Untuk part I, (https://iiumc.com/kedekutnya-insan-pilihanku-ini/).
Aslmualaikum. Aku Ivy. Yang pernah korang kecam sebagai isteri yang tak bersyukur. Itu pun, kalau yang pernah baca Siri luahan hati yang pertama tajuknya berbunyi kedekutnya Insan yang ku pilih.
Alhamdulilah, hidup aku bertambah baik setelah aku terima segala komen² yang berbaur kecaman. Aku ucapkan terima kasih kerana sedarkan aku Insan yang kerdil ini.
Sampai ke hari ini, aku bersyukur kerana tak tersalah pilihan hati. Dah berkahwin hampir 7 tahun, hidup cukup makan minum pakai.
Kalau hendakkan lebih² tu tidak lah aku meminta² kerana dah terbiasa sebagai anak sulung cari sendiri tapi dalam masa yang sama nak suami hadiahkan juga. ahaii mengadekann ivy ni hihihi.
Cuma pilihan hati aku tidaklah sesempurna di mata semua orang termasuklah ibuku.
Mungkin kerana sesekali terkenang tak dapat pilih suami yang seperti ibu ku mahu kan, semuanya jadi Salah dan menyesal berdasarkan penulisan luahan ku tempoh hari.
Tapi sebenarnya hidup aku dengan dia baik² aje. Tidak mewah tapi tidak bermasalah.
Dia tidak punya kereta, kerana tidak mahu berhutang dan aku yang punya kereta sudah cukup untuk kegunaan kami sekeluarga.
Cuma itulah kadang ada rasa terkilan jika mahu membawa ibu dan ayahku berjalan bersama perlu bawa kereta berasingan tak seperti bila dengan menantu yang 1 lagi luas keretanya selesa untuk bawa ibu dan ayah berjalan bersama seisi keluarga.
Aku jadi segan sendiri dan tak lagi mengajak keluar berjalan dengan keluarga kecilku melainkan ada menantu yang satu lagi tu bolehlah ayahku rehat sikit tak perlu drive.
Tetapi apabila keluar bersama menantu yang satu lagi tu, mungkin kerana sudah biasa dirinya seorang tunggal tidak biasa berkongsi dan berkahwin pula dengan adikku yang terakhir,
Jadi apabila keluar bersama tidaklah menantu itu rela hati dengan segera mahu membayar bil makanan yang selesai di makan.
Biasanya dia hilang menghisap vape atau berbuat seperti tidak ada apa. Walaupun punya kereta, rumah, jam G shock berbelas², basikal hebat² akhirnya suami ku yang Insan yang ku pilih itu sudi membayarnya.
Dan kadang² ibu, aku dan adikku tong² membayar kerana suka makan berkumpul bersama. sesekali di fikiran ku Apeekah jika bergelar seorang adik menantu lelaki tidak perlu ambil berat dengan soal ini.
Mungkin betul juga, ada netizen yang Komen seingat aku lah, suami kau kedekutnya dengan aku sahaja.
Ya, tapi sebenarnya jika aku cakap nak beli kasut sneakers di shoppee dia juga yang carikan yang kualiti baik dan belikan harganya seratus Dua ratus. Eh ada duit pula ye. Hahaha.
Aku berlapang dada sahajalah. Terima kasih you belikan kasut ni.
Aku sedar permintaan aku yang hendak bersalin di hospital swasta luar mampunya dia. Masa itu gelombang covid sangat tinggi di tambah pula dengan kematian arwah siti sarah.
Adik ku dah pun Selamat melahirkan di hospital swasta dengan mak mertua nya yang bayarkan kos bersalin di situ.
Melihat adikku bersalin di swasta, ibu ku pun memujukku supaya bersalin di hospital swasta. Ibu ku hendak membayarkan sedikit, adikku juga berkata ya nanti beritahu berapa duit yang kena tambah untuk bayarkan kos aku bersalin di swasta.
Bincang dengan Insan yang ku pilih itu, dia memanglah tak bersetuju kerana mengharap pertolongan orang pula. Ya akhirnya setelah pembayaran pertolongan tidak pun tiba. Aku yang berjuang membayar kos pembedahan di situ bersama suami yang ku katakan kedekut itu.
Ikut sejarah Masa first baby aku czer di kerajaan kerana placenta previa type 3. Alhamdulilah semasa aku berkampung 10 hari di hospital kerajaan, aku di jaga baik oleh nurse dan doktor. Tetapi selepas bersalin tukar wad dapat nurse yang bermulut puaka pula.
Tapi tak kesahlah dah benda dah lepas aku cuma teringat aje lalu aku tulis. Cuma suami aku kata tak payahlah masuk wad kelas pertama, tak best nanti kena duduk sorang.
Ha wad kelas ketiga ni best kan ramai kawan². Biasalah dalam hati aku nak yang first kelas lagipun lamekan aku duduk so situ. Apa salahnya kan. Hehe hati oh hati!!
Maka 10 hari berkampung la aku di situ. Okay je dan suami aku pun dtg ziarah aku hari² . Masa itu tahun 2019 belum Ade covid lagi.
Anak yang kedua unplan sebenarnya, bersalin juga kaedah czer kerana baby ku songsang. Alhamdulilah syukur dapat merasa la bersalin pembedahan di swasta. Selesa, suami pun ada katil sendiri untuk teman aku 3 hari 2 malam pakej pembedahan di situ.
Tapi selepas pembedahan perut aku bagaikan dihiris² pisau sakitnya tak terkata lebih kurang sakit macam contraction. nurse kata aku kena rengat. Selepas habis pembedahan 1030 PG hingga lah 1030 pagi besoknya aku berlawan dengan kesakitan itu.
Aku dikatakan tumpah darah. Situasi genting 3-4pagi bersama dengan nurse suami aku Masih tidur, ya dia ada dengar² keluar masuk nurse tapi tak terlarat nak buka matanya. hahaha.
Tepat pukul 7 pagi doktor yang merawatku dari Awal check in terus decide masukkan aku 1 liter darah, 1 liter kecutkan rahim, dan ubat tahan sakit paling power. Alhamdulilah aku pulih selepas diberikan rawatan itu.
Pengalaman Berbeza aku di hospital kerajaan anak pertama aku muntah selepas pembedahan dan tidur kepenatan sehingga jam 3 pagi baru sedar dan kuat untuk bangun dan bersihkan diri sendiri.
Hospital swasta doktor pesan supaya aku tidak bergerak sehingga selepas 6 jam untuk elakkan aku muntah, sakit belakang dn sebagainya.
Setelah esoknya darah beku ku berketul² keluar mungkin kerana aku baring terlalu lama. dan yang kutipkan darah beku itu suamiku.
Mandikan aku, pakaikan aku stokin, semuanya dia buatkan. Syukurkan. Alhamdulilah.
Ok kembali kepada cerita asal. Cerita asal bukan nak cerita pengalaman bersalin. Ceritanya nak ku cerita kan pada semuaa baik dan lembut nya Insan yang yelah kupilih ini sebagai suamiku.
Awal perkahwinan ku aku pun tak tahu perangainya tapi kini kusedar, syurga Dunia akhirat isteri itu suami yang sanggup menerima perangainya isteri yang bengkok ini.
Banyak berlebih kurang, menolak kemahuan ku yang bukan² sebaiknya, dan mengembirakan aku dan anak² seadanya.
Jika dimata ibuku, suamiku tidak seperti mahunya ibuku. Maafkan aku ibu. Aku tahu dirimu punya impian yang indah buat anak²mu yang kau sayangi.
Aku faham kerana aku pun kini sudah pun bergelar ibu. Tapi takdir bole diubah kata ibu ku sewaktu proses berkenalan dengan suamiku.
Tapi aku tak bisa menolak takdir untuk bersuamikan dia Insan yang ku pilih. Sungguhla aku memang tak ada citarasa yang tinggi.
Belum tentu lelaki yang seperti mahu ibu ku, inginkan aku juga, jika aku mahu lelaki yang kaya, background family lelaki yang berpendidikan tinggi belum tentu lagi dapat. dan aku tak pernah terfikirkan pun!
Itulah namanya rahsia jodoh dan pertemuan. Kadang aku marah dengan diriku, kadang aku marah dengan ibuku, kadang juga aku marahkan suamiku. Kerana bebannya perasaan untuk sentiasa menyenangkan ibu ku.
Walaupun setelah 7 tahun, suamiku bukanlah menantu pilihan. seperti tidak rancak berbual dengan ayahku Biasa² aje. Ada pinggan di singki suami basuhkan, ada. sampah di dapur dia buangkan jika tidur di rumah ibuku.
Ada lebihan rezeki memancing ikan, dia kongsikan bersama keluarga ku, ada bonus dia belanjakan keluargaku. Pada aku Suamiku pun berbuat baik pada tempatnya. tidak pulak terover² mahu mengambil hati.
Sebagai aku, aku memang patut bersyukur. Wajarlah aku dikecam hebat semasa Siri 1. Dan sebenarnya aku terikut ikutkan ibuku. Suamiku sudah tentu ada kurang dan lebih sebagai manusia biasa.
Aku berdoa hubungan kami suami isteri terpelihara. dan aku tabah dan sabar menghadapi suratan dan kebetulan.
Maafkan aku ibu,
Maafkan aku suami,
Sekian,
– Ivy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit