only one got car here.
Jadi si minah ni asek la soh aku bawak kesana kesini settle kan kes ptptn dia, loan la ape la.. waktu kerja kot.. dia ni jenis kalau nak sesuatu tu macam mendesak tau. Duit minyak ?
Tak pernah langsung bagi. Dulu aku kesian tu yang tolong tp disebabkan terlalu baik sampai aku ni dibuat macam driver. Satu hari aku memang dah bengang dengan minah ni.
Dia mintak tolong dengan aku direct aku tolak. Guna la public transport, susah-susah sikit apa salahnya jangan nk pergunakan orang je. Kita ni kalau asik nak mintak tolong orang je lama-lama orang menyampah tau.
Pernah jugak mintak aku jemput dekat rumah which is 3hours dari rumah sewa. Pernah desak aku minta bawak ke bank and masa tu aku buat halfday sebab tak sihat. Ya Allah.. sakit nya hati..
kalau aku ni sihat baik aku kerja tapi boleh request bawak dia ke bank dalam keadaan aku tak berapa sihat and buat halfday.. Kes yang lain pula, pernah dia dah nak sampai stesen bas BARU nak whatsapp aku mintak tolong jemput.
Aku baru balik kerja nak landing kejap atas katil dan disebabkan word dia dah nak sampai aku ni paksa la diri jemput dia.Ape tak boleh ke bagitahu sejam awal ke kan. Serious macam queen. Buat aku macam driver dia.
Jadi kepada pembaca diluar sana please dah berhutang bayar, amik barang orang minta izIn, jangan kedekut dengan diri sendiri nak-nak bab makanan, bersusah sikit dalam hidup ni jangan asek nak mengharap bantuan orang and last but not least jangan treat kawan anda macam hamba abdi untuk kepentingan diri sendiri. Sekian
-Mariay-
– Cik ton
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit