Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Siti umur belum 30 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Aku bekerja sebagai penjawat awam dan suami aku pulak bekerja di sektor swasta.
Aku taktahu kenapa orang kata aku kedekut, aku tak rasa pun aku kedekut, aku cuma rasa benda yang mereka suruh aku buat atau beli tu bukan lah satu keperluan, hanya kemahuan. Atau memang aku kedekut?
Benda pertama ialah kereta, aku beli kereta baru dan tak ada modify apa2 langsung, cuma tinted dan tambah interior aksesori sedikit sahaja. Adik beradik aku suruh aku tambah spoiler, tukar body kit dan lain-lain.
Aku tak rasa pun benda tu adalah satu keperluan sebab kalau tak ada pun, kereta masih boleh berjalan kan?
Aku cuma rasa standard itu indah. Aku fikir dari aku beli tu, aku boleh beli pampers anak aku, susu anak aku dan lauk pauk di rumah.
Aku duduk rumah sewa je di tengah bandar ini, adik beradik aku suruh aku beli set perabot sebab mereka kata rumah aku terlalu kosong.
Rumah aku ada meja makan, cuma tak ada set perabot sofa sahaja. Bilik tidur aku bukan set tapi cukup alhamdulillah ada almari, tilam tebal dan almari untuk simpan buku-buku anak aku.
Aku rasa anak-anak aku tengah membesar, tiada keperluan untuk aku membeli sofa. Mereka lebih selesa berlari kesini sana untuk bermain. Mudah juga untuk aku mengemas rumah bila tiada perabot yang besar-besar.
Adik beradik aku suruh pasang wi-fi dan beli televisyen smart tv. Katanya “apa barang tak ada wi-fi dengan smart tv”.
Selagi aku boleh tengok televisyen tiada masalah, lagipun kami lebih kepada melihat telefon pintar yang internet nya unlimited hanya sekadar berapa ringgit sahaja berbanding wifi, kami bekerja, jarang untuk kami menggunakan wifi jadi tiada keperluan untuk kami.
Aku ini bukan lah tiada niat untuk membeli macam-macam, biasalah lebih-lebih lagi wanita. Aku cuma rasa bukan sekarang dan aku perlu jimat dan simpan duit untuk masa depan kami sekeluarga.
Jika ada kecemasan yang memerlukan duit, korang ada tolong aku tak? Tolong kutuk lagi ada lah.
Aku memang ada simpan duit setiap bulan dan masuk ke dalam ASB. Target aku menyimpan adalah untuk membeli rumah satu hari nanti. Inshaallah.
Aku minta maaf kepada siapa yang mungkin terasa apa aku cakap di atas, pada pendapat aku, hidup kita berbeza mungkin korang perlukan nya tapi aku tak. Mungkin aku perlukan tapi korang tak.
Kalau korang nak tahu, sebenarnya adik beradik aku yang selalu suruh aku buat atau beli macam-macam tulah yang selalu nak pinjam aku duit bila mereka dalam kesempitan.
Aku bukan nak berlagak tapi setakat ni alhamdulillah tak pernah meminjam duit orang.
Betul lah orang cakap, mulut orang susah nak tutup. Aku cuma berpegang teguh kepada prinsip aku. Suami aku pun memang sokong apa yang aku buat, dia juga sangat membantu bab berjimat.
Kami pergi kerja pun bawa bekal. Aku dan suami pergi kerja naik motosikal sahaja. Jimat masa, jimat duit.
Assalamualaikum..
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit