Kedekut Kifarah Dendam

Assalamualaikum semua. Ini kisah hubungan kekeluargaan yang berkaitan dengan diri ini yang menulis untuk disiarkan.

Kakak sulung aku nih boleh kata berpelajaran, belajar sampai ke manara gading ambil jurusan sains tulen dan dia kini pun sudah ada keluarganya sendiri. Kakak aku nih kalau dalam keluarga memang boleh cop sebagai seorang kedekut.

Kes dulu 10 tahun lepas seingat aku pernah mak dan kakak aku bergaduh dalam family disebakan sifat kedekut dia.

Untuk makluman semua keluarga aku nih besar, punya adik beradik yang ramai dan ketika itu kakak aku lepas habis belajar dan mak ayah aku sangat bergantung harap dengan dia untuk membantu apa yang patut.

Kes ni terjadi aku ingt ingat lupa dah dekat 10 tahun lepas masa tuh pon aku sekolah menegah lagi dan yang pasti mak aku sangat terkilan disebabkan kekangan duit masa tuhdan sikap kakak aku tuh.

Kakak aku buat buat tak faham apa yang mak aku rungsingkan sehinggalah aku bertanya sendiri dekat kakak aku masa tuh,

“Kenapa dah kerja tak bagi mak duit langsung sedangkan minum pakai makan mak tolong masa sekolah dan universiti”

Tuan tuan dan puan puan jawapan yang diberi boleh kata budak darjah satu boleh ingat lekat dalam kepala otak.

“Aku bukan taknak bagi, kalau aku susah takde siapa yang akan tolong aku. Baik aku simpan duit aku”.

Sejak dari situ memang aku dah lost respect dekat dia.

Duit gaji kerja dia boleh pulak dia spend beli kasut baju handbag semua sampai tak muat almari.

Aku tak nafikan dia ada bagi jugak kat mak aku macam kalau dia beli lebih kain batik ke apa dia ada lah bagi sehelai. Duit sangat susah untuk bagi.

Untuk hal adik beradik pulak since dia orang pertama beli kereta, kereta perodua viva keluaran terbaru waktu tu dalam tahun 2010,

So dengan harapan dapat lah kami pergi bercuti bersama sama dan pinjam sekejap sekejap bila memerlukan. Harapan tuh memang tinggal harapan.

Memang kedekut tak bagi, even kalau naik kereta dia jangan harap disemawa kalau nak ikut sekalipun akan ada sahaja alasan kakak aku bagi.

Bila dah dapat naik kereta dia pulak pintu kena tutup selembut mungkin, bunyi tutup pintu kereta “pang” sikit dia dah bising teruk membebel.

Untuk alasan pinjam kereta dia tak boleh, dia takut eksiden dan kereta rosak keluar duit.

Tuan tuan dan puan puan sekalian, Ada ke orang naik kereta memulakan perjalan dengan niat nak eksiden kecelakaan, kalau dah takdir nak eksiden nak buat macam manabukan saja saja denga niat nak eksiden.

Yang aku puas hati tuh, kereta dia memang eksiden sebab adik bongsu aku naik motor terpulas handle minyak terbabas langgar kereta dia.

Alhamdulillah adik bongsu aku tak da apa apa kereta kakak aku ja la kemek. Terasa puas pulak haha

Bertahun dia tak bagi duit kat mak dan ayah aku, sampai aku pernah sindir dia dan marah orang lain bekerja boleh bagi duit kat mak ayah masing masing dan tuh kenapa bakhil sangat.

Mak aku tu jangan cakap lah terkilan banyak kali dengan sikap kakak aku, aku lah jadi mangsa tadah telinga.

Lepas sindir tuh, ada lah bagi kejap lepas tu bagai bermula episod lama. Dah kalau mak ayah aku pun tak ditolongnya kami adik beradik memang tak harap pun pertolongan kakak aku tuh.

Waktu aku zaman belajar, cuba juga minta bantuan kakak aku tuh untuk tanya kerja kosong ke apa dan minta tanyakan juga dekat bakal suami dia tapi keputusannya hampeh dia risau kami kerja tak sungguh sungguh dan malukan dia.

Kes adik perempuan aku pulak, adik aku kalau nak pinjam baju kasut bag kakak aku memang gaduh besar menangis abis tapi kalau kakak aku pinjam nak pinjam barang kakak aku memang manis mulut dia pinjam.

Cuma apa yang aku nampak, dia gengam duit dia Allah lambatkan banyak hal untuk dia.

Soal jodoh dekat umur 30 baru jumpa jodohnya lepas banyak kali dikecewakan dan aku sendiri paksa dia kawen jugak masa umur dia dekat 30 tuh sebab nak elak perkara tak elok berlaku.

Lepas kawen tuh Allah lambatkan juga untuk dia duduk dengan laki dia dan terpaksa PJJ hampir 3 tahun.

Suami kakak aku dari gaji yang besar bekerja di syarikat korporat terpaksa berhenti kerja dan mengalah duduk dengan kakak aku dengan kerja yang biasa biasa disebabkan kakak aku stress hampir depress duduk berjauhan.

Bukan tuh sahaja, Allah lambatkan dia dapat cahaya mata hampir 5 tahun usaha berbagai cara baru Allah kurniakan.

Saat ni dia tengah berpantang dan melekat di rumah mak aku untuk dia berpantang.

Apa yang dia buat sampai aku dan adik beradik bermasam muka payah nak padamkan dalam ingatan. Mak aku dengan naluri keibuan dia kuat tetap jaga kakak aku masa berpantang nih.

Ada masa tuh kakak aku minta tolong dari mak aku untuk bawakan dia ke klinik untuk cek dia dan anak dia kuning,

Time tuh suaminya bekerja, so tak dak siapa nak bantu dia bawak ke klinik sebab mak aku tak pandai drive kereta dan mak aku sebolehnya pujuk aku hantar dia ke klinik.

Aku pejam mata cuba hilangkan ingatan pahit yang ditinggalkan dan padam semua memori tuh. Balas aku mudah “MALAS”…..

Ustaz Dusuki pernah bercakap, “Jangan pernah rasa rugi memberi sedeqah sebabnya duit yang kita beri sedeqah tuh adalah duit kita untuk kita tuntut semula di akhirat” Duit itu pasti milik kita tak di dunia dia akhirat.

– Penulis tak tahu nama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *